Takkan RM1 Je?

Reading Time: 2 minutes

MMS0955-digital hero banner 460x350-2

Apalah sangat yang boleh kita dapat dengan RM1 sekarang ni kan.. kalau masa zaman saya sekolah rendah dulu, RM1 tu dah kira mewah sebab biasanya 70 sen dah memadai untuk perbelanjaan di kantin sekolah. Zaman memang dah berubah..

Sekarang kalau bawa RM1 ke kedai mamak, belum tentu boleh makan lagi. Teh tarik gelas kecil pun dah 90 sen. Memang tak lepas. Nilai RM1 tu dah tak signifikan sekarang ni. Hanya setakat untuk dibuat bayar parking. Memang menyedihkan.

Oleh sebab harga barang yang semakin meningkat sekarang, Maxis pelancarkan kempen Maxis RM1 Je di mana pengguna dapat membeli atau melanggan content pada harga RM1 sahaja.

IMG_0175

Content yang boleh didapati daripada program ini adalah seperti muzik/ringtone, berita hiburan dan game yang biasanya dilanggan oleh golongan muda seperti anda dan saya. Dengan kempen ini, semua content yang saya nyatakan tadi boleh dimuat-turun dan digunakan pada harga RM1 sahaja.

Anda hanya perlu mendail *100*2# untuk mengakses piihan yang ada dalam kempen ini. Setelah membuat langganan, content boleh dimuat turun serta merta ke dalam telefon anda.

Melalui kempen ini, anda mendapat lebih nilai daripada RM1 anda kerana biasanya anda akan dicaj lebih mahal untuk content yang disediakan. Jadilah pengguna yang bijak dan manfaatkan tawaran yang ada melalui kempen ini.

maxis-rm1-je

Baru je download Monopoly Deal. Favorite game ni. Saya minta diri dulu. See you later!


Posted

in

by

Comments

16 responses to “Takkan RM1 Je?”

  1. anip Avatar

    baru tahu ada plan ni..murah jgk nampak..

  2. Luthfi Avatar

    Nilai duit sepertinya semakin berkurang ya,,semakin menyusut

  3. raudzah Avatar

    dah lama jadi maxs punya customer walaupun selalu berhajat nak tukar..tapi still dengan maxis..anyway this one berbaloi.. worth promoted..

  4. Hanif Menhad Avatar

    susut nilai duit fiat namanya tu…

    1. Hanif Menhad Avatar

      kenapa comment luv ni x kuar…

  5. Aya Avatar

    Aya dah jadi pelanggan maxis lebih 10 tahun dah..hehe..

  6. ishak Avatar

    pandai maxis wat promo mcm tu…

    ps: ip sama? heheheh. just tinggalkan jejak di blog otai.. heheh

  7. sohoque Avatar

    zaman saya darjah 1 dulu 50 sen dah blh makan kenyang dah… hahah

  8. hazman aka species1980 Avatar

    Sebenarnya download menu GADIS IDAMAN kan…. saje tak nak mengaku jee…..hahahaahha

  9. HafizAmri Avatar

    murah juga RM1.. kalau kena pada tempatnya :)

  10. halif Avatar

    RM 1 sekarang dah tak boleh beli makanan. Mungkin Roti Canai sahaja. Tp dengan RM 1 boleh beli hiburan. Macam xberapa nak patut je

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Hiburan boleh mengubati hati yang lara.. Hehe. Tapi kalau makanan pun tak mampu beli, kena tangguhkan hiburan tu dulu

  11. azrijohan Avatar

    untuk caller ringtone boleh tak ye? ingat nak ambik harlem shake untuk CRT lah.. hehehe

  12. Hazmin Hamudin Avatar

    RM1 ni kalau dikumpul jadi banyak jugak. Pandai strategi maxis ni..

  13. akubiomed Avatar

    Telefon bimbit Nokia 5800 Music Express dari mula beli sampai sekarang masih mengunakan ring tone standard sahaja. :-)

  14. Shahrul Avatar

    cun la maxis…blh jgk kurangkan illegal donlod