Team 100k Geng Blogger (Personal Blogger)

Hebat-hebat dah blogger kita sekarang. Aku suka tengok blogger yang mempunyai personal blog sahaja boleh maju sampai mencapai 100k hits sebulan. 2 blogger yang aku nak senaraikan ni takde produk komersil lain yang aku tau, cuma blog peribadi mereka sahaja dan aku rasa mereka memang patut diberi pengiktirafan atas usaha dan keberkesanan blog mereka.

Ni gara-gara sebab baru lepas tengok AIM17 la.. terikut-ikut nak bagi anugerah.

Ben Ashaari

Masa aku kenal brader badan tough ni, Facebok dia dah ada 5k dalam friend list dia. Dari situ aku dah nampak mamat ni memang ada potensi. Tak lama lepas tu dia tubuhkan Kelab Wanita kat Facebook, yang memang berjaya. Beribu-ribu jugak member dalam Kelab Wanita tu. Tak lama lepas tu Ben buat pertandingan top 100 wanita Facebook. Pertandingan tu pun dapat sambutan hangat dan menggalakkan. Dari situ aku tau Facebook ni merupakan tool yang bagus untuk mendapatkan trafik.

Sekarang ni Ben buat projek jelajah blog pula. Dengan berbekalkan trafik yang sentiasa ada dari Facebook dia hanya perlu rajin update blog tiap-tiap hari dan content yang paling senang nak cari adalah content yang dah sedia ada kat internet; blog orang. Bila orang yang kena jelajah tu mengakui kelebihan yang mereka dapat hasil daripada jelajahan Ben, berita baik tu tersebar secara viral. Secara tak langsung blog Ben Ashaari mendapat populari. Bila ada populariti macam tu, makin ramai orang nak tahu apa ada pada Ben Ashaari dan mereka pun berpusu-pusu masuk ke blog dia.

One word, Ben Ashaari memang cerdik. Caranya valid dan berkesan.

Kujie

Mak cik blogger ni.. advantage dia terletak pada SEO. Kebanyakan atau hampir semua entri dia optimized untuk search engine, dalam erti kata lain entri dia semua ada nilai pada search volume dalam Google. Dia hanya perlu menulis tanpa apa-apa projek yang grand dan tanpa bantuan media sosial seperti Facebook.

Berdasarkan arkib di blog Hidup Biar Sedap, Kujie start berblogging secara aktif dari Januari 2008. Ok cuba bayangkan pula kalau semua entri yang ditulis oleh Kujie tu memang optimized untuk SEO pada keyword yang sampai bila-bila orang cari, maka sampai bila-bilalah dia akan dapat trafik daripada keyword tersebut. Senang. Macam tanam pokok dan tunggu pokok tu berbuah je. Tapi kalau keyword tu bagus, maka ibaratnya pokok tu berbuah sepanjang tahun la. (.. sekali macam penglipur lara pulak.. ) Nak jadi macam Kujie ni kena rajin buat research, kreatif dan bijak. Ya, wanita yang dah lama kahwin adalah lebih matang dan bijak.

Apa Persamaan Mereka?

Persamaan mereka dari segi blog ni senang je, penulisan mereka santai dan tak terlalu serius. Elemen yang pasti berjaya dalam internet ni senang je, hiburan dan bahan-bahan ringan. Itu sebab blog-blog hiburan paling senang maju kat mana-mana. Manusia mencari hiburan dalam internet, tak kisahla hiburan berbentuk pornografi, sukan, gossip artis, trivia dan benda-benda pelik yang berlaku di dunia ni. Semuanya yang menghiburkan.

***

Kepada dua blogger ni, tahniah la. Tabik spring pada kamu berdua! Nanti jumpa jangan lupa belanja :D Earning mesti macam air masuk.. Kalau ada apa-apa salah cakap kat atas ni gitau lah and jangan marah lak kalau rahsia terbongkar atau apa. Ni cuma pemerhatian dalam diam saya sepanjang perkenalan kita kat dunia internet.

Kepada blogger lain, learn from the expert ;)

41 Comments