Tahniah Lee Chong Wei

Reading Time: 2 minutes

Perjuangan seorang atlet bukan mudah. Sebagai seorang yang pernah menjadi atlet dalam beberapa buah sukan, saya benar-benar memahami kekecewaan yang dihadapi oleh Lee Chong Wei terhadap keputusan perlawanan malam tadi. Setiap titik peluh adalah sangat bermakna baginya dalam perjalanan untuk mengalahkan musuh tradisinya yang sememangnya telah terbukti lebih handal daripadanya.

Sebagai penonton dan penganalisis sukan sambilan tanpa gaji, ramai yang lupa betapa susahnya untuk menjadi seorang atlet yang terhebat dalam sukan yang diceburi. Untuk menjejakkan kaki ke peringkat Olimpik yang merupakan temasya sukan terulung di dunia adalah sesuatu yang bukan semua orang boleh lakukan.

Bila tengok balik video upacara pembukaan sukan Olimpik, memang tak dapat bayangkan perasaan setiap seorang atlet yang berarak masuk ke stadium. Pastinya perasaan tersebut sangat berharga dan tidak ternilai dengan wang ringgit.

 

Bila sukan pun nak dipolitikkan..

Perasaan kecewa tu memang tak boleh dielakkan. Tapi itulah lumrah dalam arena sukan. Kita boleh berusaha seberapa kuat yang boleh tapi belum pasti kita adalah yang terbaik. There will always be somebody’s who’s better than us. Dalam kehidupan harian, perniagaan dan kerjaya pun macam tu, akan ada individu/pihak yang lebih bagus daripada kita. Oleh itu kita kena konsisten dalam memberikan yang terbaik dalam apa sahaja yang dilakukan. Persoalan samada adakah kita akan menjadi terbaik atau tidak perlu dilupakan terlebih dahulu sebaliknya usaha untuk menjadi terbaik itu lebih penting.

Apa-apa pun, tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya mendapatkan pingat perak untuk Malaysia di sukan Olimpik London 2012. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada atlet/bakal atlet negara pada masa hadapan.

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation. Currently pursuing Certified Financial Planner (CFP) qualification.

34 comments

  1. sedih jugk tu bile sukan dipolitikkan…dan tak lupa saat mendebarkan masa game akhir mlm itu…semua yg tonton senyap mengharapkan CW dpt mata….apakan daya rezeki tidak menyebelahi.. apa2 pun tahniah buat CW

  2. Apa2 pun tahniah buat DLCW… Walaupun kalah… tp beliau adalah penyumbang pingat kepada negara kita and as a Malaysian.. we must proud of it…

  3. game final paling best dan epic setakat ni, takde rezeki buat Chong Wei dan Malaysia untuk Emas,… bersyukurlah sebab masih boleh berbangga dengan pingat Perak. tak gitu?

  4. biarlah orang nak kata ap. bagi aku. chong wei tetap kacak. bila dia kahwin nanti dengan mew chu. lagi bertambah-tambah kacak.

  5. sangat2 la tak suka bila ada orang isukan tentang menang atau kalah. tapi yang komen tu bukan reti sukan pun. hahaha.. patut bagi la sokongan moral. ni tidak. ish3..

  6. Benar! bercakap memang senang.bila berbicara pasal sukan semua ada pendapat masing-masing tentang kegagalan Chong Wei memperoleh pingat emas apabila tewas kepada LIn Dan.Sahutan positif mahupun sedikit telahan negatif dari pengkritik sukan tanpa gaji. tapi berada di situasi tersebut merupakan suatu perkara yang bukan mudah. Kini, bukan soal menang atau kalahnya Chong Wei tetapi soal siapa boleh mengganti tempatnya selepas bersaranya dia.

  7. Itula dia sikap sesetangah ahli politik yang tak matang. Tak guna akal fikiran sebelum post di laman sosial. DLCW dah buat yang terbaik. Tetap berbangga dengan beliau.

  8. tahniah juga kpd lee chong wei walaupun hanya dpt perak.yg penting kalah bermaruah.yg tak best akan sentiasa ada armchair expert yg cakap tak pakai otak.semua benda nak dipoltikkan.

  9. Tanniah kepada DLCW. Mudahlah kalau hanya bercakap kalau bukan diri sendiri yang bertanding dipentas Olimpik. Ia adalah satu pengiktirafan jika dapat beraksi bersama nama-nama ternama dari seluruh dunia.

  10. If they ever tell my story let them say that I walked with giants. Men rise and fall like the winter wheat, but these names will never die. Let them say I lived in the time of LIN DAN, tamer of horses. Let them say I lived in the time of LEE CHONG WEI.

  11. Lee Chong Wei jela menyerlah. Kalah pun sipi2 je. Atlet laen haram.. langsung tak boleh harap. Baik tak payah pergi langsung kalau saringan pun tak lepas. Ke atlet kita ni bukan atlet full time?

  12. pingat perak pertama Malaysia di olimpik.. sekarang BAM dah kena cari strategi dan latih pengganti LCW untuk olimpik akan datang, bukannya last minit..

  13. LCW mmg hebat..rasanya tak pernah ada lagi atlit malaysia yg pernah sampai ke final dlm sukan olympic utk dua kali berturut-turut..pencapaian yg berharga dan harap boleh jadi motivasi kpd atlit2 pelapis selepas ini..

  14. Semalam terbayang kejayaan team 1992 memenang Piala Thomas, rasanya dah begitu hampir sangat. Cuma kejayaan yang tak kesampaian.Satu motivasi yang bagus untuk pemain muda..

  15. tahniah datuk..walaupun pingat perak,ianya satu pencapaian yang amat membanggakan…

    Umm, politics will always be politics..sentiasa akan mencari jalan utk kepentingan peribadi/parti dari apa2 isu….

  16. Orang politik selalu cuba jadi popular sehingga tindakan mereka menambah benci rakyat. Kalau di Europe pemain bola profesional dibayar beratus juta apalah salahnya atlet Malaysia yg berjaya dibayar ganjaran duit … salah ke? Tak kan orang politik je nak nak dapat juta2 (emosi ni …. heee)

  17. ramai yang suka kondem kalau kalah..diorang tak tahu betapa pressurenye atlit tu untuk perform depan beribu penonton..lagi-lagi bila represent negara..cakap senang, try sendiri tengok..mahu terkincit dalam seluar

  18. Kita terlalu inginkan pingat emas sampai kita lupa nak dapat pingat perak/gangsa di temasya yg besar macam Olimpik bukanlah satu tugas yang mudah. Tahniah LCW.

  19. Walaupun kita tak dapat EMAS sebenar tetapi perjuangan Lee Chong Wei dan dirinya sendiri adalah EMAS untuk negara. Apa yg penting adalah,mencari LCW yang kedua untuk memburu emas masa hadapan kelak. InsyaAllah. :)

Comments are closed.