Sesuai Ke Beli Hartanah Sekarang atau Tunggu Kegawatan Ekonomi?

Reading Time: 2 minutes

beli hartanah sekarang atau tunggu

Sesuai ke beli hartanah sekarang atau tunggu kegawatan ekonomi? Ada dua jawapan kat sini. Ini pendapat saya yang tak seberapa. Saya bukan pakar, tapi saya beli rumah tahun ni. Jadi saya cerita berdasarkan rasional saya.

Tak sesuai, bila hartanah yang bakal dibeli adalah yang terletak di lokasi yang baru nak naik. Rawang, Puncak Alam, Bukit Beruntung dan entah mana-mana lagi. Kawasan yang takde industri (takde pekerjaan) yang mana penduduknya terpaksa travel sejam dua setiap hari untuk sampai ke tempat kerja.

Memang orang beli di kawasan ini untuk dapat rumah yang lebih besar, tapi masalah lokasi jauh dengan pusat bandar (tempat kerja) menjadikannya tidak sesuai untuk pelaburan pada masa sekarang. Ada yang cakap harga hartanah di beberapa kawasan ni dah mula menampakkan penurunan.

Kawasan macam ni memang pernah mengalami kenaikan harga yang gila-gila sebelum ini tetapi itu semua disebabkan oleh permintaan yang gila-gila. Bila kegawatan ekonomi berlaku, pendapatan berkurangan dan mereka yang kononnya nak melabur di kawasan ini terpaksa jual hartanah ini disebabkan komitmen lain pada harga yang sanggup orang beli pada masa tu.

Kalau tak terjual, maka terpaksalah dilelong.

Hartanah di kawasan ini tidak sesuai dibeli sekarang, kecuali kalau anda ingin pindah ke sana sekarang dan anda sanggup berulang alik ke tempat kerja dari kawasan ini.

Sesuai, kalau hartanah yang nak dibeli terletak di tengah bandar, lengkap dengan infrastruktur dan kemudahan, dekat dengan tempat kerja dan bersesuaian dengan bajet anda. Hartanah macam ni susah nak jatuh harga sebab permintaan sentiasa ada, samada gawat ataupun tidak.

Anda kena faham orang pilih tempat tinggal berdasarkan kriteria ini:

  • Dekat dengan tempat kerja, senang cari duit
  • Kemudahan cukup, tak perlu travel jauh untuk dapatkan something basic
  • Akses yang bagus, terletak berdekatan jalan utama / lebuhraya
  • Sesuai dengan bajet mereka
  • Bonus. Potensi pembangunan di kawasan tersebut (LRT, MRT, BRT, lebuhraya baru)

Dan disebabkan permintaan hartanah seperti ini tinggi di kawasan bandar, memang susahlah harga nak jatuh walaupun berlaku kegawatan. Orang beli sebab nak tinggal kat sini, bukan sebab nak jual bila harga dah naik.

Itu yang ramai tak faham sekarang dan masih kekal dengan waiting game mereka. Kalau anda berkemampuan dan memang mencari tempat tinggal sendiri di kawasan bandar berdekatan dengan tempat kerja, beli jelah. Beli sekarang lebih untung berbanding bayar sewa selama beberapa tahun lagi sementara menunggu konon-kononnya harga jatuh.

By the time anda tunggu setahun dua tu, orang yang dah beli tahun ni dah untung 10-15% daripada kenaikan harga hartanah.

Harap dapat membantu anda membuat keputusan. Silalah rujuk orang berpengalaman yang lain seperti Abang Ensem sebab apa yang saya sampaikan di sini hanyalah sekadar pendapat sebagai orang baru yang mula berkecimpung dalam bidang pelaburan hartanah ni.

Kepada yang nak beli rumah pertama boleh baca panduan beli rumah ni.


Posted

in

by

Comments

17 responses to “Sesuai Ke Beli Hartanah Sekarang atau Tunggu Kegawatan Ekonomi?”

  1. nasslimdiet2 Avatar

    Betul juga tu. Setuju juga dengan pendapat tuan tu. Saya teringin nak beli rumah di Terengganu.

  2. Asyraf Asri Avatar

    Ariffshah, bestnya baca entri ni.

    Just nak tanya, gaji saya 2.5k sbulan.

    Kalau saya nak beli hartanah pertama yang mampu milik macam flat or apartment okay ke?

    1. Asyraf Asri Avatar

      Kalau saya dapat beli ni, ini kira rumah pertama saya la.

      Saya masih baru dalam dunia pelaburan hartanah ni.

      So still nak belajar.

  3. myvitrd Avatar

    setuju dengan pandangan tuan..

  4. siti hazreen Avatar

    Rumah ni aset….jangan tunggu

  5. Suriya Avatar

    Dulu hampir beli rumah kat Rawang, tapi tak jadi sebab jalan nak dapat rumah tu macam susah. Padahal duit dah cukup time tu. Beli atau tak paling penting ‘tanya Allah’

  6. Mazni Azmi Avatar

    Macam tu rupanya logik beli rumah

    Sama macam beli kereta.

    Kalau beli jenama yang memang terkenal dengan masalah.

    Harga jatuh laju je

    Kereta yang terbukti senang pengendalian dan penyelenggaraan harga tak jatuh

  7. cinet Avatar

    suka baca entry anda..sgt informative! keep sharing….~~~

    yg menyinggah~
    cinet

  8. ohcikgu Avatar

    kena tanya abang ensem la ni..

    mana abang ensem pergi ye hujung minggu ni..

  9. KiD Avatar

    nice tips.. ada juga sharing yang memberi manfaat ni..

  10. Noriza Rahman Avatar

    Setuju kalau beli tu memang nak duduk dan berdekatan dengan tempat kerja..kalau beli harga MURAH pun tapi setiap hari berulang dua hingga tiga jam MERUGIKAN juga..kos tambah tolak sama saja

  11. azimah mohd zainuddin Avatar

    Jika ada peluang membeli rumah lelong di kawasan perindustrian yang lengkap dengan kemudahan pengangkutan awam memang patut beli sekarang. kerana market value akan naik. Untuk elakkan libiliti, beli rumah yang memang sudah ada penyewa

  12. akubiomed Avatar

    Apa pun perlu ada aset untuk hari tua. Tak akan selama-lamanya perlu menyewa.

  13. sha myheart Avatar
    sha myheart

    Ada sense kat sini.
    Terima kasih Ariff.

  14. mohdhiruan Avatar

    org yg beli time gawat ni org yg ada cash yg banyak, so buat pinjaman tak byk sebab dah bayar downpayment dgn tinggi.. kerana klu beli semata mata guna bank loan rasanya makin sukar prosedurnya semasa gawat. bank pun tak berani nak sewenang wenangnya bagi loan kat org time gawat ni sebab takut ada ‘retrenchment’ atau vss dan pekerja yg buat loan tak boleh bayar installment bulanan. time gawat juga ada potensi developer tak mampu siapkan projek perumahan mereka (terbengkalai). so, selalunya bank akan lebih strict dalam meluluskan pinjaman mereka.

  15. emalinmohd Avatar

    Nak share entry ni dengan kawan2 sebab hari tu ada timbul persoalan dari kawan nak beli sekarang ke tunggu ekonomi gawat dengan harapan harga rumah jatuh.

    Dan harga rumah jatuh tu pula diharapkan di kawasan Ampang.

    Susah saya nak percaya harga rumah jatuh di kawasan Ampang

  16. Kewangan Graduan Avatar

    Nice tips. Kena beli bila dah ada duit ni.