Kadangkala aku terfikir apa tujuan sebenar hidup aku ni? Aku belajar tinggi-tinggi, jauh-jauh di negara serba sejuk tapi kalau aku pulang belum tentu lagi aku dapat kerja. Aku sedar hakikat pahit ni, lama sudah.. Aku perlu bersedia menerima dan berusaha dengan gigih bila aku habis belajar nanti untuk cari kerja, meneruskan kehidupan. Siapa nak kasi makan kalau aku tak kerja kan? Bila terfikir macam ni memang boleh jadi gila.
Aku takut untuk pulang ke sana. Ya, semakin hampir saat-saat aku meninggalkan bumi Malaysia ni, semakin aku takut. Siapa nak pulang ke neraka sejuk itu? Kalau diberi peluang untuk tukar, dah lama aku tukar dan aku pasti orang lain pun akan ikut sama tukar. Tinggal satu tahun setengah lagi, aku akan tamat pada bulan April 2012. Kalau boleh, aku nak habiskan secepat mungkin. Aku benci kehidupan di sana.
Hidup aku berubah sejak pulang ke Malaysia tahun ni. Segala-galanya berubah. Aku ingat lagi tahun lepas masa baru pindah ke USJ ni, kawan pun sorang dua je. Tapi tahun ni, hampir setiap hari aku keluar dengan kenalan dan rakan-rakan, terima kasih kepada semua. Aku gembira.
Heh.. sorilah entri emo. Kalau korang nak tau, macam nilah aku bila nak pulang ke Moscow tiap-tiap tahun. Aku jadi pendiam, macam-macam yang terpendam. Dulu aku takde blog untuk kongsikan benda ni, sekarang dah ada. Memang time aku nak balik ni, makin lama makin sedih. Tahun ni lagi sedih kot. Macam-macam pengalaman aku lalui yang memang sayang sangat untuk ditinggalkan. Hidup aku memang berubah dalam dua bulan ni.
Kurang 20 hari lagi sebelum aku pergi..
2010/2011 Premium Sponsor

Comments
72 responses to “Tak Mahu Pulang”
syukur ariff dapat jejakkan kaki di ngra luar.
impian sy ke mesir hanya tinggal impian
dengan semua stress yg ariff rasa selama berada di russia,
harap hadapi dengan tabah dan sabar.
ariff pergi mencari ilmu bukan? ia dpt mematangkan diri juga kan?
byk pengalaman lg. fikirkan dr sudut positif.
sesungguhnya dJJI mengangkat martabat yg tinggi bg org yg menuntut ilmu.
tentunya ilmu yg bermanfaat saja.
bw ilmu ariff tuk majukankan lg negara kita.
apabila ariff menetap d malaysia semula, mesti terkenang semula suasana di russia. kenangan yg sukar dicari.
percayalah.
Salam.
Pernah tak dengar, ‘semakin dekat dengan cita-cita(impian), semakin banyak (berat) dugaan melanda’?
Ni ayat yang memotivasikan aku bila aku rasa berat hati dan lemah dalam bab studi ni. Ko dah mula dah setengah pun jalan. Tak kan nak patah balik. Kalau nak patah balik, kenapa tak dari dulu? Dari awal-awal dulu?
Bukan nak salahkan ko. Ni motivasi la..
Jadi, nak tak nak kena la ko tempuhi jua. Pejam mata je la.
Kawan-kawan? Kat mana-mana pun boleh buat kawan.
Masa belajar ni la adalah pengalaman yang paling ‘besh’ dalam hidup. So, appreciate it.
Ko pun beruntung jugak sebab dapat biasiswa. Balik, cuma cari kerja jer. Tak macam ramai lagi pelajar yang kena bayar PTPTN. Ada pro dan kon la kan.
p/s: Aku faham perasan ko rasa berat hati nak balik. Tapi gatai jugak nak bagi motivasi. Er, termotivasi ke tak? Dah macam berleter dah. Hehee..
same la zura pun akan habis belajar april 2012.. so jgn give up teruskan usaha..
i’m lucky sbb ada kat M’sia.. klw rasa nk give up kuat kan semangat and ingat motif kenapa nk belajar..x boleh nk patah balik.. remember susah sekarang dan senang kemudian. OK! cayok!! =)
* kami kan ada klw anda rasa resah gelisah..
Rileks la bro…ade missing somebody ke nanti?
hahaha setuju2….rusia x bes…..malaysia lg bes…duh..(lg 2 minggu nk balik st petersburg)
[…] Laut China Selatan ini bukanlah senang ariff pun yang study kat Moscow pun susah dan dengar2 dia Tak Mahu Pulang ke Moscow hehehe…dan bagi aku berada di negeri orang tak sama berada di negeri […]
ala..saya pon rase macam tu gak tiap2 kali nk start semester baru.. padahal UKM je pn..umah kt Perak.3 jam ke prjalanan.. ble dh cuti lme syok n selesa dok kt umah, tp ble nk blk mle la rse mood x brpe bek..kdg2 pantang sspe salah ckit, msti kne lutu…serabut je rse nk blk ukm
Encik Ariff, sabar2 ek.
Kuatkan hati kuatkan semangat..
Jap2 agi abisla setahun setengah tuh..
All the best =)
erm duk negara org untuk short term, seronok lah kot…kalo tuk longterm, panas kot punggung ni..
lame lg tu nk tgu 2012, anyway gudluck
alamak,,en.ariff dah muler homesick la…fahamm…mmg mcm2 bnda berlegar kt kpala otak..
sabar ye…faham sgt perasaan 2…walaupun sy xpernah g luar negara…tapi dalam negara dah cukup menguji la…belajar jauh dengan kg halaman so boleh la dikatakan mncabar gak la…em ms mula2 awk dapat tawaran belajar luar negara… masa 2 mesti hepi tahap xingat kan so jdkan perasaan 2 untuk awk hbiskan studi yg tinggal…alah pejam celik pejam celik…habis gak…setahun setengah 2 jap je…
xpelah ariff, jauh tp stil leh berhubung lagi..cheer up..:)
sabar ye ariff..kejap je setahun setengah tu,pejam celik pejam celik..tup tup tamat dah..kdg2 nak dptkan sesuatu kena keorbankan sesuatu..korban masa…dll…inilah hakikat kehidupan kene tempuhi..bila sabar pasti ada ganjarannya…yg penting tamat nanti balik kerja kat msia ..”berkhidmat utk negara’….
As Salam..
Sabar yerrr Ariff…ktorg kat cni sentiasa doakan yg t’baik utk ariff kat sana..
buat mase ni jgn pk pasal keje lg…habiskan study tu dl…ader keje or xder keje nanti, e2 citer lps abis blaja nanti…org tahu bile dah nak abis blaja ni mmg tu la yg selalu b’main kat kepala ni…ape2 hal pun kena study btul2..w/pun kat sana xbest…tp bile pk2 blk bukan semua org dapat peluang mcm ni…insan btuah n t’pilih jer tau…
chayuk!!!!
sian… study lar.. penting woo
lumrah hidup gitu, berat kaki dan hati nak tinggalkan tanah tumpah darahku.. tapi percayalah bila dah separuh perjalanan ditinggalkan kekuatan nak menempuh alam perantauan akan datang dalam jiwa..
tuntut ilmu itu penting walau di mana jua. yang pahit nk ditelan dan tempuh sekarang akan jadi kenangan yang paling manis dikenang dikemudian hari. percayalah..
yang pasti, ariff akan tetap pulang jua akhirnya kan.. so, stay cool bro..
buat je pape yang patut kat malysia ni wat kenangan ker
ambik pic pastu bawak g moscow.
Wat gambao pastu wat frim besar2 bawak g moscow bile
tgk pic tu jadi sejuk jer ati..
be strong bro!
lorrr siannya… dah sampai nak klimaks dah study tu..kena suka jgn benci hihi.. sbb kalau benci masa akan jd lambat nk berlalu…dah hbs nt, jgn risau ttg keja. sure ada.. yakin rezeki Allah mesti ada utk awk.. all the best yaa…
xpe… pejam celik pejam celik habis la setahun setengah ko tu.. at least tahun ni ko dapat raya kat sini, tahun lepas brape hari before raya ko balik sana kan. Ok la tu. Chill! Makan ketupat + lemang + rendang banyak2 before depart. Rendang mak masak sedap woo.. Bek bawak balik bekal 1 – 2kg..haha..
sabar dah nak habes tuh. pejam celik pejam celik skjap jep. *ayat commend kang* :)
aku rasa kalau ramai2 hantar ko kat airport mesti ko rasa nak nanges hehehe :D
tak pe. member aku ada sorang gak kat moscow memang dia kata kalau boleh nak berambus je dari sana. tak best!
hari tu dia datang terengganu kitorang makan ikan bakar dan seafood. kat moscow payah nak cari kot :D
hahahaa…jomlah kita hantar ariff ramai2 balik..kasik die touching..~
x sempt raye kat sini ke?sedihnya
eh.. sempat2. raya kejap
bila balik
15 sept
perghh perit jugak tu…takpela ni suma satu ujian yang bakal ang tempoh…kat sana nnt rajin2 la teringtkan kgkawan kat sini…mesti mengalir air mata jugak…tu baru sahabat..ye tak?
aku tak dapat nak antar ko ke airport sbb time tu aku dah dekat sarawak… aku pon tak dapat raya ngan ko… tapi b4 aku berangkat, kita meet eh lepak2 sampai puas… pastu aku tak nampak ko lagi sampai la ko balik m’sia.. entah tak tahu bila..
ko kata tak balik kan sampai abes study? sob sob…
yang tu tak pasti. Kalau tahun depan Moscow panas sangat macam tahun ni, memang aku lari balik kejap la.. Tak tahann..
aku kat pndlmn srwk ni pun dh rs seksa
ko ape ntah lg
tp soal dpt keje or tak
aku rs mst dpt punya
msing2 ade rezki sendiri kan
teringat masa setiap kali nak balik asrama time form 5, nak balik matrix dgn nak balik kolej kediaman ni, tiba2 kami jadi macam budak kecik, takmo pulang, nak duduk rumah ja.. sebelom keluar rumah mmg hati berat nak mampuih laaa… rasa macam nak nanges pun ada. tapi semua tu kejap ja, bila dah sampai sana, jumpa kawan2, semua tu lenyap. :)
ang kuatkan hati naa.. tak sampai 2 tahun lagi.. ganbatte!
kami grad 2013, boleh la ang datang majlis konvo kami.. :)
hey…jgn macam tu..jgn terlalu fikirkan kerja apa yg kita akan jawat..tapi fikirkan betapa banyaknya ilmu yg arif ada berbanding yg lain..kongsi ilmu pengetahuan yg arif dapat…ye ye..kerja pun penting..tapi percaya pada rezeki ok…kita usaha..dan Dia tahu menilai usaha kita…kita dapat apa yg kita usahakan..jg sedih2 ye..tak lama tu..1 1/2 tahun je…senyum ok jgn sedih2…
baru jek jumpe..
da nak balik rupenye..
pengalaman itu kenangan ariff..
sementara masih boleh belajar ni..
belajar jela dulu..
chill la der..
xpayah la balik…
jom gabai lagi.. wall climbing.. main bowling… usha2 awek malaysia he…23x
haha.. kalau boleh camtu memang bahagia hidup ni..
dan ya ariff, kamu satu2 nya orang yang wish aku dengan nama penuh.
hahahaha.
=)
Thanks for the wish.
rilex ar bro menuntut ilmu suatu ibadat tu..:)
yg penting bila semua dh tercapai
ko tetap akan pulang gak ke Malaysia..
Ini ujian dalam meneruskan kehidupan Ariff.
Dan kamu, insyaALLAH, adalah antara yang terpilih untuk melalui semua itu.
Tabahkan hati, dan kuatkan semangat.
=)
Pakcik, lagi 20 hari eh?
Meh minta nombor telefon boleh?
Lalalala.
XD
no. telefon eh? nanti aku kasi kat fesbuk
Bro.. sabar bro
dah nak berjaya tuh.. sabar yea..
ko boleh la bro….
sempat raya tak?
tahan jelah tak lama lagi tuh.
kuatkan mental!! kamon!!
(pandai cakap je)
sempat2. Raya kejap je =)
chill la riff…
insyallah~
kejap je tuh~
takpe ariff..
tak lame dah tu…
ambik course ape?…
Medic ke?
Amik aviation engineering.
setahun setengah. pejam celik-pejam celik tup2 dah abes..
patutla tadi cam sedeh je ariff
cheh. ye2 je ery. pdhal x nampak sgt ariff.
mane nyorok ha?
hahaha
eh.. adala.. mana ada nyorok.
uit da nak balik moscow ke? macam kejap je kau kat malaysia. sob3x
itulah.. 2 bulan ni memang rasa macam kejap je..
sabar je la.. dah nak buat macam mana tu tempat kau belajar. takpe, setahun setengah kejap je tu. ;)
seronoknya belajar jauh-jauh..tp seksa juga ye sebab terpaksa berjauhan dengan family dah kawan2 kite..tak pe, abes je setahun stgh tu terus cepat2 balik Malaysia yep…Gud Luck!
huu.. kalau saya mmg tka leh nak berjauhan dengan family.. nak gi kelantan pun asyik nangis nak balik.. T__T
erk.
sabar sabar.
:)
cinta tak harus memiliki.
adeh.
good luck dgn neraka sejuk!
smg terus tabah dan jadikan kenangan dua bulan nie tuk bekal satu tahun setengah ko …..smg berjaya…
cilek ahh. study jaa utk masa depan. nie kira beruntong boleh blaja oversea. baru baru nie aku anta abg aku kt klia. dy g NY, stdy sana. erm, aku nak ikott. gigit jari jer laa.
Uhukkkk!! Tacing jap~ Habiskan cepat-cepat belajar then balik enjoy lagi :D Pendiam or memang pendiam. Hehehe.
pendian jadi makin diam.. macam tu la..
alamak.. entri emo plak… lek la bro.. kiteorang sentiasa akan hangout ngan ko walaupun melalui twitter or facebook…
Sob.sob. err. semua org ada perasaan sedih. tak salah pun emo sket kan.. ada pertemuan pasti ada perpisahan, when its time for u to say gudbye, doa kami, muga akan datang kita semua akan berjumpa lagi. berkumpul lagi, 1thn setengah tidaklah lama..sabar ya Ariff.
sabar je la ariff.. lg 1 tahun setengah je.. x lama dah…
pejam celik pejam celik.. da abes..
tp awk beruntung kerana berpeluang menimba pengalaman belajar di luar negara..
tak semua org beruntung dan dpt peluang itu..
so.. hargailah.. sy pon teringin nak study oversea..
tp tak dpt.. nak wat cmne kan… huhuhu~~
anyway, study rajin2..
mgkin peluang pekerjaan awk cerah..
take care.. (;
Thanks dian =)
best of luck!
xlama pun…
btw, jgn stop blogging, your stories inspire people.
Insya Allah memang tak nak stop blogging. Akan diteruskan.
lor…
sabar ye ariff shah…
senyum-senyum…
senyum harus macho baru la jadi hero malaya…V^^
hero pun kadang2 nangis gak.
ahaks.
aku paham perasaan ko…belajar di luar membuat kita teringat dgn kwn2 kita di sini..
tapi hidup mesti diteruskan walau di mana berada..
tentang kerja tu bukan graduate dari luar lagi senang nak eja Malaysia ke
sokong3x
sokong pe atok
sokong statement tu hahaha
biasalah lah tu…hidup di negara org bukan senang…hehe…takpe abes2kan setahun setengah tu..pastu baru lega…hehehe…good luck bro kat sana…