Strata Landed Housing Vs Individual Title

Masalah klasik di kawasan perumahan individual title. Anda nak ada pak guard jaga taman, tapi jiran macam tak kisah ada tau tak. Sebab mungkin dia jarang duduk rumah, takde anak kecil. Jadi tak kisah.

Awal-awal dapat rumah tu mungkin collection cantik. Bila dah masuk tahun kedua, ketiga, rumah dah bertukar tangan, mungkin penghuni baru dah tak kisah sangat.

Ada orang cakap pak guard security ni sekadar bayar protection fee tak nak tempat tu kena kacau pecah rumah ni. Macam-macamlah. Padahal beli rumah dekat RM1 juta dah, tapi kedekut nak mampos nak keluarkan kos security fi yang kadang-kadang tak sampai pun RM150.

Lama-lama orang makin fed-up nak bayar. Last-last bila dah tak boleh tampung, terpaksa stop pak guard.

Kat perumahan berstrata, kena ikut peraturan akta strata. Maksudnya, kalau tak bayar, boleh dikenakan tindakan undang-undang. Dengar cerita akta strata ni akan diperketatkan lagi untuk membendung masalah orang tak bayar fi pengurusan. Takde pilihan lain kecuali dengan membayar.

4. Tiada Kemudahan

Perumahan individual title ni kebanyakannya membosankan. Adalah playground, taman dan landskap ala-kadar. Lebih-lebih lagi memang takde. Beli rumah mahal-mahal dapat sekadar rumah mahal sahaja.

Perumahan berstrata? Kalau playground ada macam-macam tema dan peralatan yang ada.

Up sikit, sekeliling rumah dan taman, landskap terjaga. Sampah ada orang kutip.

Up lagi, ada yang sediakan clubhouse. Biasanya ada swimming pool, dewan utiliti untuk buat majlis/party dan gym.

Kalau management pandai, dia adakan juga kedai runcit mini, dobi, kedai makan kecil-kecilan dan sebagainya. Ada commercial element. Duduk dalam kawasan tu dah macam resort. Nak riadah boleh, nak bersantai boleh, nak berbelanja sikit-sikit pun boleh.

Benda ni tak pelik. Orang beli rumah dekat RM1 juta mestilah berduit. Jadi kedai kecil-kecilan dalam perumahan berstrata boleh hidup.

Kekurangan Perumahan Berstrata?

  1. Tak Boleh Renovate

Disebabkan perumahan berstrata kena ikut syarat-syarat untuk memastikan uniformity atau keseragaman dengan rumah lain, kebiasaannya tak dibenarkan renovate atau extend sesuka hati.

Tapi, benda ni tidaklah strict sangat sebab pengurusan pun faham. Ada kelonggaran bergantung kepada pengurusan untuk sebarang renovation pada bahagian luaran rumah.

Lagipun benda ni tak jadi isu sangat sebab kebanyakan perumahan baru sekarang ni rekabentuk dia kadang-kadang dah fully extended.

2. Kenaikan Yuran Pengurusan

Masa zaman pengurusan bersama dengan pemaju, semua murah sebab mungkin pemaju bagi subsidi. Bila pemaju dah handover manage sendiri (biasanya selepas dua tahun), subsidi tiada, kos semua kena kira balik. Terpaksa naikkan yuran pengurusan.

Yang ni memang tak dapat dielakkan. Tapi kalau naik pun, taklah teruk kenaikannya sebab kos pengurusan landed berstrata ni jauh lebih rendah kondominium/service apartment. Bangunan bertingkat jauh lebih tinggi kos pengurusan sebab nak maintain lif.

Nak cantik dan ada macam-macam kemudahan kenalah bayar sikit kan.


Itulah sedikit sebanyak tentang perubahan berstrata vs individual title ni. Kenapa benda ni penting? Sebab macam saya cakap kat atas, zaman sekarang ni semua dah siap; MRT, LRT, hospital private, international school, grocer kayangan/marhaen, lebuhraya baru dan lokasi perumahan dengan jarak <20km dari bandaraya Kuala Lumpur.

Pendek kata semua lokasi projek perumahan ni dah ada dah booster barang satu atau dua kecuali kalau anda beli kat tempat yang ulu.

Macam mana nak pastikan rumah yang dibeli tu sekurang-kurangnya dapat mengekalkan kenaikan nilai yang munasabah?

Kelebihan yang ada pada perumahan jenis strata bolehlah membantu kerana perumahan ini akan nampak lebih elok selepas 10-15 tahun berbanding perumahan individual title.

Penafian: Tulisan ini hanya berdasarkan pemerhatian penulis sahaja. Do your own research.

By Ariff

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

Leave a Reply