
Last weekend telah dijemput untuk menonton persembahan daripada Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) di Dewan Filharmonik Petronas. Dah lama teringin nak datang menonton sendiri persembahan di sini, tapi sampai sudah tak dapat. Mujur dengan event ni akhirnya saya berpeluang nak pergi.
Saya memang minat dengan orkestra sejak dari zaman sekolah lagi. Walaupun tak ambil muzik dulu, saya tetap enjoy setiap kali team orkestra sekolah melakukan persembahan.
Kali ini MPO memainkan lagu Fifth Simphony hasil nukilan komposer terkenal Russia iaitu Tchaikovsky. Konduktor untuk persembahan malam itu adalah Antoni Wit yang merupakan seorang konduktor terkenal dari Poland. Pemain violin terkenal Mikhail Simonyan dari Russia turut mengiringi persembahan orkestra pada malam itu.
Agak bertuah kerana sampai jugak hajat saya nak mendengar lagu daripada komposer terkenal Tchaikovsky ni. Walaupun menetap di Russia selama lima tahun dulu, agak rugi sebab saya tak sempat untuk menyaksikan sendiri persembahan orkestra di sana.
Tak sempat ambil gambar dengan banyak kerana peraturan dalam Dewan Philharmonik yang tidak membenarkan sebarang rakaman dijalankan samada gambar ataupun video. Cukup untuk saya katakan yang Dewan Philharmonik Petronas memang cantik dan hebat! Boleh dikatakan setanding dengan dewan philharmonik bertaraf dunia yang lain.
Sedikit pengetahuan tentang orkestra ni. Yang selalu terkinja-kinja kat depan semua pemain peralatan muzik adalah konduktor dan sebenarnya ‘bahasa isyarat’ yang ditunjukkannya kepada pemain orkestra adalah untuk memberitahu pasukannya berapa pantas lagu tersebut dimainkan, berapa kuat dan selebihnya adalah untuk menggalakkan pemain alat untuk memberikan persembahan yang terbaik.
Sebuah pasukan orkestra profesional tidak perlu sesi rehearsal yang terlalu banyak untuk memainkan lagu baru. Mereka hanya perlu baca dan berlatih sekali atau dua supaya dapat menyesuaikan diri ketika sampai part mereka.
Dalam sesebuah persembahan, penonton akan menepuk tangan di awal dan akhir persembahan. Biasanya di akhir persembahan, penonton akan menepuk tangan sehingga pemuzik atau konduktor jalan keluar dari kawasan pentas. Orang yang tak biasa memang akan rasa pelik sebab kadang-kadang memang lama nak tepuk tangan.
Tahniah kepada Malaysian Philharmonic Orchestra atas persembahan yang sangat hebat!

Comments
8 responses to “Tchaikovsky’s Fifth Di Malaysia Filharmonik Orchestra”
Cantiknya dewan tu…
Aku teringin nak pergi tengok orkestra..tapi tak tahu mana satu nak pergi..hehe
Mana-mana pun ok. Tapi better google dulu
sy tak pernah ad peluang mcm kmu..bestnye..
orkestra ni dengar tak puas pandang tak jemu..kan?hehe
harga tiket berapa ye?
TIket ni bergantung pada show. Paling murah RM20 boleh dapat. Seating tak kisah, amik je paling belakang, sama je kalau duduk paling depan. Muzik tu tetap jelas dan sedap didengar
this is awesome ! pernah pergi sekali and yes kalau boleh nak dengar lagi , by the way , you had a good moment dapat dengar live macam ni :)