Aku memang bergantung pada kad Visa Maybank kalau nak buat apa-apa pembayaran online. Disebabkan kerap sangat guna kad ni untuk bayar online, aku sampai hafal dah semua nombor yang ada pada kad tu. #serius Aku pasti tak ramai di luar tu yang mampu hafal nombor panjang-panjang, terutamanya nombor kad Visa/Mastercard.
Untuk setiap pembayaran online, ada penjual yang akan menggunakan sistem keselamatan untuk memastikan yang membuat pembayaran tadi adalah pemilik kad kredit atau debit tersebut. Pengesahan ni dibuat dalam pelbagai bentuk. Dulu, ada bank akan menghubungi pemilik kad melalui telefon untuk mengesahkan sesuatau transaksi online.
Tapi kalau nak call customer setiap kali buat pembayaran adalah sangat tak efisyen. Oleh itu, untuk memudahkan kerja dan menjimatkan kos, Maybank memperkenalkan sistem MSOS (Maybankard Secure Online Shopping). Melalui MSOS, pengguna akan menetapkan sendiri kata laluan keselamatan melalui Maybank2u dan kata laluan tersebut perlu dimasukkan sebagai pengesahan pemilik kad tadi.
Oklah kalau macam tu. Aku boleh tetapkan sendiri password. Apa yang menyakitkan hati adalah bila Maybank tukarkan kaedah kata laluan tadi kepada kod yang akan dihantar melalui sms kepada no. telefon yang didaftarkan dengan kad Maybank tadi.
Masalah aku ialah, no. telefon tu dah expired dan Digi tak nak hidupkan balik walaupun aku dah 5 tahun guna nombor tu. Tak faham betullah kenapa.
Bila call Maybank phone support, macam-macam soalan ditanya untuk pengesahan identiti pemilik akaun. Bila dah sah, aku minta tukarkan nombor telefon tadi, masih tak boleh. Nombor tu boleh ditukarkan di ATM je.
Kenapa tukar daripada guna kata laluan kepada kod sms? Dahla nak masuk akaun Maybank2u sikit punya leceh, tak cukup lagi ke sistem keselamatan yang menyusahkan pengguna macam tu? Hanya disebabkan nak bagi pengguna yang buta IT guna Maybank2u dengan selamat, pengguna biasa yang lain dapat masalah.
Rasanya sistem kata laluan MSOS lebih mudah. Boleh ditukar ikut suka hati dan boleh digunakan anytime. Kalau orang kat oversea nak beli barang online, tak payah tunggu sms masuk kat sim card Malaysia. Nak dapat sms kena tukar sim lagi kalau dia guna local number.
Pembayaran online macam ni menguntungkan Maybank melalui caj dan kadar pertukaran matawang. Tapi mereka silap kerana menyulitkan pengguna untuk menggunakan kaedah pembayaran tersebut.
Sedar tak sedar, aku baru je ajar korang macam mana nak buat pembayaran online menggunakan kad Visa Maybank. Cara ni adalah serupa untuk kad Mastercard dan tak kisah sama ada kad debit atau kredit. Selamat, tapi memang leceh.
Tips lain yang berkaitan pembayaran online dan kad Visa Maybank:
- Pastikan apa yang dibayar tu takde caj tersembunyi. Biasanya apa yang penjual sembunyikan adalah langganan perkhidmatan selama setahun (contoh). Baca betul-betul sebelum confirm pembayaran.
- Kalau kita dicaj untuk langganan tadi, masih boleh cancel dan minta duit dikembalikan semula. Hubungi pihak yang mengecaj kad kita tadi. Tapi kalau pembayaran tu dah masuk pembayaran bulan kedua, ketiga dan sebagainya, pemulangan wang adalah untuk bulan terakhir pembayaran.
- Jangan masukkan username & kata laluan ditempat lain selain Maybank2u.com. Itu adalah scam!
- Walaupun kad anda bengkok atau patah, nombor di atas kad masih lagi boleh digunakan untuk membuat pembayaran.

Comments
40 responses to “Tak Boleh Dah Shopping Online Guna Kad Maybank”
sama kes ngan Sya, nombor phone dah x available sebab dah lama sangat tak top up. sudahnya nak transfer duit
pun x leh, kecuali ke no akaun yang dah jadi favourite.
kalau update number, kene la update gak sekali kat mana2 pun. contoh kalau daftar kat hospital guna num lama, kene la update gak num baru. baru la tak berapa leceh penggunaan.
bila dah selalu guna.senang sangat
nak ingat nombor kad sendiri.
best guna kad kredit untuk pembelian online tapi time bayar yang tu berat-berat je tangan nak bayar..
Try guna PB Day2Day card pulak.Rasa lagi senang.
guna untuk beli/renew domain, bayar airasia…
setakat ni takde masalah lagu guna maybankard…
i selalu berurusan dgn maybank2u.. cepat dan pantas!
Guna benda ni utk bayar bill dekat Celcom online je
akupun banyak guna benda ni. paypall pun link dengan maybank card
selalu juga aku guna untuk beli belah kat pasaraya
tak berani shoping guna visa2 ni , duit pun tk seberapa , tapi guna mayban2u ok senang jugak kalau ada nak buat apa2 pembayaran kan
Assalamualaikum,
SETUJU.
Sama jugak kalau guna maybank2u. Jenuh dok tunggu depa sms tapi tak sampai-sampai…ntah mana pergi tak tau sms tu. Last sekali tak boleh buat bayaran…kalau benda tu tak penting sangat, bolehlah tangguh-tangguh tapi kalau benda penting macam nak bayar yuran ka, bil ka…tak ke haru. Bergelap tak ada letrik hu hu hu
lama x guna kot sbb tu expired
nice tips
Tidak pernah pakai kad kredit dari Maybank tapi kalau guna kad kredit RHB lagi pening. Kalau tak login untuk jangka masa waktu akan block dan dia sistem sekuriti dia lagi memeningkan kepala.
diorang ni pentingkan user yang tak reti guna sampaikan orang yang reti ni rasa susah pulak nak guna. Leceh betul
sokong.aku yang biasa ni pun makin jadik tak biasa dah.banyak sangat tapisannya…
aku sokong tang ni. benda yang kita tahu,jadi susah sebab menyusahkan.hahahaha. patut buat apa2 sistem kena betul2
cam senang je guna maybank..xde rasa susah lgsung.heh
TuneMoney tetap dihati. hehehe :)
hahaa. macam dah jadi duta TuneMoney plak.
hehehe. xde laa jadi duta pon. tapi TuneMoney mmg menyenangkan. :)
thanks kongsi tips ni..tapi still tak berani nak guna maybank2u
ok je. So far so good. Bayar online lagi senang..
i gunakan paypal lebih selamat
ingat dah limit dah
Salam Ariff….
Uiks… Complicated gila!~ Sis kalau buat bayaran online pun guna Maybank2U je… Tapi dalam setahun tu boleh kira berapa kali buat transfer… Selalunya guna Maybank2U untuk check gaji je… Hehe!~ :)
Eh, visa maybankard pun kene sah kan sms eh? Org pkai slame ni, rasa rasa mcm x penah plak nak sah2 kan ni. Men pkai je. Bahaya gak tu bila xde ciri2 keselamatan lgsung huhuu
ada merchant yang perluka pengesahan. Ada yang tak. Tak tau kenapa.
Bengan dgn TAC no. ke ni bro ??
aku pun benci stok2 verification yg anta pakai sms.dah la no malaysia aku jarang2 pakai.bila dah on,tiba2 expired plak.at least bgla warning nk expiredkan sim kad tu.da satu hal nk menunggu balik malaysia activate balik.haih!
Sebab tu kita kena ada alternatif. alternatif aku, kad public bank dan paypal.
bagus! boleh aku try lepas ni, lgpun selama ni aku masih belum pernah jual beli online ni. still gunakan cara tradisional :)
Nice info,
sebab aku pun penguna setia Visa Maybank
;p
aku rasa mesti maybank dengar banyak kes dia punya pelanggan kena pushing email bagai.Sebab tu depa buat semua ini.
Aku tak pernah guna online banking.Rasa cuak pun ada.Keh keh keh.Lagipun,belum masanya kot.KOT.
Semua urusan online aku guna paypal dan google checkout :D
apa kata kau linkkan je Maybank debit card dengan akaun Paypal kau bro..
aku hafal no akaun Maybank aku.#serius
tak nak guna paypal dah.
baru je semalam plak aku pakai untuk beli stockphoto kt Bigstockphoto..ok je plak..erm..renew domain lagi..ok je plak..erm…setakat ni aku pakai Paypal dan juga debit kad..
tak lupa juga aku pakai VCC untuk create multiple account Ebay..hahaha..memang best..:D
ada site memang minta verification, ada yang tak. Kalau skype, memang diorang minta