Switzerland – Nak Tinggal Kat Mana?

Bila dah ada Swiss Travel Pass, tak susah nak ke mana-mana dalam Switzerland. Kebanyakan tren sampai tepat pada masanya dengan jaringan pengangkutan awam yang sangat efisyen. Swiss Travel Pass juga boleh digunakan untuk pengangkutan awam yang lain seperti bas, feri dan kereta kabel.

Pemilihan bandar adalah aspek paling penting dalam perancangan anda ke Switzerland. Bagi mereka yang mengambil Swiss Travel Pass selama 4 hari, pilihan terbaik adalah berkampung di suatu tempat yang tak jauh dengan point of interest yang lain dalam Switzerland.

Bandar Lucerne terletak di tengah-tengah antara Zurich, Bern, Interlaken-Lauterbrunnen seterusnya menjadikan pilihan terbaik untuk saya jadikan sebagai base.

Dengan akses kepada pengangkutan awam yang efisyen, anda tak perlu lagi jadikan bandar utama sebagai base sebaliknya bolehlah cari rumah di country-side. Lupakan terus plan nak menginap di bandar utama di Switzerland sebaliknya cari bandar-bandar kecil 4-5 stesen dari bandar utama. Kebiasaannya rumah di country-side lebih berpatutan harganya berbanding apartmen/hostel di tengah bandar.

Saya bagi contoh berdasarkan penginapan saya tempoh hari. Kami menginap di Apartment Monte Castello yang terletak di Wolhusen, sebuah pekan kecil kira-kira 15 minit perjalan dari Lucerne. Mengikut Booking.com, rating apartmen ini adalah 9.5 daripada lebih 80 review dan harga untuk semalam bagi unit apartment (paling besar) adalah RM571.

Rumah ni ada dapur lengkap dengan kelengkapan dan complementary coffee + susu segar, tandas, ruang tamu, sofa bed dan bilik tidur dengan queen bed. Luar rumah ada laman dan kebun sayur yang dijaga rapi oleh pemiliknya, Martin. Martin adalah konsultan pembinaan yang hanya bekerja dari rumah dan kadang-kadang pergi ke bandar sekitar Eropah untuk menemui klien. Rumah ini adalah hasil kerjanya sejak 20 tahun yang lalu.

Jarak rumah penginapan kami ke stesen keretapi hanya 10 minit dengan berjalan kaki. Untuk check-in & out, Martin memberikan perkhidmatan pick-up dan drop-off percuma ke stesen keretapi Wolhusen. Bandar ini dan Lucerne secara amnya terletak di tengah-tengah antara bandar utama yang harus dilawati di Switzerland seperti Interlaken, Bern dan Zurich.

Sebagai perbandingan untuk bajet yang sama, anda boleh dapat The Bed + Breakfast yang terletak di tengah-tengah bandar Lucerne dengan rating 9.2 dan hanya 15 minit jalan kaki untuk ke Bahnhof Luzern (stesen keretapi Lucerne). Tiada dapur, bilik tak luas, hanya satu double bed, ruang tamu kecil dan berkemungkinan besar kena panjat tangga untuk sampai ke bilik.

Nak travel Switzerland, wajib ada Swiss Travel Pass sebab kos pengangkutan anda confirm lebih tinggi kalau tak gunakan travel pass. Bila ada travel pass, dapatkan lebih nilai untuk kos penginapan anda dengan tidak menginap di bandar utama.

Untuk memilih penginapan di luar bandar yang mungkin kurang review, saya cadangkan shortlist rumah/apartmen yang ada rating 9 dan ke atas dulu. Kalau tak jumpa yang sesuai, baru cari rating 8 dan ke atas. Bagi yang belum ada akaun booking.com, register sekarang untuk dapat 10% rebet daripada penginapan anda.