Aku Yang Tamak

Reading Time: < 1 minute

HAHAHA.. puas hati aku. Guna MacBook kecik ni memang menyakitkan hati kadang-kadang. Nak buat kerja AutoCad memang seksa. Tambah pulak sebelum ni aku guna desktop dengan skrin LCD 19″ lagilah terasa bebanan dia. Jadi nak tak nak terpaksalah aku beli cable bodoh buatan Apple ni supaya aku boleh guna skrin LCD ni. Nasib baik tak jual sekali skrin ni hari tu, aku jual CPU dia je.

Satu benda pasal aku ni, ruang kerja kalau boleh nak seluas alam. Aku memang tamak bab ruang bekerja ni sebab semak la kalau banyak-banyak benda letak dalam satu tempat. Desktop aku kat Mac ni memang cepat penuh lebih-lebih lagi kalau datang time rajin update blog. Jadi dengan ada skrin lagi satu ni, adalah lagi satu ruang besar yang boleh aku guna. Oh! Gembira sungguh ni..

Sekarang aku boleh control mouse dengan kedua belah tangan aku. Belah kiri ada trackpad MacBook, kanan ada mouse (pun baru beli -____-‘ ). Chatting dan segala benda yang ada window kecik-kecik boleh buat kat MacBook dan kerja serius macam AutoCad dan update blog serta internet surfing boleh buat kat skrin besar. Patutlah designer hebat-hebat kat luar tu guna skrin LCD besar-besar sampai 3 kadang-kadang. Baru aku faham macam mana perasaan dia..

Tunggu aku pasang speaker ngan subwoofer, lepas ni boleh la layan movie dengan sound system yang mantap.

Harga cable bodoh: Mencecah ratusan ringgit (tukaran wang punya pasal..)
Kepuasan yang dapat nak buat kerja: Priceless

2010/2011 Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

40 responses to “Aku Yang Tamak”

  1. Ali ridha Avatar

    nanti tukar la beli
    Macbook Pro 17.
    mesti besar skrin.

  2. Hadi Rofiee Avatar

    Aku pun tak suka guna skrin kecil, sakit mata. Hehe.

    Terima kasih kerana berkongsi. Aku dlm proses nak beli laptop. :-)

  3. no name Avatar

    melawat hulubalang sakti blog. huhuhuu. hye en ariff

  4. syahrilhafiz Avatar

    ariff mula jadi g33k..;)

  5. Mohd Isa Avatar

    hoho, takleh jadi ni. aku nak kena ada monitor sebijik gak ni…haha…barulah puas nak wat keje…

  6. MyFunDarkSide Avatar

    Tak cukup space? Katil la jadi meja. lalala

  7. mariea Avatar
    mariea

    giler sonok wat autocad pakai large skrin. hahah… puas hati. klu yang kecik tuh, haish! rasa nak baling jer. autocad yang hampeh dengan skrin yang kecik =disaster.

  8. intanberlian Avatar

    whoa mencecah ratusan ringgit. huhu. takpelah ariff duit blogging banyakkan =P itulah, yang kcik2 ni memang tak puas.lagi-lagi laptop..

  9. eiela Avatar

    kecik sangat mejanya macam serabut je walaupun barang tak banyak.

  10. RedBoys Avatar

    kepuasan itu penting. biar mahal sikit. erk. ada kaitan ke? haha. jgn tamak sgt.

  11. zik Avatar
    zik

    cable dia memang mahal… ntah paper jer…

    1. amar haziq Avatar

      kabel apple tak sama ke dengan kabel pc?

  12. tina Avatar
    tina

    betull…asal keaj siap

  13. Noridah Avatar

    ingatkan tamak apa tadi…

  14. pilothans Avatar

    same issue here bro…im scouting for a new work/office desk..tapi sume mahal…RM600++ tp x menepati citarasa..yg menepati plak beriban2..haih..nak bertukang plak smpi umah slalu lewat2 mlm..kang kaco plak mood jiran nk buat anak..huhu..

  15. razis Avatar

    2 jer bro. takdela tamak sgtla ko nie…

  16. Pejuang Kesenian Extreme Avatar

    Tamak betul ko ni Ariff…haha
    gi pun untuk keselesaan kerja juga,sebab tu kadang2 kita memerlukan banyak ruang..

  17. izwan Avatar

    haha.. setuju.. next.. maybe patut upgrade meja sket kot kasi luas..

  18. TheSharkox Avatar

    Tamak space takpe le..
    tapi serius cool kalau ada split screen gtu..

    1. PutraRocker Avatar

      mak tiri aku kata org tamak selalu untong ,…hahaha

  19. paeh Avatar

    wahahahahaha…. mantop~

  20. al Avatar
    al

    bab design2 nih memang bestla klu dapat scrin besar..bru puas hati..huhu =)

  21. Dya Mohd Avatar

    wah..lagi sakan la u bekerja bertenet ye..nak wat camni gak la..muahahaha

  22. MuJE Avatar

    aku pon mmg suka screen yang luas-luas kalo wat keje. kalo boleh nak minimum 2 LCD screen saiz 22″… :)

  23. eyriqazz Avatar

    Itula blogger tegar namanya..hik3..jealous2…

  24. Lord Zara Avatar

    Kabel tu yang kau letak kat live blog ek Ariff?

  25. amar haziq Avatar

    patutlah kalau tengok kat animation studios sampai 2-3 skrin d’org pakai..

    sekarang ni kat malaysia,tak taulah kat rusia macam mana kan

    manufacturer macam sony,toshiba,philips dan bla2 tengah promote skreen LED dan 3D

    CRT yang ada benjol kat belakang tu orang dah tak pakai dah..haha

    aku baru je angkat LCD Toshiba Regza 32″..Rm1k++ je

    Murah…

    =>

  26. aizuddin Avatar

    kalau nak puas lagi..tambah lcd lagi satu lepas ni..hehe

  27. takky Avatar

    nk buat kerja2 nie kene pakai lcd yg besa2….
    law tidak juling mate nty…

  28. songo Avatar

    salam bro…nak minta tolong skit…ade cara tak nak add reply comment utk blog yg bnyk ahli…thanks bro

  29. rashid Avatar

    Hai ariff how live in moscow…kerja CAD memang kena screen besar, kalau tak memang jenuh kalau kecik sangat…tamak bab ni kira ok lagi, jangan tamak parking macam uncle rumah aku kat JB ni..haha

  30. arrizz Avatar
    arrizz

    kerja siap, hati pon senang..hehe

  31. cik 18 Avatar

    wahh…hepi nampak…seronok yer jadi tamak?? ish2..haha

  32. L.Y.N.N Avatar

    dasyattt laaa..kiri kanan pegang mouse!superpowerr btol..haha
    ini mesti sebelah mata tgok kiri,sblah tgok kanan..

  33. suffer8zine Avatar

    aku pernah jumpa org guna lappy bawak lcd spare besar gabak,huhu

    Terkini : Berani Mati

  34. Niza Nyze Crazee Avatar

    hohoho…
    teringat masa key in markah budak-budak. lappy disambung pada screen yg besar gedabak tu jugak. haha.
    sama la kita. i pun suka ruang yang luas kalau nak buat kerja.
    baru rasa lapang nak buat kerja.

  35. MrJayy Avatar

    Dah jadi extended skrin pulak dah la ye

  36. din Avatar

    ni sebab nk try apple ke jual pc tu bro..kalau aku stick with pc dah..agagaga..

  37. namia cinta Avatar

    memang satu kepuasan bila workplace luas bagai kan alam..
    lagi puas bila dapat guna LCD 22″

  38. serol Avatar

    senang kalau ada workplace luas2, tak serabut kepala..