Sijil Penyertaan Hari Belia Negara 2010

Reading Time: < 1 minute

Sijil penyertaan Hari Belia Negara 2010 telah selamat sampai kat rumah aku siang tadi. Baru je terlintas nak tanya pihak Information Technology Youth Movement (ITYM) pasal sijil ni. Terima kasih diucapkan. hehe.. tak pergi Hari Belia Negara hari tu pun boleh dapat sijil. Pada masa tu aku masih di Moscow. Sekali lagi, terima kasih kerana memilih blog.ariff sebagai pemenang. Kejayaan macam ni sangat-sangat mendorong untuk aku berusaha dengan lebih keras memajukan blog ni.

ITYM juga ada menyelitkan poskad untuk sambutan Hari Belia Negara 2011 yang akan diadakan pada 15 Mei 2011. Mereka bercadang untuk mengumpulakan seramai 10 RIBU BLOGGER untuk menyambut Hari Belia Negara 2011. wow.. Itu satu target yang memang besar untuk dicapai. Geng Blogger pun rasanya ada 9000+ keahlian sekarang, so mungkin pihak ITYM boleh bekerjasama dengan pihak Geng Blogger nanti. Atau lebih best, buat gathering Geng Blogger masa Hari Belia Negara 2011 sebagai menyokong sambutan tersebut. Oh.. 5000 blogger pakai tshirt Geng Blogger datang Putrajaya. wow!! Kalaulah boleh buat macam tu. Memang bersejarah la..

Apa-apa pun insya allah kalau poskad tu tak hilang, nanti sampailah poskad tu dari Moscow. Korang cari-cari la poskad aku nanti ye :D Orang Moscow rasanya aku sorang je yang ada poskad ni. hehe..

Semoga sambutan Hari Belia Negara 2011 menjadi sebuah lagi cerita kejayaan dan semoga blogger kita ni turun padang ramai-ramai. Kalau ada yang nak sponsor tiket aku, confirm aku akan datang.

***

blog.ariff’s premium sponsor July 2010:


Posted

in

by

Comments

30 responses to “Sijil Penyertaan Hari Belia Negara 2010”

  1. haiqal Avatar

    Belia 18 till 40?

    1. ariff Avatar

      yup. pelik gak sebenarnya..

  2. zuez Avatar
    zuez

    hidup belia…

  3. ata Avatar

    kalau join dapat sijil ke?
    ingat yang menang je dapat sijil…lansung x alert..haha,ada join untuk kontest IYTM….

  4. Amir Avatar

    tadi mak aku call cakap aku dapat sijil. terkejut gak sijil ape entah. rupanya hari belia ni…. :-)

  5. Piratz Avatar

    please.. no more putrajaya… :P

  6. zihnun fatin Avatar
    zihnun fatin

    wahhh…x sangka ada benda2 mcm ni…huhu…mtk2 la de rezeki nk g nanti…huhuhu

  7. mia liana Avatar

    mia pun baru dapat arini…. suka…ingatkan tak dapat sijil penyertaan….

    1. ariff Avatar
      ariff

      bagus2. tangkap gambar hantar la kat diorang.

  8. Cik Nass Avatar
    Cik Nass

    Kalau betul seperti yang ko cakap tu Ariff. Masa tu aku sanggup terbang dari Sarawak ke sana semata2 nak join. Hahaha…~ Ko pon datang la. Nak tangkap gambar dengan ko. :D

  9. Privacy_Resident Avatar
    Privacy_Resident

    Pergh! Bila lah tiba masa gua pulak. Hahaha

    1. ariff Avatar
      ariff

      next year ada lagi bro

  10. eyra Avatar

    wahhh dapat dah? aah u pemenang. ade gak dia nak bg 50 org tu katanya. p takdapat2 lg

  11. ProfHariz Avatar

    Wahhhhhh Tidak Sabar Mau Join..
    Ariff Model YOUTH pula

    1. ariff Avatar
      ariff

      erk. takde mana model. haha..

  12. afiq aiman Avatar

    guwa nak p jugak kalau masih pnjg umur…mna tau wktu tu guwa dah berada di tahap ariff sekarang…guwa berblogging bukan men2 tau…guwa serius..kihkihkih

    1. ariff Avatar
      ariff

      bagus2. mulakan dari awal. Kalau minat berblogging ni, ikut cara yang betul memang boleh maju

  13. nursarah Avatar

    huhuhu…..aku jugak yang taktau apa2. wakaka. ada eh hari belia?

    1. ariff Avatar
      ariff

      adalah hari tu.

  14. syahirul Avatar

    tahniah bro dpt sijil.. jeles lak :P

    1. ariff Avatar
      ariff

      tahun depan join ah 10000 blogger tu. confirm dapat gak

  15. zool Avatar

    er aku belia lagi ke?? eh masih ada lagi 8 tahun kot.. huhuhuhuhu..

    1. ariff Avatar
      ariff

      boleh2.. takde masalah.

  16. nf Avatar

    waaaa, sumpah best! bapak tinggi value sijil tu kann..

    1. ariff Avatar
      ariff

      itulah. alhamdulillah..

  17. Lord Zara Avatar

    Yang mahal ada nama kamu tu~
    :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      url blog tu penting, baru nampak macam ada pengiktirafan

  18. ejam Avatar

    bagus gak tu utk mempromosikan gengblogger kpd gomen..
    mana tau bleh dapat geran ker nanti…

  19. ery farieha Avatar

    frame ye sijil tu
    ekekeke

    1. ariff Avatar
      ariff

      frame.. frame.. tadi siap iron sebelum tangkap gambar sebab ada kedut2.