Strata Landed Housing Vs Individual Title

Ramai yang tak pernah dengar lagi tentang strata landed housing sebab selama ni majoriti projek perumahan landed adalah jenis individual title.

Jangan keliru pulak tentang leasehold atau freehold. Tempoh pajakan tiada kaitan dengan strata ataupun tidak.

Entri ni terpakai untuk taman perumahan ye. Individual title bungalow tak terlibat.

Secara peribadi, kalau rumah landed yang dibeli berharga RM800,000 dan ke atas, sepatutnya dah boleh dijual sebagai perubahan berstrata berbanding individual title sebab orang yang membeli pada harga ini mampu untuk menampung yuran pengurusan dan inginkan nilai hartanah mereka naik sehingga melebihi RM1 juta pada masa hadapan. Bukan setakat mampu, pembeli pada kategori ini inginkan lebih lagi daripada membeli sebuah rumah dalam taman perumahan baru. Kemudahan tambahan yang ada dalam kawasan tersebut sangat dialu-alukan.

Saya tak pandai nak ceritakan secara teknikal, tapi senang cerita mudahnya, ciri-ciri strata landed adalah seperti berikut:

  1. Wujudnya management office yang tertakluk kepada akta strata yang bertanggungjawab terhadap keseluruhan parcel/projek/fasa yang merangkumi landskap, kemudahan awam seperti playground dan kemudahan lain (contoh: clubhouse, dewan komuniti, kolam renang)
  2. Bayaran bulanan untuk menyelenggara kemudahan tadi yang dikutip oleh management office.

Apa kelebihan perumahan strata berbanding individual title? Saya huraikan berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pemilik perumahan individual title seperti di bawah.

  1. Landskap tak terjaga.

Tak percaya? Pergilah ke mana-mana taman perumahan tak kisahlah yang murah ataupun mahal dan lihat sendiri landskap di taman perumahan tersebut.

Walaupun mungkin masa baru siap developer dah buatkan landskap, tapi lepas siap dan handover kepada pemilik, kalau pemilik tak nak maintain, memang akan dibiarkan begitu sahaja.

Tapi dah bayar cukai pintu, jadi landskap ni tanggungjawab majlis perbandaran lah. Mungkin ya, mungkin tak. Kena tengok keupayaan majlis perbandaran.

Kalau alamat anda di tengah bandaraya Kuala Lumpur, atau mungkin dalam kawasan T10 dan kutipan majlis perbandaran lumayan, benda ni mungkin expected.

Tapi ada je kawasan yang memang tempat T10, rumah RM2-3juta individual title dengan landskap yang masih lagi tak terurus. Tak payah cerita landscap, sapu daun kering & potong rumput pun majlis perbandaran tak boleh buat dengan sempurna. Kena buat aduan baru buat kerja.

Dahan besar depan rumah patah malam tadi hujan ribut? Esok pagi management office dah siap panggil orang untuk bersihkan.

Macam mana nak nampak bernilai kalau serabut lepas 5-10 tahun handover? Untuk rumah dapat dijual mahal, faktor nampak kemas dan mahal tu memainkan peranan.

Sekarang ni semua lokasi dah ada kemudahan cukup, bukan macam 5-10 tahun dulu Malaysia baru nak membangun. Jadi kena ada sesuatu yang berlainan untuk harga hartanah kekal bernilai.

Cuba masuk ke kawasan perumahan landed berstrata seperti Desa Parkcity dan Setia Ecopark, anda akan faham apa yang saya maksudkan.

Ini baru cerita landskap. Belum cerita kemudahan seperti taman permainan anak-anak. Gelongsor buaian tu memang jaranglah nampak majlis perbandaran nak betulkan. Lantai keselamatan kat playground tu, lepas 10 tahun confirm merekah dan kena ganti baru atau tampal rekahan.

2. Kawasan Kejiranan Yang Tiada Peraturan

Biasanya kawasan kejiranan perumahan individual title ni lebih bersifat siapa cepat, dia dapat ataupun suka hati aku nak buat apa.

Contoh. Kawasan depan rumah adalah taman kecil sebagai green area dan tempat anak-anak main. Susunan rumah jenis cul-de-sac, satu row rumah membentuk bulatan dengan taman di tengah-tengah.

Mula-mula nampak cantik. Semua penghuni park kereta dalam pagar, atau depan pagar. Tak lama lepas tu, kereta bertambah dan tanah tempat budak main tadi dah jadi parking lot tambahan untuk penduduk di situ. Anak-anak nak main bola terkena kereta jiran habis kena marah.

Benda ni tak berlaku dalam perumahan berstrata. Park kat tempat tak sepatutnya? Telefon management, pak guard datang halau suruh park kat tempat sepatutnya. Tak payah susah bertekak dengan jiran yang tak faham bahasa.

Dalam kawasan perumahan berstrata, semua ada peraturan dan kena ikut peraturan. Memanglah hidup macam kat Singapore, tapi lagi bagus daripada hidup serabut tak tenteram dan sakit hati dengan perangai jiran yang tak bertimbang rasa.

3. Masalah Collection Duit Security

By Ariff

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

Leave a Reply