Serangan Hacker Anonymous Terhadap Portal Kerajaan Malaysia – Relevankah?

Kepada yang belum tahu, Kegiatan ini dianggap mencabuli hak asasi manusia iaitu kebebasan untuk mendapatkan maklumat. Lagipun di bawah projek Multimedia Super Corridor (MSC) dulu kerajaan telah berjanji untuk tidak menyekat internet dan sebelum ni pun Perdana Menteri sendiri dah berkali-kali mengulangi janji yang sama.

Kalau di negara lain misalnya Singapura dan Amerika, sekatan macam ni jarang kedengaran atau mungkin tidak ada sama sekali. Tapi yang biasa kita dengar adalah kalau seseorang tu terlibat dalam aktiviti menyebar/muat turun fail/software cetak rompak, ip yang mereka gunakan akan dikesan oleh pihak berkuasa dan polis atau FBI sendiri akan memberkas individu yang terlibat dengan kegiatan cetak rompak tadi.

 

Kenapa modus operandi yang sama tidak dilakukan di Malaysia? Tujuan dilakukan tetap sama, iaitu untuk membanteras aktiviti cetak rompak (sebab yang diberikan untuk menyekat internet). Adakah pihak berkuasa kita malas untuk mengesan dan mencekup mereka yang bersalah?

 

Percayalah cakap aku, bila satu dua kes kena cekup dan penjara akibat kesalahan muat turun/memiliki benda cetak rompak ni, aku pasti aktiviti sebegini akan berkurang. Menyekat internet bukanlah jawapan kepada masalah ini kerana ini hanya akan mendatangkan kemarahan rakyat dan menggalakkan mereka menjadi lebih kreatif.

 

Jadi adalah serangan ini releven? Mungkin ya. Sekurang-kurangnya memberi kesedaran kepada kerajaan Malaysia bahawa apa yang mereka lakukan ni agak melampau. Juga, ianya adalah latihan kepada cybertroopers (bukan cybertrooper UMNO/PKR) Malaysia sendiri untuk melindungi portal kerajaan kita.

 

Cuma aku berharap janganlah dijadikan agenda oleh mana-mana syarikat yang ada talian dengan kerajaan untuk mencadangkan kontrak berjuta-juta ringgit untuk ‘menaiktaraf’ sekuriti portal kerajaan Malaysia pulak. Cukuplah dengan projek-projek bodoh yang telah diumumkan sebelum ini.

 

Video yang diorang buat ni agak style. Betul tak? Apa-apa pun, tak sabar nak tengok hasilnya. hehe..


Posted

in

by

Comments

75 responses to “Serangan Hacker Anonymous Terhadap Portal Kerajaan Malaysia – Relevankah?”

  1. Kamarul Azri™ Avatar

    serius! ini vid clip terbaik… dengan sound dia, ayat dia… malam tu memang tunggu la, memang terjadi mereka buat…

  2. Pacifsta - X Avatar

    berita terbaru: tiga suspek telah ditahan di Spain…

  3. lori Avatar

    jiwang.org bertahun-tahun menjadi penyedia bahan ‘percuma’ bagi yang tidak mampu..

    Dengan uploaders silih berganti..
    Aku rasa perlu ucap terima kasih kepada semua atas promosi ini..

    yang paling tinggi terima kasih buat RIM beskal (yang tak pernah jemu hantar surat) , juga encek norman..

    kami tak pernah peduli tentang politik Malaysia, hanya mahukan pengguna untuk mendapatkan bahan yang bagus..

    kalau tak suka, jangan buka..kalau ter download, dan suka maka usahalah untuk memiliki yang original (jika berbaloi dengan wang anda)

    peace goes to, semua site-site warez tempatan yang mempunyai team uploader yang hebat-hebat belaka..

    peace!
    lori
    jiwang.ws

  4. mirlme Avatar

    asyik nak block je keje…. haish…kamon – bak kata kumpulan jambu

  5. amomirebus Avatar
    amomirebus

    aku rasa buduh la bila kononnya ada orang memperjuangkan hak asasi manusia..kononya internet ne hak asasi manusia.tanpa facebook aku boleh cari rakan diluar..lagi UHM..internet bukan HAK ASASI la..tu keperluan masa lapang jer.

  6. amomirebus Avatar
    amomirebus

    KENAPA kerajaan buat sekatan kat internet?bkan pasal apa pun,untuk BENDUNG dan CEGAH masalah piracy…mungkin rakyat malaysia terlalu banyak download benda2 piracy termasuk la movie,software PORN!kat america bro bukan negara islam..policy pun lain..kat america channel porn pun ada..

  7. amomirebus Avatar
    amomirebus

    “Betul la tu bro…tp memang cilake kalau kua paper ari jumaat gomen nk pkai 10juta utk tingkatkan sekuriti laman² kerajaan sume! :P”

    haha..salah siapa pg hack?siapa buat brani la tanggung..kalau kena tangkap,be a man..jgn la lari k..

    kadang2 masyarakat kita ne matang terutama skali belia kita la..kadang2 ikut emosi sgt..br block sket,trus marah x pasal2..ne mesti pasal x leh nak download kat internet lagi kan..huahuah

    1. Pacifsta - X Avatar

      ada jugak yang sokong tindakan kerajaan ni.hehe…

  8. rbi Avatar
    rbi

    memang lah…tapi kalau nak difikirkan dengan menyekat semua ni (10 website dah ditutup berkenaan dengan upload file) adakah masalah diselesaikan???
    baru 10 ke diorang tutup? tapi setakat macam ni ja, saya punyai lebih banyak dari ini.. kalau tutup yang ini, yang lain ada lagi…

    1. Mohsen Avatar

      yup,betul.habis punah aku punya megaupload premium lifetime.tengah menangis ni.huhuhu…

  9. reezluv Avatar
    reezluv

    erm..tadi baca paper, kata Rais Yatim, depa ni tak faham apa sebenarnya kerajaan nak buat..ini perkara baik untuk membanteras jenayah siber..terutamanya cetak rompak..

    hehe..dah macam Menteri dah plak aku ni

    1. ariff Avatar

      Banyak lagi laman web macam jiwang.org yang terang-terang dan bertahun-tahun jadi tempat distribute benda cetak rompak, tak nampak pun kena block.

      Menteri kita bodoh bila sampai bab internet ni semua. Knowledge kosong.

      1. amomirebus Avatar
        amomirebus

        kenapa kita nak ikut jiwang.org tu?

        1. Pacifsta - X Avatar

          lol,bro.kita tak ikut la.cuma pertikaikan jek…

  10. azrijohan Avatar

    cis,amek jalan mudah…sape yg susahh ??? haaa,pikir le sendiri

  11. Pendekar Berkuda Avatar

    payah2…bako je semua…senang…

  12. che-armad Avatar

    Sebenarnya Malaysia dah lame kena hack… (“,)

    Rujuk entri ni: http://che-armad.blogspot.com/2011/06/hackers-kononya-operation-malaysia.html

  13. Mohsen Avatar

    salam…

    alamak! buang dah video tu.tak sempat nak tengok…

    syarikat yang offer diri tu comfirm ada punya.tapi rasanya ada kot kene mengena dengan sekatan SKMM tempoh hari…

    1. ariff Avatar

      ha’ah la. pelik pulak kenapa dia remove.

      1. Pacifsta - X Avatar

        en arif,kalau boleh upload la balik video tu :)

        1. ariff Avatar

          kan dah ada balik video tu.

  14. hollowgram Avatar

    lepas survey kat youtube, nampak cam palsu je team anonymous tu. tu bukan team anoymous yg sebenar.

    1. ariff Avatar

      ye ke? tapi macam dah dapat perhatian banyak media antarabangsa, siap ada temubual lagi dengan wakil mereka

      1. hollowgram Avatar

        tarik balik..lepas visit chatspace diorang.hehe.

        selalu rujuk website diorang, http://anonops.tk/

        1. firdaus Avatar

          bukn lulzsecurity[dot]com ke?

          1. hollowgram Avatar

            x comfom tu.. sebab kalau tngk video official anonymous kt youtube link dia anonops.tk. satu lagi, operasi terbaru diorang ni Operation Turkey. http://anonyops.com/news/opturkey.htm

  15. ohcikgu Avatar

    video tu sangat cool. haha..

  16. hafizal Avatar

    serangan kerana hendak memperjuangkan hak asasi manusia shj ker atau ada niat lain

  17. amiey Avatar

    aku kembali ke dunia batu . pasni sekat fb lak . takut rahsia banyak pecah memang begitu lol

  18. Sham Hardy Avatar

    Baiklah.. kalau kerajaan mahu rakyat berhenti dari menyokong cetak rompak, maka kerajaan harus lakukan sesuatu supaya rakyat mampu membeli karya yang asli, mungkin turunkan cukai hiburan ker, turunkan anything yg relevan, supaya kuasa beli pengguna terhadap karya kembali meningkat semula..

    Aku cukup mual laa dengan langkah government kali nih, betul-betul bikin aku piss-off, dah bertahun-tahun aku gunakan takde masalah tetiba dorang buat undang-undang baru block website sana block website sini, and at the same time dalam buletin utama pulak sibuk cari kesalahan pembangkang, kecoh dok bercerita pasal perkara ‘kebajikan’ yg dilakukan kepada rakyat, apa nih???

    Aku bukan penyokong mana-mana parti politik, tapi cara baru government kali nih betul-betul buat aku naik BENCI dengan kerajaan, rakyat diutamakan yer? MY ASS!

    1. Zainal Avatar

      salam shah hardy…

      setuju dengan cadangan…klu kita tgk harga software2 yang ada di pasaran pun saya rasa baik duit tuh kita buat downpayment beli rumah…

  19. nazyrah Avatar

    kalau diorang tak dapat hack,aku touching haha

  20. Paiz Avatar

    tourisme malaysia adalah salah satu website kerajaan yg berjaya di hack.. huhuhu..

  21. pneumedic Avatar

    nk tgk jugak mcm mane hackers ‘white collar’ ni pertahankan web kerajaan dr digodam esok..mesti ade webmaster dikalangan white collar hackers..

  22. asyraf wahab Avatar
    asyraf wahab

    nampak kebodohan menteri di malaysia ni..lagipon bro, kite sume tahu kan the anonymous ni kan mossad

    1. ariff Avatar

      oh. itu aku tak tau.

    2. Mossad u say? Avatar
      Mossad u say?

      ko ni main hantammmm jer ko tulis, padahal member aku tu yg buat.. opssss

      1. ariff Avatar

        opps.. haha..

      2. Pendekar Berkuda Avatar

        hak hak hak… itulah bila propaganda asyik main dalam kepala… hadoii…

  23. Sabahan Bloggers Club Avatar

    Banyak webmaster kerajaan yang tidur sekarang ni.
    Esok baru ternganga tgk website kena hack…. :)

    1. Pendekar Berkuda Avatar

      mana boleh tidur… dah terang2 kena mention diorang nak hack malam ni… keh keh keh…

  24. Syazwan Avatar

    nak tunggu malam khamis sambil makan popcorn la. :lol:

  25. Megat Azfar Avatar

    Setelah aku belajar Law sem ni, baru aku tahu, Malaysia punya menteri sangat bodoh tambah-tambah lagi dalam perundangan negara

    Malaysia punya doctorin separate power pun dah tak boleh guna sebab semuanya dikawal oleh badan executive (health minister, bla bla..)

    Sepatutnya undang-undang digubal oleh ahli badan kehakiman, bukan menteri. Peranan menteri hanya admin dan enforce the law, tapi kenyataan yang kita nampak sekarang?

    Kita punya wakil rakyat bukan semuanya berpendidikan tinggi, semuanya tak berapa pandai dalam enact law.

    so, begini la hasilnya! sepatutnya mereka menkaji dengan lebih dalam bila law ni digubal.

    ps: lol ! boleh A law aku sem ni. hihi

    1. Pisyek Avatar

      aku belaja cyber law je kat kelas, law-law malaysia ni takde lagi setakat ni. :)

  26. Izwan Avatar

    tujuan orang beli premium acc kat file sharing nak simpan docs.. kalau tak nak org letak file pirate @ copyright,company file sharing perlu halang user buat camtu..

    ganas tenet skrg ni..aku tak sampai setahun lagi kot pakai self hosting,harap2 takde effect.. :D

  27. Lizz Avatar

    kerajaan nak sekat itu ini tapi…kamon lah teknologi mana boleh sekat. manusia dalam dunia ni hebat-hebat. tak boleh ikut cara A, da cara B C D E yang diorang boleh ikut (merujuk kes block website2 utk download tu) hehehehe

    1. ariff Avatar

      kalau dah manusia yang cipta teknologi tu, confirm ada cara lain nak atasi sekatan. Ciptaan manusia mana pernah perfect.

  28. edye Avatar

    xde maknenyer dapat block…dunia sekarang tanpa sempadan kot…pape tah.

  29. izwan Avatar
    izwan

    haha ada jugak hackers yg anti rasuah..bagusla.benda ni dah jadi barah dah pun

  30. Adilla Harun Avatar

    “Cuma aku berharap janganlah dijadikan agenda oleh mana-mana syarikat yang ada talian dengan kerajaan untuk mencadangkan kontrak berjuta-juta ringgit untuk ‘menaiktaraf’ sekuriti portal kerajaan Malaysia pulak. Cukuplah dengan projek-projek bodoh yang telah diumumkan sebelum ini.”

    Frasa di atas ni saya ada setuju. Jika benar, pasti ada kosnya. Jika kos melibatkan perbelanjaan kerajaan. Jika perbelanjaan kerajaan, datang dari mana?? Macam-macam boleh terfikir…

  31. el Avatar

    ariff, aku suke part ko ckp ni:

    “Cuma aku berharap janganlah dijadikan agenda oleh mana-mana syarikat yang ada talian dengan kerajaan untuk mencadangkan kontrak berjuta-juta ringgit untuk ‘menaiktaraf’ sekuriti portal kerajaan Malaysia pulak. Cukuplah dengan projek-projek bodoh yang telah diumumkan sebelum ini.”

    ni ada la jap lagi panjang akal nak duit extra and cepat naik nama and pangkat..hahha typical sgt dah.

  32. el Avatar

    hahaha..buat le cam mana pun sure makin ramai lagi panjang akal nak get to the site..tak menyelesaikan masalah pun padahal, lebih pada mengelak masalah..hahahaha

  33. artoone Avatar

    Jika mereka berjaya hack, bermakna otak rakyat Malaysia sama hebat macam amerika dan sewaktu dengannya. Sayang kerajaan tidak pandai menghargai dan mengolah bakat-bakat sebenar rakyatnya…malah cuma tahu menggelabah nak sekat-sekat kebebasan berkongsi ilmu melalui internet.

  34. Meow Avatar

    sama la…xsabar nak tengok hasilnya hari khamis ni

  35. fyzal Avatar

    aku paling setuju bahagian yang bilamana sekatan dilakukan, menjadikan users jadi lebih kreatif. users tetap akan cari jalan untuk dapatkan apa yang mereka mahu. so aku tak nampak benda baik akan lebih dr buruk bila sekatan tu dilakukan.

    1. ariff Avatar

      dalam hal internet ni, agak mustahil nak cantas je semua. Sedangkan internet kat China tu yang kemain kena sekat pun orang boleh tembus keluar.

  36. Ezany-Kun Avatar

    nak halang cetak rompak kat internet gubal la akta baru.. ape barang main block2 ni.. tak matured la.. hehe..

    1. ariff Avatar

      Macam kerja orang pemalas. Marahkan nyamuk, bakar kelambu.

      1. gelarezz Avatar

        yup, setuju tuh. tahap pemikiran diorang secetek itu je nampaknya. buat bende yang on the surface je, sebab itu yang senangnye. tak payah nak pikir susah-susah..

  37. namia Avatar
    namia

    tunggu apa jadi esok tak sabar jugak nak tahu …

  38. andyhowtt Avatar

    dorang marah sebab malaysia sekat freedom of internet haha

  39. syafiqorangmelaka Avatar
    syafiqorangmelaka

    jika nak tangkap guna ip ni.. susah jugak..
    terlalu ramai..
    ble kerajaan sekat mcam ni, bukan stakat download je trjejas perkara lain jgk..

    kita tgk la mcm mne expert2 komp msia nnt..

  40. Ahmad Fikrizaman Avatar

    Diorang dah berjaya masuk la tu… sebab tu berani buat video..

    1. Eichikatsu Avatar
      Eichikatsu

      Betul la tu bro…tp memang cilake kalau kua paper ari jumaat gomen nk pkai 10juta utk tingkatkan sekuriti laman² kerajaan sume! :P

  41. Mr.Kerro Avatar
    Mr.Kerro

    Tunggu apakah taktik yang akan diorg gunakan esok hehehe

  42. spekhitam Avatar

    not relevean

  43. spekhitam Avatar

    alasan Anony sangat tak RELEVAN.

  44. phoenixstudio Avatar

    bkn ssh..
    guna LOIC dan kesudian rakyat..huhuhuhu
    adakah ini konspirasi pihak pembangkang??
    saja aq nk propa skit..lol
    tak sempat baca ni msa tulis entri td..
    smpt baca status twitter je…

    http://en.wikipedia.org/wiki/LOIC

  45. hana Avatar

    erm..
    harap2 xde la kesan yg teruk..
    kalau nak bg kesedaran kat kerajaan x pe la..
    jgn susahkn rekyat dah la..
    =D

  46. ekspresiruang Avatar

    setuju bro. patutnya tangkap org yg download dan buat piracy tu.
    dan lebih2 setuju lg pasal pegawai malas nak kesan dan tangkap org tu.
    dan lebih lebih lebih lebih setuju lagi pasal kontrak bodoh jutaan ringgit. jgn jadi mcm isu IPP dah le. blackout sekali, terus buat kontrak seumur hidup kat IPP. yg jadi mangsa TNB dan rakyat

  47. syahrilhafiz Avatar

    #LOL jangan effect kepada semua blog sudah..
    lawan tetap lawan, nak tengok def malaysia ni kental ke tak? :D

    1. ariff Avatar

      aku pun takut gak. haaha… kena tukar hosting mahaal sikit camni

    2. Pisyek Avatar

      aku rasa semua blog bawah server yang sama akan effected kot. haha. standard la tu kalau shared server.

      *nasib baik aku pakai blogspot je xD*

  48. namaakulynn Avatar

    setuju.dari sibuk sekat sana sini,lebih baik tangkap orang yg terlibat.ini sekat,lagi menyusahkan orang ada la.
    p/s:’hero’ dalam video tu smart.haha

  49. honeyamour Avatar

    buat apa la nak buat camtu kat negara sendiri….hurmppp tggu dan lihat jelah…

    babe..need ur idea la… klik je—> : sini