Dalam hidup aku ni mana-mana aku pergi pun mesti ada suara-suara kecil yang cakap aku sombong. Aku tak kisah sangat dengan apa orang kata, tak luak duit aku satu sen pun cuma yang aku tak berapa minat ni adalah sikap orang Melayu kita ni yang suka sangat jaga tepi kain orang dan melabel orang sesuka hati. Oklah, semua orang pun macam tu sebenarnya, memang ada setan dalam diri masing-masing tapi yang menampakkan orang tu berperangai buruk adalah bila dia buat public statement atau membincangkan pasal keburukan orang lain di belakang orang tu. Dah mengumpat tu kan..
Cerita pasal diri aku sikit, aku ni memang suka buat hal aku sendiri. Aku pergi mana-mana sorang pun boleh tak perlu berteman. Kalau aku nak update blog seboleh-bolehnya aku tak nak orang kacau aku. Aku memang slow sikit kalau nak buat kawan dengan orang yang baru kenal, tapi kalau lama-lama orang kenal aku memang diorang akan nampak perbezaan tu. Jadi adalah ketidakadilan kepada aku kalau orang yang tak kenal aku label aku ikut sedap dia je, lebih-lebih lagi kalau label aku sebagai sombong. It’s stupid really because you just don’t have that right to simply label other people like you are the most perfect human being in the world but then again people are entitled for their opinions, just that is it a good and reliable opinion or not?
Pada aku orang yang sombong bongkak ni jenis yang memang tak mesra langsung dengan orang lain. Terserempak dengan orang lain, orang tu tegur tapi dia macam acuh tak acuh je layan dan memang takde inisiatif langsung nak berbaik-baik. Tu satu. Lagi satu kalau orang yang harta banyak. Haa.. yang ni pun kadang-kadang ada gak. Korang tau je la kan macam mana.. Kalau aku ni takde sebab pun nak menyombong. Abang harta takde dik,..
Tapi suka hati koranglah nak cakap apa. Aku memang suka buat hal aku sendiri kadang-kadang. Hidup aku memang macam tu. Bila nak mengata pasal orang lain tu, eloklah cermin diri tu balik, bagus ke tak kita ni dan seeloknya tak payah susah hati fikir pasal orang lain yang tak kacau kita dalam hidup ni. Duduk diam-diam buat kerja sendiri sudah. Kurang sikit dosa tu.
+ Sayangi wanita dalam hidup anda, ketahui symptom kanser serviks: tinyurl.com/women
2010/2011 Premium Sponsor
Vote For Me

Comments
63 responses to “Sombong Bongkak?”
Setiap orang ada karektor masing-masing. Kalau diam bukan bermaksud sombong tapi ada jenis karektor Introvert sangat kuat jadi orang jenis pendiam. Boleh cari buat ujian personaliti menggunakan google buat ujian website offer Carl Jung atau Myers Briggs test. Dapat mengenal diri
Hahahaha. Aku pun sama dengan ko jugak. Kalau berjalan, lagi suka sorang-sorang. Bukan nak sombong pun. Aku tak sukakan suasana yang bising. Sunyi itu buat aku berfikir. Kalau ada orang nak katakan aku ni sombong or whatever sekalipun, suka hati doranglah. Sebab aku tak mampu tutup mulut dorang. Lagipun dorang berhak melabelkan seseorang itu.
Tapi kalau boleh, cakaplah depan2. Jangan mengumpat or jadi seorang yang pengecut.
selagi orang tak sombong dengan aku..selagi tu aku takkan jadi sombong..
Besa lah tu bro.. lain orang.. lain tanggapan.. lain sikapnya.. mcm2 org ada kat dunia ni kan.. stedy jak bro.. hehe.. Kadang2 ada orang cakap.. kenapalah ada juga manusia macam ni.. yakni buat benda xelok.. selalu menyusahkan orang.. tapi, dengan mereka juga kita dapat memperbaiki diri.. InsyaAllah.. Yang penting kita amek tanggapan itu satu benda positif.. hehe..
haha..sama la kita bro..
seriusly bebudak lama sekolah aku yang chat aku kat FB aku tak layan..
pastu heboh semua cakap aku sombong..siot je..ni nak balik sana rasa segan la pulak…hurm macam mana nak terangkan pun entah…
sebab tak layan tu, time aku update blog aku on FB..tab2 tengok diorang sembang dah off9..pastu hah mula la cakap aku ni la itu la..sedih sangat..haha!!
kadang-kadang orang tak sombong akan dianggap sombong. orang pendiam akan dianggap tak pandai bergaul. sedangkan yang banyak bercakap tu secara tak sedar dah tunjukkan diri dia bodoh..sebab tu diam dan buat hal sendiri lebih baik.
eee,sangat setuju lah!!!!!!saya banyak bercakap dalam blog je..haha
yeah. itu yang ramai orang tak sedar, dia cakap banyak sampai menampakkan diri dia yang dungu. kata-kata ni kalau boleh biarlah tak lebih daripada yang diperlukan
salam siraturahim from indonesia
semoga saya bukan wanita yang sombong macam itu,
terimakasih abang arif telah membagi artikel ini….
jenis aku, aku ambil masa sikit bila kenal dengan orang baru..nak tahu rentak dan gaya orang tu dulu..bila dah tahu, boleh adjust lak rentak dan gaya aku sesuai dengan orang tue..hehe
HOHOHOHOOOOOOO!!!! Akak pong harta takde dik,.. *sila sengaukan suara anda*
Take it easy buddy—-takpelah, bertambah lagi pahala ekau…! :)
owh, so kalo banyak harta ko sombong la..haha :p tettttt~
tak jugak.
aku tak sombong..setiap org ada kelemahan dan keburukan
Betul tu, itulah Melayu. Suka sangat ada apa2 perasaan terhadap orang lain.
Sabar ya Bro. Abaikan ja. ;-)
ramai gak kata aku sombong di sebabkan muka aku macam kerek ? wth duhh -,-
betul tu ariff..taKder faedahnya sebok2 hal org lain..hal kita sendiri pon tak settle2..huh
AKu pun jenis boleh lepak sorang2 .. cuma bila dlm kumpulan aku jadi buntu nak borak2. kalau lingkungan 2-3 org boleh je borak… tapi memang ramai penyibuk dlm dunia ni. suka atau tak terpaksa terima lah kan.. takkan nak tinggal kat planet zargus plak..huhuhuhu
xpe bro…biarkan apa orang nak kata..jnji kita tau apa yg kita buat..mungkin nmpk smbg di mata org tu, tp bukan di mata org lain
Kau sombong?
Siapa yang kata tu?
Ariff Shah yang aku kenal bukan jenis sombong. Mungkin kau tak banyak cakap, tapi kau mudah mesra dan adapt dengan suasana. At least itu apa yang aku fikir.
Dan aku selalu ketawa bila orang dengan sesuka hati kata aku sombong. Gosh! Pelik dengan orang yang kata sombong based on riak muka orang (tanpa mahu bertanya tentang apa benda). Orang camtu adalah sangat freak.
Saya pon jenis yang susah nak mesra kalo baru kenal. Tapi kalo dah kenal lama baru la boleh ngam.. Kalo orang lain nak kata sombong lantak lah..janji kwn2 ngan family tahu sape kita sebenarnya.
biasa la tu…saya pon sama…tapi kenapa erk…bila orang tu diam, pasti dikata sombong? kenapa tak dikata dia tu pendiam ker….tak suka cakap banyak ker….jangan terlalu cepat menilai orang dari segi luaran…selalunya la, orang yang tak banyak cakap ni, baik orangnya, cuma kena rapatkan sikit ngan orang tu. lagi satu orang pendiam ni susah nak menegur atau memulakan satu2 bicara, kena ada orang mulakan dulu. Betul tak En Ariff?
betul2. Kadang2 memang rasa nak tegur, tapi itulah. Kita tak biasa jadi pendamkan sahaja rasa tu.
lain org lain dia punya persepsi untuk menilai org disekeliling…ada yg hanya menilai sekali imbas sahaja dan ada org yg selagi dia tak mendekati kita dia tak kan buat mcm2 prasangka…
jadikan lah komen dari org lain sebagai cermin untuk kita perbaiki diri.
kita takleh puaskan hati semua orang..biarlah apa orang kata, yang pnting kita tau diri kita cmane
mulut orang tak boleh nak tutup…dah penat nanti diorang berhenti la mengata tu…
ramai org secara sedar atau tak sedar mengalami simptom bodoh sombong.. selepas itu simptom tersebut menjadik epedemik menjangkiti jiwa nya dgn penyakit riak takabur nasional.. maka org2 ini seharusnya berjumpa pakar sakit jiwa… nk handle org mcmni adalah bo layan jer.. hahahahahaha… kita punya hati, kita punya rasa.. heee!!!
Salam. Pedulikan apa orang nak kata. Dah mmg macam tu sikap manusia iaitu takkan penah berpuas hati ngan khidupan orang lain. Yg penting, org terdekt ngn kita tu tau sikap kita yg sbnar. Bukan nak rugi apa2 pun kan…
p/s : Sekadar senyuman pun dah cukup… n_n
Bro, aku pun perangai sama lebih kurang dengan ko.. Aku ni jenis boleh pi mana2 tak berteman.
Satu lagi, sama jugak, slow dengan nak bukak mulut dengan orang yang aku tak kenal. kalau dalam bas, selagi orang sebelah tak bukak mulut, aku pun tak bukak mulut. tapi kalau dia start dulu sembang, aku memang boleh layan sembang macam dalh lama kenal..
Benda ni aku tak boleh nak kikis..
ariff..manusia memang camtu.kadang2 over nak kita ni puaskan ati smua org.bila kita wat derk cakap kita sombong.sometimes org lain pun kena hormat hak sesama kita.bkn tiap2 masa kita nak kena jadi sooo peramah dgn org lain kan.we oso need our time and privacy.
sabor je lar….
ye2,kita serupa..saya pun ramai kata sombong.tak tau la kot muka saya yg memainkan peranan.haha..orang kata TAK KENAL MAKA TAK CINTA.tol dak??haha
rasa mcm nak tiru bulat2 beberapa ayat diatas dan letak kat status FB
sila2.. boleh je.. takde masalah.
ada sedikit persamaan kita ni ye. LOL
yg jaga tepi kain org tu name nye culture. Orang dulu2 memg care of each other. tp dulu tak pe. dorg jaga tepi kain org pon, org tu selalu nye sedara mara je. tegur pon care baik.
yeah. Itu dulu, bila komuniti dekat-dekat dan tegur pun berterus terang punya nak tegur. Bukan cakap belakang. Sekarang ni banyak cakap belakang. Tegur depan-depan takde siapa berani dah.
ala persetankn aje diorg tu. Kata org tak kenal maka tak cinta, manusia mmmg mcm tu. sedap mulut je mengata org
aku pon jenis tak cepat mesra ngn orang..lagi2 kalo orang baru kenal, memang berat la mulut ni. macam ada emas je..hahaha.mmg orang akan cakap pendiam la masa mula2…
tapi kalo dah kenal, haaa, pot pet2 jugak lah..hahaha :p
kalau dalam diri mereka ada setan…persetankan je mereka…hehe
hahah. tak hbs2 ko ni
tak habis2 bro tu.. adeii
ko memang sombong pun..kahkahkah..
takde la gurau je..
ala orang tak kenal kau..so orang tak tau.. ko fikir gini je, “mereka tidak kenal aku, maka biarlah mereka”..ki3x.
semua orang pernah alami kot situation ni ;p
sbr ye ariff.
eh, kebetulan. baru jugak buat post pasal saya tak sombong. . . dan tak nerd, etc etc. memang, orang kita ni kadang2 tengok muka je dah ingat orang tu sombong, itu lagi kronik dan tak boleh blah tu. bila standard tinggi sikit, sombong. padahal tak kenal pun orang tu sbenarnya. sabar je lah.
yeah. tu silap kita. tak kenal orang, tapi macam2 kita cakap pasal dia. ish..
ahhh….orang suka label cik 18 kedekut.. bukan kedekut..tapi cik 18 dah memang takde duit.. cik 18 bukan dapat sponsor mcm dorg… dpt ptptn pon 2rts utk 1 sem…duit myk agi, mkn agi, shopping agi…mak ayah pon dah bosan dpt msg nak duit dr cik 18…
errr, ni blog ariff shah ekk?? ingt new post kat blog cik 18…panjang lak komenn…
chow!
Aha!!! Iike the Serviks Cancer punya kempen!!ahahahahaha…. Terbayek…
biasalah ariff
tak semua org senang dengan kita
kita macam serupa je ariff..
ak lone ranger je..
nak g mkn sorang2 pon boleh aje…
g jusco pon single je…hehehe..
tapi kalau org tegur, ak senyum dan ada good respon gitu..
bloggers memang cmtu kot..hhuhuh
setuju laaa..
thats y la golongan2 yang suka express feeling melalu tulisan sperti blog ni, majoritinya ber-pewatakan lebih kurang..
ye la,bukan nak sombong dengan orang..just yang kita tak kenal dan tak berapa nak kenal,how come nak ramahtamah…
p/s::prefer writing than speaking with others..
biarkan saja mereka berkata2 sebegitu,.
t bila da penat mereka orang senyap la..
aku pun sombong
dan tak peduli apa org kata. mind ur own bussines ok. haha. sound arrogant rite.
waa.. entri yg agak emo. heehee.
if it’s not an issue, don’t make it an issue, right?
besak la tue…
org melayu mmg mcm tue…xde insentif nak belajar dari kejayaan org lain…
yg tau cari salah dan menyalahkan org lain…
diri sendiri semua betul
sama patern macam aku jgk…
biasa lah jadi macam ni ariff…
diam kan je pe orang nak kate…
janji blog update hari²…hehehe
haha. bese ah tu. aku pun dah berapa kali kena.
=.=
walaupun tak berapa ramai orang kenal. haha.
“Aku memang slow sikit kalau nak buat kawan dengan orang yang baru kenal, tapi kalau lama-lama orang kenal aku memang diorang akan nampak perbezaan tu”
frasa ni aku suke sebb aku pn camni gak.. haha..
Satu sikap orang Melayu ni bila orang tu agak berjaya dari dia, mulalah nak cari jalan untuk menjatuhkan orang tu. Takde inisiatif pun nak jadikan orang yg berjaya sebagai contoh untuk meningkatkan “nilai” diri sendiri.
be yourself..ignore people who always pointing other’s weakness
p/s:..klu sombong pon,bkn kikis duit dorang..kihkih3..
hi abg ariff. hihi. tadek la serius ariff. it takes time nk kenal perangai org mcmna kan. org kena fhm
kalau abang ariff sombong xde la main boling sampai 10 game..lps tu lpak karok same.haha
wah biar betol?10game skaliiiiii??dsytt2!!
mmg tak sombong laaaa..hahha..
tak kesah la bro.ariff..jnji u tetap ariff shah asli..bukan alex yoong ke ap..hahha..xperlu nk jdi org lain demi org lain…^_^
p/s:lagy bruno mars satu…’just the way u are’
yeah. tunggu aku balik kita pecah rekod 10 game tu. haha!