Aku baru lepas menonton video yang bertajuk Why We Think It’s OK to Cheat and Steal (sometimes) – Kenapa kita fikir tidak salah jika sekali sekala kita menipu dan mencuri – yang di download dari TED.com. TED adalah adalah sebuah conference yang mengumpulkan cerdik pandai dari bidang teknologi, hiburan dan design (Technology, Entertainment & Design). Pada pandangan aku, TED ni memang bagus untuk ditonton oleh pelajar sekolah terutamanya kerana video di TED.com nih banyak mengemukakan idea baru, cadangan dan pandangan yang unik daripada orang yang telah berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.
Berbalik kepada tajuk asal entri ini, Semua Orang Tipu. Betul tak? Siapa berani cakap yang sepanjang hidup dia, dia tak pernah tipu langsung? Aku yakin semua orang pernah menipu, aku yakin semua kekasih pernah menipu kekasih mereka dan aku yakin ibu bapa pun banyak menipu anak mereka. Takde sorang pun dalam dunia yang suci daripada penipuan, semua pernah menipu.
Menipu ni adalah lumrah hidup. Mungkin kita fikir kita adalah orang yang paling jujur dalam dunia (atau sekurang-kurangnya kita cuba jadi orang itu) tapi pada masa yang sama, pada situasi tertentu kita terpaksa atau teringin untuk menipu. Kita menipu atas banyak sebab, mungkin kita menipu dalam peperiksaan; toleh tengok orang sebelah, tipu ibu bapa; cakap kelas habis lambat walhal pergi lepak kat cc. Dalam dunia perniagaan, tiap-tiap tahun syarikat-syarikat besar ni menipu dalam audit akaun mereka. Numbers are just numbers. Penipuan dilakukan untuk memberi impresi yang baik dan untuk memenuhkan poket orang tertentu.
Apa point yang aku cuba sampaikan di sini ialah:
- Untuk meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain adalah sesuatu yang mustahil tetapi mungkin boleh atas sebab-sebab tertentu (cinta, ahli keluarga).
- Kalau semua orang dalam dunia ni berhenti menipu dan menyatakan perkara yang sebenar, mungkin ia akan jadi tempat yang lebih baik.
- Bukan senang nak cari orang yang boleh jujur dengan kita, jadi kalau kita dah jumpa orang tu pandai-pandailah jaga hubungan kita dengan orang tu.
- Semua manusia mementingkan diri sendiri, kalau tak banyak pun sedikit. Jadi mereka menipu untuk kepentingan mereka.
Dipetik daripada video:
At one hand, we all want to look into a mirror and feel good of ourselves so, we don’t want to cheat. At the other hand we could cheat a little bit and still feel good about ourselves. So maybe what is happening is, there is a level of cheating that we can’t go over but we can still benefit from cheating at the low degree as long as it doesn’t change our impression about ourselves.
Kita mahu melihat ke dalam cermin dan rasa yang diri kita ni bagus, jadi kita tak menipu. Pada masa yang sama, kita masih boleh menipu sedikit dan masih mampu rasa diri kita bagus. Jadi mungkin apa yang berlaku di sini ialah terdapat satu batas dalam penipuan yang kita tak boleh lebihi tetapi kita masih dapat memperolehi manfaat daripada penipuan kecil itu, asalkan impresi terhadap diri kita tak berubah.
Kalau masih berminat boleh tengok video dia pulak. Menarik tapi cerita Dan Ariely ni lebih panjang. Dia terangkan macam mana orang akan menipu pada situasi yang berbeza berdasarkan experimen yang dia buat. Banyak input untuk mereka yang minat pasal ekonomi.
Ariff Shah: Cuba kongsi kisah korang menipu sket. Mesti banyak kisah unik dan best.

Comments
29 responses to “Semua Orang Menipu”
YEAH.. semua org menipu untuk menyelamatkan diri sendiri.. ada org menipu untuk banggakan diri sendiri, sedangkan perkara tu tak berlaku or tak pernah dialami pun semasa hayat hidupnya.. cewah.. pandai tak jawapan saya ni? tapi.. kenapa perlu menipu untuk berlagak.. saya benci dengan org macam tu.. tapi… kalau menipu taknak pi kerja tak pe la.. senggugut.. tak larat.. hehe..
.-= rabiatul adawiyah´s last blog ..Astro B.yond Bloggers Night =-.
mmg rata2 semua penipu.. hehe…
sebab tula ada baiknya kalo kite diam kan? emmm gud2..
Aku rasa kejujuran tu mengatasi segalanya, mat saleh kata “honesty is the best policy”.
Tapi cuba korang tengok filem “Liar Liar Liar” (1997) dan tengok samada pendapat korang tu masih kekal lagi atau tak.
Hm. tak ingat aku dah tengok ke belum cerita tu. Best ke?
Jim Carrey punya movie. Lawak gak..
Masa kecil menjadi penipu kerana kawan.Kuat sungguh pengaruh rakan.sampaikan mencuri pun pernah saya lakukan semasa kecil
ok, ape beza penipu dgn manipulator?
Manipulator mungkin tak perlu tipu untuk gunakan orang. Manipulator suka guna situation, circumstances dan apa-apa peluang yang ada.
Penipu, well of course menipulah.
baru abeh nengok video… fuh..
.-= beliamuda´s last blog ..Mencari Si Dia Yang Secomel Tiz Zaqyah, Eira Syazira dan Memey Suhaiza =-.
Best kan? Experimen yang dia buat tu sume macam.. agak pandai la. Macam-macam lagi video kat TED.com. Memang digalakkan kepada semua belia terutamanya hang beliamuda. haha~
ohooo
vbalik keje ku tengok video ni
klu ada masa r
thx share
huhu..
tak suke org tipu n menipu..
tapi bile kite terlalu terus trg..
ade lak pijak2 kepale..
tapi maintain jgn tipu n wat baik..sbb..
mende baek dibalas baek.
tetapkan pendirian =)
.-= elyana yazmin´s last blog ..Too tired.. (-_-") =-.
ape2 pun xpayah lah amalkan tipu2 ni. (trauma kene tipu)
Hm. Lepas ni kalau ko jumpe sape2 biar aku tapis dulu bella. OK? :D
sAYA PUN pernah menipu…
kadang2 tipu jahat, dan kadang tipu terpaksa ataupun kadang2 tipu demi kebaikan orang lain…
apa yang saya tau, tak semua org yang menipu tu jahat..sebab kadang2 mereka menipu untuk tutup kemaluan anda….
Tak baik menipu..tp semua org pasti pernah menipu..termasuklah gua sendiri..
aku tipu aku g majlis anugerah cemerlang ngan duit tp aku x gi kerna aku difitnah..kang makpak aku tau diorg kecoh
aku tipu bapak aku kata pegi kolej tapi aku rembat duit yuran kolej untuk berfoya-foya.
Ngahahaha. Ni kes paling terbaik.
tapi cubalah sedaya upaya berlaku jujur. ok
ha betul kate beliamuda tu, paling xde menipu pun, menipu diri sendiri… konon ckp xnk mkn, padahal perut dh tul2 lapo ni… ala kes2 org nk berdiet la ni
Hahaha. Tang nak diet2, kena banyak menipu diri sendiri. Main psikologi sket
tang ni pun selalu jugak orang buat. macam berbicara dengan diri lak kan…
.-= beliamuda´s last blog ..Mencari Si Dia Yang Secomel Tiz Zaqyah, Eira Syazira dan Memey Suhaiza =-.
yalah memang tension ngan org yang suka tipu kan…
RM3 Ribu Sebulan dengan Blog
Jom Baca Buku
sebelum layan video tu, kasi komen dulu.
memang semua pernah menipu. menipu diri sendiri. orang lain. akan ada juga satu masa dan detik dalam kehidupan manusia akan menipu.
menipu ni boleh jadi satu benteng pertahanan juga untuk manusia. mungkin dalam separa sedar kita melakukan penipuan sebab nak melindungi diri kita.
~bersambung selepas layan video
.-= beliamuda´s last blog ..Mencari Si Dia Yang Secomel Tiz Zaqyah, Eira Syazira dan Memey Suhaiza =-.
hakikatnya. Semua orang memang penipu. Samada secara sengaja atau tidak sengaja. Sebab itu banyak hikmahnya bersikap DIAM.
psssssst : camane final exam? cam dah merdeka semacam aje neh. hehe.
Wahaha. belum lagi lah. Kalau dah merdeka nanti aku buat pos tangkap gambar sana sini around Moscow. Khamis ni ade exam~~
Semua Orang Menipu | blog.ariff…
Semua Orang Tipu. Betul tak? Siapa berani cakap yang sepanjang hidup dia, dia tak pernah tipu langsung? Aku yakin semua orang pernah menipu, aku yakin semua kekasih pernah menipu kekasih mereka dan aku yakin ibu bapa pun banyak menipu anak mereka. Takd…
Semua Orang Menipu | blog.ariff…
Berbalik kepada tajuk asal entri ini, Semua Orang Tipu. Betul tak? Siapa berani cakap yang sepanjang hidup dia, dia tak pernah tipu langsung? Aku yakin semua orang pernah menipu, aku yakin semua kekasih pernah menipu kekasih mereka dan aku yakin ibu ba…