Strategi Kotor?

Reading Time: < 1 minute

Ini adalah komen tentang sebuah giveaway yang baru dijalankan oleh sebuah syarikat yang menawarkan kupon penjimatan dan special deals. Modus operandi yang telah dikenal pasti ialah:

  1. Mereka umumkan sejumlah wang yang agak besar dan lumayan sebagai giveaway.
  2. Peserta perlu mendaftar di laman web syarikat tersebut untuk menyertai giveaway wang tunai.
  3. What’s the catch? Jumlah peserta yang mendaftar perlulah sama dengan jumlah wang yang ditawarkan (1 peserta = RM1) untuk unlock giveaway tersebut menjadi sah.
  4. Jika RM50,000 yang ditawarkan, maka 50,000 orang perlu sertai giveaway tersebut, barulah mereka akan melakukan cabutan untuk hadiah tersebut.
  5. Dalam tempoh masa sebulan, adalah mustahil untuk mengumpulkan sebanyak 50,000 peserta.
  6. Oleh sebab itu, giveaway tidak dijalankan.
  7. Keuntungan adalah pada penganjur kerana berjaya mendapatkan ribuan ahli baru dengan percuma tanpa perlu mempromosi dengan susah payah.
  8. Untuk business model seperti deal sites ini, kekuatan syarikat adalah pada bilangan ahli yang mendaftar.

Aku tersilap kali ini. Terbagi free exposure pada syarikat tersebut dan membazir sedikit daripada masa aku. Polisi aku selama ni adalah join competition/giveaway yang ada peluang besar untuk menang. In this case, takde peluang langsung. Yes, sejumlah wang yang besar telah mengaburi pandangan mata ini.

Aku menang strict dalam hal-hal seperti ini. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan pengiklanan di Facebook page blog.ariff. Hanya akan meletakkan iklan di situ apabila ada tawaran yang betul-betul berbaloi (seperti MacBook Air hari tu, memang tawaran yang sah – tapi tak menang). Iklan CPC dua posen atau tiga posen memang haram aku nak letak kat page tu.

Kena peka lagi selepas ini..


Posted

in

by

Comments

38 responses to “Strategi Kotor?”

  1. Anarm Avatar

    d******** ke?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      betul la tu..

  2. zie fauzi Avatar

    ermmm…mcm tahu je giveaway mana ni….

  3. Affan Ruslan Avatar

    masa GA tu berlangsung, aku awal2 dah agak dan tweet pasal benda ni.
    so memang aku senyum sorg2 orang yg promote benda tu, sebab almost impossible

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      tak perasan lak tweet ko.. lain kali mention, senang sket

  4. Bumilangkawi Avatar

    kire kene ipu ke kite?.. :(

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      begitulah ceritanya..

  5. Izwan Avatar

    aku sekarang try GA premium theme je via twitter.. blog2 oversea..ikut style affan la ni.. style gak GA camtu,senang..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Aku sebenarnya macam ko gak. Cuma kali ni tersilap.

      Tapi kalau aku buat giveaway join la..

  6. Pacifista Avatar

    ni ko citer pasal giveaway RM100k tu ke bro?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      yup

  7. Ikhwan Avatar

    Maknanya giveaway tu dah cancel la erk?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Bukan cancel, tapi tak pernah on. Diorang tau benda memang takkan sampai 100k orang join.

  8. Lagubestbest Avatar

    ? xtahu pun. Haih. Skrg tgah sibuk baca isu gaddafi je..

  9. titan Avatar

    aku dah perasan lama dahh. sebab tu aku malas promosi diorang..

  10. Denaihati Avatar

    Manusia gitulah sering buat kesilapan kerana diambil kesempatan oleh orang lain.

  11. Emmet Avatar

    nasib baik aku tak join sebab aku dah tau yg aku tak menang,hahaha

  12. yanmie Avatar

    Salam,

    Dah tau sebab tu tak join :D

  13. azieazah Avatar

    Kata orang, tak terkena tak tahu. Dah kena baru tahu. Tapi kalu pasni pun terkena lagi dan lagi…. sendiri kena tau laaaa…

  14. Aya Avatar

    Company yang mana ye? nak tahu gak.. :)

  15. Sarang Jerung Avatar

    ramai yg da join ari tu kan? yg aku pasti kat denaihati paling hebat promosi untuk giveaway company ni. mula2 aku juga tertarik. tapi selepas tengok dia punya syarat2 yg agak impossible, aku tak join lah.

    sbb masa aku nak join, kat situ buyer dia ada 7000+, dan lepas beberapa hari, naik tak sampai 8000 pun (maaf kalau mende tu tak real-time update). dan tinggal beberapa hari lagi nak tamat contest, aku dh dpt agak x kan sampai 100k nye yg join. so mesti x jadi giveaway ni.

    tapi kan dia ada syarat utk top referral? so aku agak2 mungkin yg ni akan jalan. tapi tak jugak kan?

    as a conclusion, diorang ni memang pandai dan licik, cuma kita tak perasan kelicikan diorang tu..

  16. Fazreen Avatar

    aku kurang/ jarang dan malas masuk giveaway. tapi sekali masuk memang tak mengecewakan. keke. Giveaway ni luck je.

  17. @syzwnsrwk Avatar

    mereka berjaya mengaburi mata ramai orang dengan hadiah lumayan dan strategi licik (kotor jugak la kiranya)

  18. eyriqazz Avatar

    byk kontest menipu skang ni..itu yg bila too good to be true..eden tak join…..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kali ni saya terkenaaa… ish.

  19. puanbee Avatar

    sebelum tu tengok banyak komen2 di D######## tu , membuat kan saya tk join pun .. tak pe lainkali tengok betul2

  20. cikgu naman Avatar

    d******** aritu ke? fuh..memang kotor lah taktik camtu

  21. CMRatu Avatar

    tak dikira SPAM kan.. huhu tapi tak patut betul la buat macam tu.. kena lebih peka lepas ni..

  22. JAI Avatar

    Laa..gua dah semangat dah bagi support dalam diam hari tuh..cehhh diaorang nie betul2 tak guna betul

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      itulah. kena berhati-hati next time.

  23. paihujey Avatar

    ala..bagitau je nama syarikat tu..biar semua orang tau..biar padan dengan muka diorang..kikiki..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      rasanya semua orang dah tau

  24. Ekspresi Ruang Avatar

    taktik diorang ni xleh salahkan diorang, cuma kita je yg xpeka. xpe, sama2 kita belajar dr pengalaman

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      it’s a grey area. Tu sebab ada tanda soal.

  25. Financial Guide Avatar

    Memang strategi kotor, tapi ramai gak terkena.

  26. eyriqazz Avatar

    d******** nya contest tu ke?

    Admin edit: Let’s not mention any names here

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hm. betullah tu..

  27. izwannizam Avatar

    d********?

    Admin edit: Let’s not mention any names here