Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Senang ke Susah?

Result SPM dah nak keluar dah dan adik perempuan aku amik SPM tahun ni. Tak tau la keputusan dia nanti macam mana. Cerita sket pasal aku dan SPM ni.

Aku dulu.. tak dapat straight A pun. Ada satu B. Aku dapat B untuk EST. Aku tak faham kenapa sebab paper mudah macam tu biasanya aku jawab tutup mata pun dah boleh dapat A. Ini bukan nak cakap aku berlagak pandai sangat, tapi nak cakap English aku memang ok dan adalah sesuatu yang pelik aku dapat B untuk EST. Entahlah, mungkin time tu apa yang aku tulis untuk essay tu tak ikut format dia kot. Mentang-mentanglah EST baru tahun tu Ministry of Education (MOE) buat, jadi confirm orang yang tanda kertas tu kena tanda ikut format aje. Tapi salah format ke aku dulu?

Aku sampai sekarang tak puas hati. Masa tu aku siap bayar RM50 suruh MOE ngan Lembaga Peperiksaan Malaysia check balik paper aku so that aku boleh dapat result straight A SPM. Yelah, dah alang-alang 1B tu, dapatkan jelah straight A. Rugi! Tapi nak buat macam mana kan, takde rezeki. Mengamuk gak aku time tu. Sampai sekarang aku masih tak puas hati, kalau boleh aku nak tengok paper aku tu dengan mata kepala aku sendiri, aku nak tengok macam mana diorang tanda. Baru aku boleh terima B tu seadanya. Aku memang angkuh sikit dalam bab ni sebab memang aku tak pernah dapat B time exam biasa untuk EST tu. Markah semua nak >85 je. Jadi ego aku memang tercalar dalam bab ni.

Cukup pasal EST, kita cakap pasal peperiksaan SPM in general. Kepada yang dah amik, apa kata korang? Susah? Senang? Ada rasa menyesal tak sebab tak buat betul-betul dulu? Pada aku, aku puas hatilah sebab result macam tu boleh lagi bawak aku jauh……. ke bumi Russia ni. Walaupun hidup kat sini tak seindah yang semua orang sangka, tapi oklah. Banyak pengajaran yang aku dapat datang sini. Kurang-kurang sekarang ni mental aku memang dah kental habis. Kalau nak suruh aku kerja/travel mana-mana dalam dunia ni sorang-sorang rasanya aku boleh je amik tawaran tu. Aku tak takut hidup sorang menghadapi cabaran dunia ni. Tu akulah, orang lain aku tak tau.

Rahsia dan tips kejayaan aku dapat banyak A untuk Sijil Pelajaran Malaysia? Entah. Takde rahsia apa-apa pun. Belajar je. Aku banyak belajar sendiri. Dulu sekolah aku atas bukit. Biasanya kalau aku nak belajar betul-betul, time aku belajar adalah time selepas kelas persediaan (prep hours) iaitu lepas pukul 11. Seronok belajar time tu, takde orang kat kelas! Hantu je ade. Haha~ Seram woh belajar kat kelas sorang-sorang after hours macam tu. Dahla sekolah atas bukit, kadang-kadang malam-malam macam tu, angin kuat giler. Macam-macam bunyi aku dengar, tu belum lagi masuk bab cerita-cerita karut yang biasa kita dengar kat sekolah berasmara berasrama ni.

Kalau belajar dengan cik awek comel-comel macam ni susah nak masuk. Belajar sorang-sorang lagi bagus.

Sebenanya tak susah nak kejar sesuatu yang kita betul-betul nak ni kalau kita tak kisah nak berusaha. Macam aku, sejak tingkatan satu lagi aku dah plan nak belajar overseas. Benda tu dah memang dalam kepala otak aku, so bila planning dan azam macam tu dah ada, takdelah liat sangat aku nak belajar. Nak dapat duit free (biasiswa) le katakan.. jadi tak kisah la belajar lebih sikit. Tapi nak cakap aku belajar lebih, takde gak sebab aku ni bukan jenis yang stay up sampai pukul 2-3 pagi. Itu kerja gila. Cuma.. entah la. Aku study on time, right on track kot. Kiranya aku tak paksa semua benda masuk dalam otak aku time nak dekat exam. Study sikit2.

Selain tu aku suka buat analisis terperinci untuk setiap exam dan percubaan SPM yang aku buat. Kiranya bila aku dah dapat result dan kertas jawapan percubaan SPM aku, semua soalan yang aku salah aku betulkan. Cuba dapatkan markah 100. Bukak semua jenis buku yang wujud. Baru puas hati macam tu. Kita tau mana silap kita dan kita tahu apa yang kita tak tahu?

Kalau study banyak-banyak, mesti ada benda yang tak faham kan? So camne nak faham? Aku senang jer, aku tanya kawan aku yang dapat No.1 untuk setiap exam dia. Dia tahu segalanya. Haha~ Kalau nak tanya cikgu.. berat sikit la. Tak tau kenapa. Malu kot. Aku ni kan pemalu~ wahaha..

Sempena result SPM 2009 dah nak kuar, aku doakan kepada yang dah berusaha giler-giler tu supaya korang dapat kejayaan la. Kalau tak dapat bukan maksudnya ko bodoh, tak! Orang bodoh adalah macam budak Malaysia yang ikut Skinhead. Yang tu terang-terangan bodoh. Kalau dah berusaha dan tak dapat, itu maksudnya takde rezeki. Mungkin rezeki ko kat tempat lain. Jadi jangan stop berusaha. Kepada calon SPM 2010, start study sekarang lah wei!

Ya, sebab aku tak dapat A untuk EST.. sebab bukan rezeki aku kot..

Pengalaman korang pulak camne? Apa pahit manis getir korang menghadapi SPM? Tips hebat ke? Cuba share sikit.


Posted

in

by

Comments

45 responses to “Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Senang ke Susah?”

  1. yana Avatar
    yana

    ak ase mmg sah2 ak terok result uh….ak manyak main2 la….oish….so kalu tk pat masuk course yg besh2….ak ambk course culinary…:)

    1. ariff Avatar
      ariff

      culinary best gak apa..

  2. mieyju Avatar
    mieyju

    citer ko mmg bezZ!….ak mdduki spmt thun nie.mmg nervous pun….kdg2 otak blank pun de.hehe ni ak nak nanyer lau lam result markah penuh 25 ke ats tu camtu dah bleh kire pass ke?mcam math ke? hehe ak baru je abeh paper ak nie…huh spm senang?haha ak agak kecewa cikit gan paper akaun,de yg salah format, tp soaln akaun yg len boleh buat….aaa ~ tolong berikan respon iye….saya nak tau sgt nie….

  3. L Avatar
    L

    haha.!! same cm aku le.. aku dpt B gk utk EST tu.. geram je..

  4. swagger Avatar

    tl0ng2 doakn aku ye,SPM dh dkt nie..huhu nervous gila ni

    1. ariff Avatar
      ariff

      All the best!

  5. Safira Avatar
    Safira

    heyy , wahh , best ar citer kau . aku harap sgt boleh jd cm kau . lagi 1bln stgh aku kne hadapi SPM. fuhh ! takot , gementar semua ade lah .
    tapi aku ade masalah sikit . aku dah blaja tiap2 hari dr kul 10 mlm smpi 1pgi , esok hari aku bgn , aku rase ape yg aku bace td mlm tak masok ape pn dlm kepala.asal ha ? … pls jwb

  6. MIEYRA Avatar
    MIEYRA

    aku dulu pun ade angan2 same cm ko.lau karangan english tu cite sal angan2 aku jela.mmg aku suke sangat menulis time tu.lau x xkan aku jd editor majalah skolah kn???hahah.tp bile cikgu tgk aku ni cm obses sgt and semangat telebih bekobar dr org ln die kasik 1 msg kt esei aku tu.pendek cte esei tu mmg wat aku down abih.mmgla aku skolah kt kmpg je.tp xslh aku ada cite2 kn?ntahla.mse tu xde sape sokong aku.mak ayh aku pun bile dgr aku nak blaja oversea dorg xbrape ske sal aku ni ske wat ske hti sgt.aku mmg akn wt ape je yg aku ske.aku xkacau org pn.tp org melayu ni ln ckit.nk plak ko pmpuan.knala ikut adatla apela…pada aku laki pmpuan sme je.nabi pn xbezakan laki and pempuan.tula…xde restu ni pn susah gak.bykla problem yg last2 bjaye watkn aku jd lemah and putus ase.pastu aku trus xmnt nk blaja.aku mule ponteng sal aku da xde mood.keje aku tulis artikel je utk luahkan prasaan and elakkn aku memberontak.d pendekkn cite…last2 aku smbung blaja gak…tp dlm malaysia jela.anyway…good luck to you.tp xfhm nape adk aku mak aku kasik p oversea.still wonder.xde rezeki kot…aku redha

  7. asyrafi 94 kelantan Avatar
    asyrafi 94 kelantan

    waa!!best citer ko nih aq rase bersemangat ckit nak study n blaja oveseas dpt biasiswa.. aq spm 2011 bagi r tips n motivasi ckit lam entri ko 6ti..

  8. raofriot Avatar
    raofriot

    result aq lg cacat.. yg laen A tp EST jah C+.
    Aq tgh apply medik gak. MARA n yysan trgn..
    Hrp2 dpt:)….

  9. Noor Dyana Avatar
    Noor Dyana

    Salam..psal SPM ni kan..tgh gram laa..rase cm ade paper nk suro MOE check balikk…cmane procedure nk suro diorang check blik..? email la ea..tahnx riff..

  10. aboi Avatar

    EST aku pun B jugak..haha
    aku nak kata nyesal pun tak jugak..sebab aku tak ingat plak aku penah dapat A ke tak..ngeh3..

    weh.. aku kurang gemar la ko buat scroll kat entry ko tu.. susah aku nak baca..
    .-= Cerita terbaru aboi.. Berblogging…haram?? =-.

  11. wawaa Avatar

    EST mmg buat spoil result..dr dulu lagi..~
    farah SPM ek tahun ni?aku pon da confuse~ SPM and STPM…
    SPM~ susah or senang? menyesal tak tak buat betul2? Aku menyesal tak sudah ~.~
    Aku malas nak citer sebab aku menyesal teramat sgt~
    sia2 je duk kat bumi semsas tu 5thn
    .-= Cerita terbaru wawaa.. saya puas!! =-.

  12. Arnain Avatar

    haha… tp skunk est dah jadi subjek tambahan nak amik leh xamik leh… huhu

    1. ariff Avatar
      ariff

      Rasanya ada sekolah wajibkan. Macam saya sekolah sains dulu memang wajib

  13. engku alia Avatar

    EST mmg membunuh! haha.
    aku pon dpt B.
    apekehal pon taktahu.
    mase tuh skolah aku pon wajibkan ambek EST.
    tapi biler EST jatuhkan pointer skolah, diorg dah x ambek kot.
    haha

    pape pon, evenpon x dpt straight A’s, aku still dpt buat medic.HAHA.even aku x nak ambek sbnrnye, tapi ini harapan keluarga.T_T
    bleh punye. dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.
    bila dah dpt msk blaja dlm ape2 pon, buat la sungguh2..

    bila x dapat sesuatu yg kite nak, mungkin Allah dah sediakan bender lain yang lebih baik dan lebih best dari ape yang kite nak mula-mula tuh.

    cheers! :D
    .-= Cerita terbaru engku alia.. sem baru sudah bermula! =-.

  14. IyouweBlog.com Avatar

    post ni buat aku takut je… tunggu result ni! wish me all the best! ^^ haha
    .-= Cerita terbaru IyouweBlog.com.. Happy Birthday Nuffnang! =-.

  15. are-pa Avatar

    ko buat aku terlalu cuak kat EST! sebab bagi aku EST tahun 2009 soalan essay pasai friction. memang kuat la merepek gunakan konsep physics yang dah belajar.

    doakan aku! muahaha~
    aku tak rase aku banyak A coz aku buat cincai2 je sebab masa tu keinginan kahwin membuak2. hahahaha!

  16. SyimaSyaz Avatar
    SyimaSyaz

    uh same lah dgn adik saya… straight A kecuali EST tu la… dia pun bayar RM50 sbb tak puas hati..still B..sampai skrg dah nak abis degree pun, tapi still tak puas hati..
    erk… kamu ke adik saya? bkn kan??

  17. nursarah Avatar

    aku pun dapat B subjek EST. erm, result spm aku pun tak bagus sangat. (kalau bagus dah tentu leh blaja satu U ngan ko kat Rusia. ekekekeke
    .-= Cerita terbaru nursarah.. jangan demand dalam persahabatan. =-.

  18. ideologynas Avatar

    SPM?? tensi la abg nk tunggu result die.. adoi, dah la byk rumors.. lagi2, saya ni plak bdk MRSM, sp agk quite xpectation.. pandai la abg!!! pray for me ok?? kteorg xamik EST.. cikgu xbg.. so, saya amik 9 subject je.. abg amik medic ye?? yeah!! nk jadi doctor.. seronoknye belajar kat russian.. jeles T_____T.. HAHAHAHA XD

    1. wawaa Avatar

      bgus btol org2 mrsm….teros drop subject tu..senang~
      ariff student aeronautical engineering~ =)
      (aku plak yg jwb, jgn marah ariff~ )
      .-= Cerita terbaru wawaa.. Bola bowling hempuk aku! =-.

  19. rizal Avatar
    rizal

    kelako la cter psal EST tuh. sengal giler. ak semak balik. stay jer B. bangang.
    kan dah. :P tu la ko. byk sngt main kt ‘cyber cafe’ free.. mlm2 main conterstike. kan dah..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Wahaha.. ko pun B gak. Berjangkit ngan aku kot. Duduk sebelah2 dalam kelas, bilik pun sebelah2..

      1. yuyu Avatar

        aku dpt B sbb jangkit kt ko jgak ke..?em..aku pn xcaye dpt B..adkah aku cm blagak kt cni..?
        .-= Cerita terbaru yuyu.. when i have to pack.. =-.

        1. ariff Avatar
          ariff

          La. ko pun B gak? Pelik2… Kalau aku tahu sape tanta, memang aku karate kepala dia. Haish..

  20. Lord Zara Avatar

    sampai hati Ariff tak vote aku kat contest Joe.
    Aku emo ni. @___@

    Pasal SPM, aku tak dapat straight A. Ada melekat huruf C! C untuk Biologi. Mati harapan untuk jadi doktor, aku masuk matrikulasi sebab Abah tak beri aku apply mana2 lain. Hahaha~ Aku masuk Fizikal (mestilah kan, dah kata Bio dapat C, haram dapat Hayat).

    Hahaha~ Hajat hati nak ambil Chemical Engineering.
    Mak tak beri.
    Mak suruh jadi cikgu, tapi dia tak kisah apa2 subjek pun boleh.
    Ambik Kimia (major), Math (minor)
    Skang ni aku mengajar subjek yg lari dr opsyen kat sekolah.

    hahaha~

    paling best, kalau tak kena cabaran mulut puaka kawan aku, award yg sekolah bagi serta kata2 kejian cikgu, aku mungkin dah terlungkup dah~ T___T. alhamdulillah~
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Perjumpaan Terbesar Penulis Blog Di Malaysia – Anda Semua Dijemput Hadir Kalau Mahu Bermesra Serta Mencatat Rekod Dan Sejarah Bersama. =-.

  21. qismina Avatar
    qismina

    alamakk.. bijak2 korang nih.. adik bongsu tgh tggu result spm… huuhu. tk taulaa mcm mn.. dah psg angan2 nk amik medik gak.. insyaallah dpt.. skrg dia duk berperang kt kem plkn.. hehee
    .-= Cerita terbaru qismina.. sepi =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ish. Bijak tu takdelah. Kalau bijak result dah gempak kat sini, tapi tak gempak masalahnya.

      PLKN? haha… dulu tak kena plkn. Mungkin sebab masa kat sekolah aktif dalam kadet. So diorang fikir takde guna pun kasi saya ulang benda sama.

  22. Himmat Avatar

    Hey….I am gonna be sitting for my SPM this year.

    Havoc it is …….

    1. ariff Avatar
      ariff

      Well good luck to you!!

  23. imran Avatar

    Nak cakap susah pun tak, makin senang pun tidak

  24. iyllienaz Avatar
    iyllienaz

    haha..est pon B..bengong gile..nape dia wajibkan amek dulu ek??mmg batch experiment la..
    .-= Cerita terbaru iyllienaz.. bas ditahan polis kerana beg yang tercicir.. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ada sekolah tak wajib pun. Benda ni ikut sekolah. Ish.. Kalau sekolah sains, memang wajiblah. Tak boleh buat apa lagi

  25. joegrimjow Avatar

    macam dah tak releven umo 18 xbuat degree lagi
    faktor umur ni kene tengok
    kalau stakat dah smakin ramai yg dapat straight a
    maknanya semakin bijak2 la budak zaman skrg

    iklan skit
    ;)
    jom teka disini dan menang sehingga 10 pound!

    1. ariff Avatar
      ariff

      Tak cakap awal2 nak iklan, boleh ajer aku mention dalam entri aku =)

      Tapi itulah, aku rasa dah tak releven sangat sistem persekolahan Malaysia ni. Kena pendekkan sikit. Membazir umur kalau start kat IPT lambat.

  26. Fakhrullah SMTU Avatar
    Fakhrullah SMTU

    Aku dpt 8A 3B jer,,,wuhuhu~ xpandai mana pun kalau nk banding ngn korg,,,PMR aku hampeh giler~ 1A 7B,,,pehh,,,nyesal la xleh msk sekolah berasrama,,,anyway aq bangga jadi org yg 1st dpt fly kt sekolah aq,,,yahoo!!! dpt g SMTU,,,seriously,,,,aq ske bljr kt oversea syall,,,,hehehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      St. Petersburg lebih indah kot. Moscow.. Hidup kat Moscow banyak yang pahit.
      Bila la aku nak jalan-jalan sana..

  27. lan Avatar
    lan

    EST aku pon B…kuda btl…tatau la cmana doang marking ketas tu

  28. Faiz Avatar
    Faiz

    aku punya EST C owh. 9A 1C. lol~
    Aku bajet BM dpt B sebab mase paper 1 aku tertido agak lama, tp Alhamdulillah aku dapat A. So bila BM dpt A aku dah x kesah EST dpt C. lalala~

    Adek aku SPM 2010. Berbuih mulut aku bebel die suruh start skng.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Same ah. Adik aku pun. Ntah belajar ke tak kat rumah tu.

  29. mya Avatar

    Tengah cuak nak tunggu result SPM..takut jugak kalau EST buat rosak result..EST haritu macam susah..hehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kenapa amik? Sebenarnya tak membantu sangat pun. Itu dululah.. Sekarang tak tau..

      1. mya Avatar

        sebab selalu dapat a je..meyakinkan jugak la..and cikgu pun advice amik..haha..takpela nk nyesal pun da x gune kan..hehe
        .-= Cerita terbaru mya.. Sape stress atau tertekan?sini ade penawarnya. =-.

  30. markjue Avatar

    For your information I’m waiting for the result too. prey for me to get straight A’s okay. anyway dont forget to checkout my blog at http://markjue92.blogspot.com I’m following u