Senarai Top Performer Unit Trust – The Edge Lipper Fund Rating

Reading Time: 2 minutes

Bagaimana mengetahui dana terbaik dalam industri unit trust?

Kalau tanya ejen unit trust, confirm kata fund yang mereka jual adalah yang terbaik. Kalau bukan terbaik, macam mana mereka nak jual kan.

Kalau tengok carta prestasi untuk daripada syarikat pengendali unit trust, pastinya mereka akan tunjuk data yang menampakkan kelebihan fund mereka atau marketing material mereka. Jadi maklumat yang anda dapat tu mungkin berat sebelah.

Jadi paling senang nak tau fund mana terbaik, kita rujuk kepada agensi luar yang meletakkan rating pada setiap fund ni. Yang saya pernah tunjukkan dulu adalah Morning Star, kali ini saya tunjuk carta terbaru daripada The Edge Lipper Fund rating.

Carta The Edge Lipper ni boleh didapati daripada akhbar mingguan The Edge. Tak payah beli tiap minggu, 3-4 bulan beli sekali sudah bagi mereka yang dah invest dalam unit trust dan ingin memilih fund baru untuk switching.

the edge lipper fund

Nak lagi best, lepas shortlist unit trust yang ada daripada senarai The Edge Lipper ni, cross-check dengan senarai dalam MorningStar 5-Star fund list. Dengan ini, anda akan dapat senarai yang ditapis daripada dua pakar berbeza dalam industri unit trust ni.

At least takdelah anda membabi buta ikut cakap unit trust consultant.

Untuk 3 bulan ni, fund-fund popular macam Public Ittikal, Public Islamic Dividend, CIMB Dali & Hwang Aiiman dah mula menunjukkan penurunan prestasi antara 0 ~ 1.5% akibat keadaan market yang tak mampu nak naik lagi. Kepada yang baru nak invest, nasihat saya adalah cash is king sekarang ni.

FYI. Eastsptring Investment adalah pengurus dana untuk PruBSN Takaful.


Posted

in

by

Comments

9 responses to “Senarai Top Performer Unit Trust – The Edge Lipper Fund Rating”

  1. azri Avatar
    azri

    “cash is king” tu camne ae?

  2. Mazni Azmi Avatar

    Memang bagus ada ilmu pelaburan ni.

    Tak perlu bergantung sangat pada agen.

  3. pendekar laut Avatar
    pendekar laut

    saya memang rookie dalam bab unit trust. thanks for good sharing

  4. ryz Avatar
    ryz

    good info…nice to know all these ;)
    i mmg dah lama tak uat comparison.. my cimb Dali drop sket nmpknya..

    so sesuai skang klu nk top-up ek ….

    1. Ariff Avatar

      Tunggu dulu. Drop sikit tak berbaloi top up

  5. Stuwie Avatar

    Dah beli dulu masa duk belajar kat universiti, tapi lupa dah namanya. Baru jual balik couple years ago. Kena pandai pilih dana kalau nak untung banyak dgn unit trust ni..

    1. Mazni Azmi Avatar

      Beli unit trust memang kena pandai pilih penasihat yang bagus.

      Dulu pandai pandai monitor sendiri.

      Alhamdulillah untung banyak juga

  6. akubiomed Avatar

    Kalau ada tunai boleh enjut sementara murah. :)

    1. Hasnul Mutawif Avatar

      Memang kena simpan duit masa lain. Masa macam ni kita borong.

      Setuju cash is king