Standard Chartered KL Marathon 2014

Hari biasa sempena Standard Chartered KL Marathon 2014. Kepada yang belum pernah masuk, sekali sekala sekadar nak merasa oklah, but not every year. Tahun ni teman wife masuk event ni sebab dia tak pernah masuk.

IMG_4669.JPG
Bermula dengan race pack collection sehari sebelum event. Nak kena collect kat Dataran Merdeka. Naik motor/public transport kalau nak elak kesesakan.

IMG_4661-0.JPG
Race day. Hari dimulakan dengan bangun pagi sebelum Subuh jam 5 pagi. Jam 6.15 pagi dah sampai di stesen LRT Taman Bahagia. Tunggu LRT 10 minit. Siapa yang sampai sebelum jam 6 pagi dapat naik LRT free. Tahun sebelum ni memang ada shuttle bus percuma dari LRT Kelana Jaya ke tempat event.

IMG_4663.JPG
Dari LRT Masjid Jamek jalan sampai belakang Sogo untuk flag-off. Untuk half dan full marathon, mereka flag-off di lokasi lain dan lebih awal berbanding yang lari main-main ni.

IMG_4670.JPG
Tunggu masa je. 7.15 flag-off. Ramai gila.

IMG_4664.JPG
And off we run. Biasanya kita akan nampak orang yang lari laju dengan hebatnya. Bersemangat! Lepas tu kat 1km mark, kita nampak orang yang sama tadi dah mula jalan kaki. Hek eleh…

IMG_4665.JPG
Cuba bagi tau saya berapa bila je boleh jogging dalam KL dalam keadaan yang paling selamat dengan polis dan petugas DBKL di kiri dan kanan jalan kawal lalu lintas? Of course, the price to pay adalah RM75 seorang untuk SCKL Marathon ni.

IMG_4666.JPG
Nak sampai dah.

IMG_4667.JPG
Last 2 km. Sini paling mencabar sebab uphill. Dah la kat hujung-hujung.

Loading

10km je.. #SCKLM2014

View on Instagram


Dan dapat medal. 10km je. Nothing to shout about. Kena start training untuk half-marathon la. haiyo..

IMG_4668-0.JPG
Muka bangun tidur, tapi DAH MANDI. Personally, SCKLM2012 lagi best. Route kali ni walaupun masuk tengah-tengah KL, tak best sangat sebab banyak jalan sempit dan yang masuk pulak semakin banyak.


Posted

in

by

Comments

14 responses to “Standard Chartered KL Marathon 2014”

  1. Hayat Avatar
    Hayat

    Cool! Ini barulah betul. Actually sprinting or jogging among married couples are sunnah! Nabi Muhammad dulu berlumba lari dengan Aishah :)

  2. ohcikgu Avatar

    tak leh join.

    kena jaga budak sukan. haha..

  3. Ani Haryani Avatar

    Lari seronok berpasangan. Teringat kawan-kawan dulu, bukannya kami lari sungguh, banyak borak sambil gelak :)

  4. Rudy Avatar

    marathon tak penah masuk lagi..kalau rentas desa tu ada. tu pun time-time sekolah dulu :)

    1. Hasnul Mutawif Avatar

      Hehe 10 km pun tak mencabar ya. Mesti fit ni

  5. siti hazreen Avatar

    Kalu saya jalan je tu…tak larat nak lari

  6. eyriqazz Avatar

    huhuhu.dulu2 marathon ni mainan gua..skang 1km pun dah……

    1. Mazni Azmi Avatar

      Stamina dah kurang. BErat pun dah bertambah.

      Kena amalkan cara hidup sihat

  7. watiey Avatar

    huhuhuh,, syok je tengok,,
    dah lama x join even sihat camni,,

    tapi 10km tu?? hebat,, hebat,,

  8. Hafizul Avatar

    Huhu…patutlah sihat selalu nampaknya abang ariff ni..hahaha…10 km jer..penat tuuuu…

  9. Raihanah Ahmad Avatar

    tK pernah join, join dulu2 time kat universiti je. erk

  10. fazrol Avatar

    Kalau eyriqazz masuk boleh champion lagi ke? dengar dulu zaman sekolah hebat.. ha ha ha…

    Apapun, tahniah bro.. dapat habiskan 10 km gak…

  11. Effa Avatar

    Last sekali lari time keja bank. Terpaksa join. Sekarang kalau suruh join ke. Main jalan -jalan bawa anak je la. Hihi

  12. akubiomed Avatar

    Masa kolej dahulu ada masuk larian. Sekarang ini sudah tak ada lagi. Cuma sekali sekala ada peluang jungle trekking bersama anak. :)