Sultan Johor nak runtuhkan tambak, Pak Najib cakap kita fikir dulu ok. gyahahahaha~
Itulah, dulu dah elok separuh jalan buat Pak Badawi pergi ikut cakap Cina Singapore. Apa jadi? Kerajaan habis duit terpaksa kena bayar pampasan kat syarikat Gerbang Perdana yang dapat tender tu. Kenapa boleh jadi macam ni eh?
OK kita cuba tanya macam ni pulak, kalau Anwar jadi Perdana Menteri, apa dia buat time tu? Apa pulak reaksi dia kalau Sultan Johor titah suruh runtuhkan tambak lepas tu gantikan dengan jambatan baru terus. Dia nak buat ke tak?
Kalau aku? Aku bukak terus tambak, tak payah buat jambatan. ha.. time tu baru menangis kerajaan Singapore sebab kompleks immigration dia kat Woodlands tu pulak jadi gajah putih. hohoho~ Gajah putih yang besar. Kasi ajar sikit kerajaan dia.
Kalau tambak Johor tutup terus dan jambatan takde apa jadi?
- Bahagian waterfront Johor Bahru boleh jadi tempat lepak-lepak, pelancongan sebab tak jammed macam celake.
- Entrance baru akan boleh dimajukan. Aku yakin orang Singapore masuk bawak duit Singapore sebab nak beli barang murah boleh transform mana-mana entrance baru tu jadi pusat ekonomi penting.
- Kereta api kita tak boleh masuk, takpelah kot. Kereta api sampai JohorBahru je sudah la.
haha.. Idea gila aku. Tak payah la anggap cadangan ni serius ok. Aku tau ramai yang suka jadi hero nak kondem-kondem orang kat internet ni. Nak berbincang, buat cara berbincang.

Comments
20 responses to “Tambak Oh Tambak..”
Susah juga kalau tak ada jalan darat terus ke Singapr. Ramai orng kita yg ulang-alik kerja sana dan dengan gaji bwk masuk dollar Sg ke dlm My. Dan perkembangan ekonomi JB/Johor pn sedikit sbnyak dipengaruhi faktor adanya hubungan terus dngan Sg (harga tanah, etc).
Cuma yg penting sekarang jenis pengangkutan darat mcm mana. Aku pun setuju tambak johor diganti dengan jambatan supaya kapal boleh lalu. Memang Sg tak bagi sbb mnggugat survival diorng. Jadi kita korek sampai sempadan je dan lebarkan sebelah johor spy ada laluan cukup untuk laluan kapal. Ini smua boleh dibuat di zaman ni. Zaman dulu orng fikir nak senang, jadi tembak je la sbb bukan dalam pun. Kalau kapal boleh bypass Sg, barula pelabuhan Tg Pelepas boleh maju.
Itulah. Jambatan tu sebenarnya yang Singapore takut sangat. Habis port dia tak laku nanti. Kalau setakat nak korek tanah kat Malaysia punya sempadan kasi lebarkan lagi laluan tu memang boleh je. Malaysia tak rugi sangat. Long term memang profitable.
wt jmbatan jer..hehe
Aku sokong tambak Johor di ganti dengan jambatan. Biar kapal boleh lalu Selat Tebrau.
aku tengok berita pun terkejut.. rilek je sultan johor minta jambatan disambung..
pembangunan WPI dah mantap dah.. gempak.. cuma satu tu je yang tinggal.. jambatan..
salam..
garang. haha!
apa2 yang merugikan singapore dan menguntungkan kita memang aku sokong terus je :D
aku sokong jer cadangan kau riff.
jangan bagi muka kat kerajaan singapura tu. kita asyik berlembut jer.
riff, aku suka gelak kau!!!!
gyahahahahahaha.macam kenal.hak3.
^_^
Malaysia dah takde duit..
menarik bila kerajaan malaysia kembali pada landasan yang sepatutnya.
anwar nak buat? huhuhuhuhuhuhu….. I DNT THINK SO!!!!!!
bukak je tambak tu.. singapura tu jgn asyik bg muka..
Nice suggestion. Masalahnya, benda dah jadi, kan?
Boleh jadi lagi. Selagi tambak tu tak bukak, selagi tu akan ada cadangan bukak tambak. Jadi kalau nak bukak tu, baik bukak je terus
bgus arr mu jadi PM, idea semacam ini kiteorang nak kan..huhu…klu anwar jadi PM , mesti lori tanah semakin banyak..haha
Eh jangan.. apa la yang aku tau sangat..
heh ni memang bukan bidang aku ni :D
tapi aku suka juga kalau buat jambatan baru tapi nak roboh terus aku pun fikir dulu
Bukan bidang aku gak, cuma saje nak bincang2 ringan-ringan. blog.ariff bukan Malaysia Today, nak bincang serius2 cari bukti itu ini.
yeah :D kita just brainstorm yang teknikal biar orang dalam bidang yang fikir :D
kalau runtuh pun ok, biar jalan sikit airnya :D
kalau buat jabatan ada ruang bawah tu pun baik juga