
Dulu masa guna Samsung Galaxy S, kejadian phone hang dan freeze memang tak dapat dielakkan kadang-kadang. Walaupun penyelesaian mudah ketika insiden seperti itu berlaku adalah dengan mematikan phone dan menghidupkan ia semua, kalau boleh kita tak naklah guna phone yang tak lancar, betul tak? Menyusahkan urusan kita. Bayangkan kalau terlepas panggilan penting yang ditunggu-tunggu hanya disebabkan phone kita hang tadi.
Bila dapat sahaja Samsung Galaxy S3 ni, wow.. memang menakjubkan. Phone ni memang laju dan smooth. Kalau tengok video unboxing sebelum ni, boleh nampak betapa cepatnya phone ni start. Tak perlu tunggu lama masa boot up untuk start guna phone ni.
Perkembangan teknologi adalah sesuatu yang sangat mengujakan kerana kita dapat lihat betapa cepatnya gadget berubah dari zaman ke zaman. Dalam masa yang singkat, banyak teknologi baru diperkenalkan. Smartphone yang keluar pada tahun lepas memang dah tak setanding dengan smartphone yang keluar pada tahun ini.
Dengan kekuatan chip pemprosesan empat teras (quad core) 1.4 GHz, pengguna Samsung Galaxy S3 tidak perlu risau lagi dengan masalah phone lembab, terutamanya yang aktif menggunakan aplikasi social media seperti Foursquare, Twitter, Facebook dan sebagainya.
Sekarang anda boleh menonton video sambil menghantar tweet, mengemaskini status Facebook anda, menulis email atau apa-apa sahaja yang anda sedang lakukan. Kekuatan chip pemprosesan quad core ni memang menakjubkan. Saya tak sabar untuk mencuba aplikasi baru yang memanfaatkan kuasa pemprosesan ini.
Dalam video pendek di bawah, saya tunjukkan demonstrasi kekuatan quad core phone Samsung Galaxy S3 ini. Kepada yang selalu merungut phone anda lembab, mungkin Samsung Galaxy S3 adalah pilihan yang tepat untuk anda.
Teruja dengan zaman perkembangan teknologi ni. Mungkin suatu hari nanti, kita tidak lagi memerlukan komputer kerana smartphone akan mampu menggantikan kesemua fungsi yang ada pada komputer.

Harga Samsung Galaxy S3
Harga rasmi atau recommended retail price (RRP) adalah RM2,199 tetapi biasanya dijual lebih rendah daripada harga ini. Harga terendah daripada telco anda adalah seperti berikut:
- Digi – RM999
- Celcom – RM1,398
- Maxis – RM999

Comments
51 responses to “Smartphone Menggantikan Komputer?”
battery usage ok dak ? 4 core sure telan power banyak.
Sepanjang penggunaan hari tu, memang ok
Demo SG3 sangat berguna untuk buyer yang berminat..Thanks
fuhhh, function multitask S3 ni mantopppp gila… tak sangkut kot
dah pakai HTC One X saingan S3,,,jadi tak beli la S3 selagi One X tak rosak
One X rupanya. Not a bad phone, tapi lebih prefer SGS3
kena tunggu hp rosak dulu. baru ganti smartphone.
mmg canggih…tp designnya kurang berkenan lak..
beli guna pakej memang murah..tapi terikat dengan kontrak..kontrak belum habis, phone lagi canggih dah keluar..
Biasanya macam tu la. Tapi tengok gak penggunaan. Kalau orang yang jenis beli smartphone paling canggih untuk kegunaan 4-5 tahun, rasanya takde masalah. Orang kaya je tukar phone setiap kali ada yang baru keluar
bateri dia camne. klu S2 cepat je kong.
So far on wifi kat rumah ni sehari lebih boleh tahan. Tak terasa macam tak cukup bateri atau cepat kong
Root Ariff root!
Apps yang di-optimize untuk dual core pun masih kurang, inikan yang quad core pula
Pendapat aku, tablet lebih sesuai untuk menggantikan komputer di masa depan, cuma phone akan menjadi lebih power, laju dan lebih produktif berbanding zaman 5 tahun lepas
Betul. Paling-paling pun apps game yang cepat update untuk optimize phone power. Lain2 lama nak tunggu
Tablet. Make sense. Terlupa pasal tablet sebab aku tak pernah ada tablet
sounds good..tapi mano eden nak campak iP4S eden nih…adoi mmg tak mampu nak follow gajet dah sekarang ni..terlalu laju
iPhone 4S masih terlalu baru untuk ditukarkan, tapi kalau dah jatuh cinta, tak boleh buat apa dah
Mmg murah rege yang ditawarkan oleh DiGi..
Kecanggihan teknologi ni kadang2 kita sampai tak terikut..
Setiap masa ada je versi baru ;)
Wahhh makin canggih la..tak terikut rasanya teknologi hari ni…cepat sgt..hehe
Bagus info yang diberikan. Ringkas dan yang betul2 pembaca nak tau je.
mmg dah jatuh cinta dengan samsung galaxy s3 ni…huhuhu…..hajat di hati mmg nak sambar satu..tapi apakan daya….heehhehe…….
alang2 nak beli smartphone, baik beli dengan telco. memang murah…
Murah tu bayaran muka je, nanti kontrak 12-24 bulan kena ready duit jugak
Kalau aku better beli cash or wait two-three months…biasa barang Samsung cepat turun harga…tak sanggup berhutang 24-bulan semata-mata beli smartphone
Sekarang smartphone dah power dah dari laptop.. Huhu.. Laptop wa pakai nieh dah 5 thn sudah.. Huhu
Samsung s2 pun dah sedap inikan pula s3 mmg mantap,tapi harga cepat jatuh..
teringin der nak beli..huhu
amboi apesal murah plak ni.hahaha
hang tak jual kaa?bole wa beli.hihihihi
Aku mana jual. Takpe, telco pun jual murah. Boleh beli ngan diorang.
terbaik s3 nie..
terbaiklah..makin maju skng nie…x sempat nk follow ak..pkmbgnnnya
Ariff promote telefon nampak.. nak beli tipon tu murah..jumpa aku..
company tu tempat aku keja sekarang..
Ko keje samsung sekarang? Boleh la kasi aku free XD
macam2 dah kuar sekarang ni.. aku tak tau lah kalau lagi 10 tahun apa akan jadi..agaknya lagi dasyat sampaikan kita tak pernah terpikir yang kuar agaknya
harga dari digi lebih kurang tablet 1malaysia…
tablet 1malaysia. hihi. semua benda nak di-1malaysia-kan
dasyat2…memang canggih
wahhh harga dari digi murah and berbaloi2!! RM999 je? @_@
Bila semakin banyak smartphone keluar di pasaran dengan teknologi yang serba canggih, aku tertanya-tanya juga masih wujud ke tidak PDA sekarang ni?
Rasanya dah lama pupus. Orang semua prefer smartphone sekarang
serius aku suka fungsi multitasking ni.. huhu.. jatuh cinta…
Masa first time tengok video demonstration hari tu pun terkejut. Maju sangat dah teknologi sekarang
Easy and very lite.. senang nak bawa kemana..
mmg da jatuh cinta pun…
huhuhu… x mgkin mampu miliki (T_T)
wah smo feature byk pakai nk tgk financial report. bley jd gordon gekko kot lps ni. hehe
Modal sikit je. Susah nak sampai tahap Gordon Gekko
canggih betul ni… errrr berangan dulu la nampak gayanya.. :)
Memang pantas aplikasinya dan multi task kerana processor quadcore. Mungkin untuk menaip laporan agak payah dengan Smartphone kecuali mempunyai voice recognition.
Kalau dah lama guna, mungkin dapat suaikan diri dan gunakan untuk buat kerja
owh..canggih giler..korang mapoo..??
pergghhh.. dahsyat..! berapa harga dia ya?
okeh. Update dah entri dengan senarai harga. Sila check