Dah pertengahan Oktober. Menjelang November, resume perlu dihantar ke syarikat-syarikat yang berkenaan. Hari ni curriculum vitae telah aku siapkan dan satu cover letter untuk sebuah syarikat besar ni telah pun ditulis.
Bukan sekadar mencuba nasib tapi aku percaya aku mampu menjalankan tugas dengan baik sekiranya diberi peluang di situ. Paling penting skop kerja melibatkan pembinaan negara yang tercinta ini, memang sesuatu yang aku inginkan.
Dulu pernah memohon internship di Airbus dan Rolls Royce. Gagal kedua-duanya. Rejection adalah sesuatu yang pedih, walaupun kita dah tau peluang untuk dapat tu memang sangat tipis. Mereka lebih mementingkan calon daripada negara dimana mereka beroperasi kerana ia memudahkan urusan.
Meletakkan diri dalam pasaran kerjaya ni adalah sesuatu yang mencabar. Hati kena kental. Awal-awal ni bolehlah memohon jawatan/tempat yang bukan sekadar untuk mencuba nasib, tapi kerana minat dan memikirkan ianya sesuai dengan jiwa kita, tapi bila dah terlampau lama menganggur nanti, terpaksalah terima apa yang ada. Oleh itu, mulalah daripada awal.
Doakan aku.

Comments
31 responses to “Sesi Menulis Dan Menghantar Resume”
selamat yer ariff..
nanti bila dh mula masuk ke alam pekerjaan mesti rindu zaman belajar pula..
harap2 dapatlah peluang dan ruang yg terbaik dlm pekerjaan.
moga dapat apa yang dihajati, Ariff.
good luck bro…mudah-mudahan dimurahkan rezeki.
Kenapa bro tidak buat intership di negara Russia sahaja?
Takde clearance sebab internship kat sini buat kat company macam sukhoi. Kena ada military clearance, MOD kita kena buat perjanjian ngan MOD Russia
insyaAllah. semoga Allah permudahkan urusan. all the best :)
all d best,
sertakan sekali solat hajat dan byk2 selawat k…
u can do it, chaiyok-chaiyok!
Gud Luck! Moga mendapat pekerjaan yang diimpikan.
I think you can survive with knowledge that you have. Don’t worry. Insyaallah, Allah akan mempermudahkannya.
baca blog ni, memang dapat agak pemilik blog punya cita-cita tinggi dan penuh ilmu. semoga berjaya ariff. anda akan berjaya. Good luck.
insya-Allah dapat..doa dan semayang hajat..amin..
semoga berjaya. :)
Good luck bro, bila abis master nie
Good luck Ariff.
:)
Moga dapat apa yang kau hajati.
good luck!
Thanks bro!
“Meletakkan diri dalam pasaran kerjaya ni adalah sesuatu yang mencabar”
I’ve degree in Polymer Engineering and have in final stage of submitting my Master thesis, but work as an executive in a private uni jer.
Maybe belum ada rezeki nak bekerja dalam bidang yg mmg diminati. *Sigh*
But hey, I wont give up!
And good luck to you! :)
It seems that degree is not enough anymore these days kan?
All the best for you thesis!
Selamat menempuhi alam pekerjaan…gud luck
Harap semuanya dipermudahkan. Thanks Shahrul
Amin, kami doakan…
Terima kasih..
best of luck ariffshah. :)
Thanks lynn!
wah, tajuk pun dah mengancam..
Biasa je ni..
Good luck, bro. semoga dpt kerjaya sama dgn apa yg ko minat slama ni
Most of the time, people won’t get what they want but that is not the reason to not trying at all.
Thanks bro!
good luck…hope u’ll found a right place…. saya baru je nak mula internship program next semester….
All the best for the internship
Amin…Semoga diperkenankan…