Sistem Air Bersih Untuk Condo Saya Dengan Penapis Air 3M

Reading Time: 2 minutes

Hari tu pasang indoor filter untuk air minum yang bersih. Baru-baru ni pasang pulak outdoor filter untuk menapis air yang masuk ke dapur dan tangki air rumah. Lengkap dah sistem air bersih untuk seluruh rumah saya.

Kenapa pentingnya outdoor filter ni? Ada yang kata pembaziran. Asalkan ada indoor filter cukup dah. Saya cakap macam ni je, cuba tengok air dalam tangki air rumah tu. Warna apa? Kalau keruh, berkeladak atau berkarat, maka elok sangatlah anda pasang outdoor water filter.

Itu yang kita nampak. Yang tak nampak tu tak taulah apa lagi bakteria dan mikro-organisma yang ada. Air kotor ni adalah salah satu penyebab penyakit kulit dan gatal-gatal badan. Bagi yang memiliki kulit sensitif, lagilah kena berjaga-jaga untuk elakkan ekzema.

Nasib baik kontraktor dah bersihkan tangki air. Jadi untuk memastikan air yang digunakan satu rumah sentiasa bersih kenalah tapis air yang masuk daripada saluran utama ke dalam rumah. Penapis air 3M model AP 902 menjadi pilihan saya.

Penapis air ni mempunyai ciri yang sama dengan penapis air indoor sebelum ni iaitu ia mudah dipasang dan ditukar. Tak perlu gunakan apa-apa peralatan, hanya perlu pulas je dan boleh dibuka. Untuk ni digalakkan orang lelaki lah yang buat sebab outdoor filter ni lebih besar berbanding indoor. Kartrij hanya perlu ditukar setahun sekali sahaja.

Segala jenis keladak dan karat akan ditapis oleh penapis air ni. Jadi air yang masuk confirm bersih dan selamat untuk digunakan.

Don’t worry. Tekanan air takkan terjejas selepas pemasangan filter ini kerana ia mempunyai reka bentuk yang membenarkan aliran air maksimum. No problem.

Outdoor filter 3M ni wajib dipasang di rumah-rumah anda demi untuk menjamin kesihatan orang rumah dan ahli keluarga anda.

ariff-3m

Kepada yang benar-benar berminat nak gunakan penapis air daripada 3M, saya boleh berikan voucher tunai RM300 untuk pembelian filter ni. Sharekan entri ni kat timeline anda dengan komen “Saya mau voucher tunai RM300 3M sekarang” dan komen kat bawah ni. Nanti saya email voucher tu.

Bilangan voucher penapis air 3M Malaysia ni terhad, siapa cepat dia dapat tapi kalau ramai share dan benar-benar berminat, saya rasa takde masalah nak minta lebihkan lagi kuota voucher tu untuk pembaca blog ni.


Posted

in

by

Comments

14 responses to “Sistem Air Bersih Untuk Condo Saya Dengan Penapis Air 3M”

  1. Asni Avatar
    Asni

    Mana nak beli filter ni ??!

    1. Ariff Avatar

      Boleh check laman web 3M

      Ada year end promotion sekarang

  2. ewan Avatar

    salam bro.. ada lagi tak vouncher 3M water filter nie.. boleh email kat saya.. thanks

    1. Ariff Avatar

      Ada. Tapi voucher expire 1 Nov. Jadi minggu ni jugak kena pakai

      1. Ewan Avatar

        Okay jugak tu.. Boleh bagi kat email tak. Thanks

        1. Ariff Avatar

          Beres. Dah email :)

  3. azrin Avatar

    air bersih memang penting. Setiap rumah kena ada penapis air sebenarnya, menjerang air je tak cukup untuk buang kotoran.

  4. Zaim Luqman Avatar
    Zaim Luqman

    Saya mau voucher tunai RM300 3M sekarang

    1. Ariff Avatar

      OK. Dah email. Kena cepat sebab ada expiry date

  5. L Avatar
    L

    Saya pun mahu voucher RM 300 untuk penapis 3M

    1. Ariff Avatar

      OK. Dah email

  6. Maizimbaharon Avatar
    Maizimbaharon

    Saya mahu voucher tunai rm300 3m sekarang

    1. Ariff Avatar

      Ok. Thanks for joining. Saya dah email vouchernya

  7. akubiomed Avatar

    Air bersih sangat penting untuk kesihatan.