Siapa Sebenarnya Ariff Shah

Reading Time: < 1 minute

Pemilik blog.ariff – Sebuah blog peribadi yang mengisahkan tentang kehidupannya di Moscow. Blog.ariff juga merupakan tempat untuk dia meluahkan perasaan, membebel, mengarut, berkongsi idea serta tips berblogging melalui pengalaman dan pemerhatian dalam dunia blogging. Walau bagaimanapun dia masih berpendapat bahawa lebih ramai yang pakar di luar sana dalam dunia blogging ini.

Karier bloggingnya bermula seawal tahun 2002 dan sehingga kini dia telah membuat lebih daripada 10 blog yang gagal mencapai matlamatnya. Pada asalnya blog.ariff yang beralamat di ariff.mmaso.com merupakan sebuah blog bahasa Inggeris namun telah dibrandingkan menjadi sebuah blog bahasa Melayu pada Oktober 2009. Atas masalah teknikal, entri lama blog.ariff gagal diupload ke hosting baru dan telah hilang begitu sahaja.

Ariff Shah sekarang menuntut di Moscow Aviation Institute dan merupakan pelajar tahun 4 di fakulti Robotics & Intelligent Systems. Akan menamatkan pelajaran dalam bidang Servo Drive Systems for Aircraft & Flying Vehicles dengan pengkhususan dalam Automated Servo Drives bertaraf Diploma di Russia, yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA) dengan nilai taraf Sarjana Kejuruteraan. Pengajian di Moscow Aviation Institute akan tamat pada April 2012.

Memegang jawatan sebagai admin Geng Blogger yang kini berdiri teguh dengan kekuatan seramai 5000+ ahli. Geng Blogger – Komuniti Blogger Anda merupakan sebuah ping aggregator site dan komuniti alam maya untuk penulis blog khususnya penulis blog berbahasa Melayu. Namun blogger yang menulis dalam bahasa lain dialu-alukan untuk menyertai Geng Blogger.

Secara peribadi, dia merupakan seorang yang pendiam dan mungkin pemalu. Seringkali disalah anggap sebagai seorang yang sombong disebabkan sifatnya yang pendiam dan kurang mesra dengan orang yang belum dikenalinya secara rapat.

Masih bujang dan belum berpunya.

P/s: Entri ni ditulis untuk menge’test’ ping dengan gambar versi WordPress.


Posted

in

by

Comments

68 responses to “Siapa Sebenarnya Ariff Shah”

  1. JuliYana Avatar
    JuliYana

    Assalamualaikum.Saya ‘terbaca’ your blog.Dan orang-orang yang berjihad untuk(mencari keredaan)Kami,nescaya Kami akan tunjukkan jalan-jalan kami…~al-‘ankabut 29:69.Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi(pula)kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu;Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..~al-baqarah ayat 216..So sedara lagi 2 tahun jek pun study tu..GOOD LUCK

  2. Adzriel AB Avatar

    sekrg geng blogger dah lebih 3 kali ganda bil ahlinya. tahniah ariff.

    1. ariff Avatar
      ariff

      oh. tahniah tu untuk founder je. saya dah tak aktif kat sana dah..

  3. slimdiet2 Avatar

    selamat berjaya bro. jangan terpengaruh dengan budaya barat dah la.hehehe

  4. Ali ridha Avatar

    minta la pihak hosting
    entri lama.tapi kalau dah lebih
    sebulan.hilang semua entri.

    aku terlambat 3 hari saja.
    selamat entri blog aku.

  5. cidut ciput Avatar
    cidut ciput

    emmm…agk2 amek course tuh, bile dah habis study,boleh kerja ape ye??

  6. cyda Avatar
    cyda

    Salam..Singgah ni selamt berpose bt Ariffshah..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thanks sebab singgah cyda. Selamat berpuasa =)

  7. rod sintok Avatar
    rod sintok

    assalamualaikum arifff,

    saya bru jenguk blog…mcm bes je…tahniah,,,selamat berpuasa dan semoga bjaya di moscow…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thanks rod!

      Selamat berpuasa juga =)

  8. Farah Avatar
    Farah

    Assalamualaikum…

    Hai Ariff, ape khabar? Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak di tanahair sendiri ye…
    Saya suka topik Ariff tentang Lelaki Berkualiti tu..macam senrasi dengan hidup saya pulak..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thanks for your comment farah dan selamat berpuasa juga.

      entri lelaki berkualiti tu.. memang kena pada sesetengah wanita terutamanya yang baru menceburi alam pekerjaan ni.

      Apa-apa pun terima kasih kerana membaca blog.ariff =)

  9. skudiver Avatar
    skudiver

    klu ak xde bf,agak2 leh x kite kapel???hhahaa=p

    1. ariff Avatar
      ariff

      erk

      1. skudiver Avatar
        skudiver

        tnye je..hahhaa

  10. salieza Avatar
    salieza

    hye…

    suka baca bloq u…

    nice topic n nice opinion…

    esp LELAKI BERKUALITI…:p

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha.. thanks salieza =)

  11. farouq Avatar
    farouq

    salam, singgah jap kat sini. lepas baca kosmo onlinee. tak sempat baca apa2 coretan lagi .insyallah kemudian.

  12. sha~sham Avatar
    sha~sham

    salam.

    makin bnyk blogger skrg. smoga jd blogger yg mmberi manfaat (insyaALLAH) pd yg lain trmasuk silent reader mcm sy ni =)

    ape2 pn, all d best!

    p/s : apsl gmbr ats tuh dh rupe alex yoong? hehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha.. ada eh iras alex yoong lagi?

      ingatkan dah hilang terus

      1. sha~sham Avatar
        sha~sham

        ade la jgk sket2 ;p

  13. pinky elli Avatar

    A’kum…

    apa khabar? saya baca tentang awak dlm berita kosmo..jadi, masa ni msh kat Russia?

    1. ariff Avatar
      ariff

      W’salam.. sekarang ni di Malaysia sementara cuti musim panas di Russia. Insya Allah 15 sept ni akan kembali ke Russia

  14. zuez Avatar
    zuez

    hi…..1st tme nak baca blogger…

  15. syafika Avatar

    nice.. baru hari ni ada peluang baca blog awk.. semua sy baca :p
    semoga berjaya.. :D

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thanks syafika

  16. suffer8zine Avatar

    lagi 2 tahun abis menuntut ya, semoga selalu suksess : )

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thanks!

  17. Dya Avatar

    speaking of geng blogger, dh dekat seminggu entri terbaru dya xboleh di ping .. TT geng blogger still bermasalah lg ke ?

  18. ardi Avatar
    ardi

    salam bro… wa senyum sengsorang duk baca blog lu nih… well done memang tak boring tuh.. lagi kongsi peristiwa lagih…bab promosi tuh biasa lah ..iklan mesti bagus bro!!

    nih kat russia kan?… pasal reverse engineering peralatan tuh amatlah disokong untuk mesia buat dah lama dah patutnya… kaedah itulah yang membuatkan negara pakistan, india, china, korea dan iran dapat status negara nuklear – balistik missile dah sekarang pun… apapun bro – wa respect lu!!… baru tahu ada gak orang mesia belajar kat russia ek…(dah lama dah aku nih kempunan nak gi russia)… ok slamekom….

  19. aboi Avatar

    ah ! kenapa aku gembira bila baca entri ni? kenapa? kenapa? haha

    lama giler ko duk kat Russia tu.. 6 tahun kot..
    .-= Cerita terbaru aboi.. The Greatest Love in the Whole World =-.

  20. farenova Avatar

    Bijaknya, mesti dah grad nanti keje bagus punye, ayat last tu nampaknya, tak lama lagi mesti ada punya, tambah lagi letak gambar besar tu :)
    .-= Cerita terbaru farenova.. Anda Selalu Guna Telefon Bimbit Semasa Memandu? =-.

  21. tom Avatar

    hahaha.. macam promote diri je bro.. ape-ape hal sila la ziarah menziarahi blog saye ye..
    .-= Cerita terbaru tom.. Rahsia Mendapatkan Hikmat Kepantasan Menaip Sepantas Halilintar! =-.

  22. JAI Avatar

    Baguih entry ni..buat modal untuk hari isnin..tunggu…ahaks..
    .-= Cerita terbaru JAI.. ENTRY BERGAMBAR – OFFICIAL BLOGGERS’ LAUNCH =-.

  23. bH Avatar

    bro, ada main2 dengan antonov tak? engineering russian dengar khabar banyak menyimpang..betul ke?
    .-= Cerita terbaru bH.. Nekadku =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Antonov yang mana satu ni?
      Menyimpang camne yang hang maksudkan ni?

  24. wawa Avatar

    saya tak suka awak ariff… =p huh!!

  25. ben ashaari Avatar

    nasib baik aku dah kawin .. kalau tak , SAPA BEN ASHAARI , 8 EPISOD tak abis … lalalala ..siap buat pay per view lagi .. hahahahah
    .-= Cerita terbaru ben ashaari.. Yesss !!! Pengunjung ke 111,111 =-.

  26. serol Avatar

    nak test juga..tapi bukan test ping..test komen..
    .-= Cerita terbaru serol.. Anugerah Terhormat Top Blogger 2010, 1st Time Serol Dapat Award =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      BOleh2.. sila test

  27. iyllienaz Avatar
    iyllienaz

    haha..aku suka ayat last..masih bujang dan belum berpunya..

    “nak kenal boleh??”
    .-= Cerita terbaru iyllienaz.. bil elektrik bulan ini.. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Boleh je.. takde masalah ;)

  28. fana164 Avatar

    Xde gambar lain ke?
    Asyik gambar ni je…
    Haha
    .-= Cerita terbaru fana164.. ~Bila Hajat Tak kesampaian~ =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahaha. kalau ada nanti aku letak. buat masa ni, ni gambar rasmi la.

  29. hans Avatar

    ada berbau – bau macam mau mencari jodoh tu
    hahahaha

    1. ariff Avatar
      ariff

      op..op..
      mana ada. ahaha~
      cari jodoh belum lagi kot, cari calon mungkin.
      tapi yang pasti cari kerja dulu lah

  30. denaihati Avatar

    semuga kita sama-sama terus sukses dalam dunia blogging ni
    .-= Cerita terbaru denaihati.. Acer Aspire One untuk ANDA miliki percuma =-.

  31. denaihati Avatar

    semuga kita sama-sama terus maju dalam dunia berBlog ni.
    .-= Cerita terbaru denaihati.. Acer Aspire One untuk ANDA miliki percuma =-.

  32. Wan Perlis Avatar
    Wan Perlis

    sempoi la ariff page about me dah kuar pun.hehe
    selain ben sapa lagi handle gb?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kong la.

  33. nursarah Avatar

    aku nak cakap, bahwa aku suka gambar besar tersebut dan the last statement. sekian. :p
    .-= Cerita terbaru nursarah.. kes rafiqin darwish & formspring me =-.

  34. Azizuan Avatar

    tahun 4 skang and bakal abeh 2012?
    lama kemain
    dah macam medik
    aku accounting 4 tahun ni pon dah rasa tak boleh blah..haha
    .-= Cerita terbaru Azizuan.. Final Piala FA : Kedah VS Negeri Sembilan =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Itulah dilema aku yang tak habis2 ni..
      Sabar je la..

  35. eiman Avatar

    still nak komen gak ayat last tu

    Masih bujang dan belum berpunya.

    nasib tak letak no tepon aje.. haha
    .-= Cerita terbaru eiman.. Slot Akasia: Adamaya Lakonan Lisa Surihani, Mampukah Menyaingi Na O Mei? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      No tepon xleh. Nanti orang sms/call aku nak balas balik mahal. huhu~

  36. DaHLia Avatar

    lorr xjadi ke kuar gmbar? cukup besar da tu.. :)

    erm kadang2 terfikir gak penting menulis entry pasal diri sendiri ni sbb ramai yang konpius ingat aku ni pelajar sekolah…
    .-= Cerita terbaru DaHLia.. Sofea Jane – Black =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahahahaha. Itulah. Ni kalau aku tak tulis orang ingat aku berpunya. keekeke~

  37. shiedah Avatar

    then..cmne? jd x ping kuor gmbr?
    .-= Cerita terbaru shiedah.. Aku yg cepat bosannn… dan membosankan… =-.

  38. dbalkis Avatar

    gambar awak ke tu??hensem boy..semoga berjaya ye..lagi 2 tahun je kan?
    .-= Cerita terbaru dbalkis.. Berterima kasihlah pada suami =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      gambar awek? mana? mana ada awek.. haha~

      1. nursarah Avatar

        dbalkis tulis ‘awak’ la ariff. bukan ‘awek’. mamun ka?
        .-= Cerita terbaru nursarah.. kes rafiqin darwish & formspring me =-.

        1. ariff Avatar
          ariff

          Alamak. malunye..
          Ni malam tadi punya pasal la ni. Gigih mengedit RSS feed WP ni supaya gambar dia keluar masa ping kat GB sampai tertidur depan komputer.

  39. joegrimjow Avatar

    alahai
    letak gambar camni
    konpem la ramai gadis solo datang
    hehe

    bujang dan belum berpunya
    ku rasa ada org tengah senyum skrg ni
    kekeke

    1. ariff Avatar
      ariff

      ada eh? bagus la kalau ada. kekeke~

  40. aizuddin Avatar

    ayat second last paling best..macam tak caya je..hehe
    tula..blogspot boleh ada gambar..wp tak de gambar lak..
    .-= Cerita terbaru aizuddin.. Basic Pasal Nuffnang Yang Patut Anda Tahu =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      wordpress ni pelik pulak. adeh. aku dah pening buat nih

  41. Dizarch Avatar

    Ariff,
    bulan oktober untuk 2010 belum pun sampaila…

    mungkin 2009? :D

    1. ariff Avatar
      ariff

      oh. ok. thanks sebab gitau.
      Sebenarnya nak eksperimen ngan ping kat GB. TAK JADI!!!!!!
      ah. dah sakit kepala.. berapa jam dah menghadap benda ni