Seminggu Kawen

ariff-shah-zalikha-nikah

Nikah 22 Disember haritu, jadi hari ni dah seminggu saya bergelar suami orang secara rasmi (ada orang belum nikah lagi dah dapat gelaran hubby :p ).

Terima kasih atas doa dan ucapan tahniah tak putus-putus yang saya terima di blog, Facebook dan Instagram. Maaf, memang tak larat nak reply satu-satu. Apapun saya tetap baca setiap satu ucapan yang disampaikan.

Terima kasih kepada family, especially ayah & mama a.k.a. wedding planner atas majlis yang memang best. Terima kasih kepada bridesmates dan dulang guys yang membantu dan juga pengapit saya yang merupakan rakan sejak dari sekolah rendah dulu.

Tentang honeymoon, mungkin lambat sikit sebab saya akan bertukar tempat kerja tak lama lagi. Tahun baru, fasa baru dalam hidup, tempat kerja baru, phone baru (akhiranya setelah 3 phone percuma berturut-turut, terbeli jugak iPhone 5S), kos hidup baru (semua benda naik tahun depan) dan macam-macam lagi yang baru tak lama lagi. Kalau ada yang nak sponsor honeymoon tu sangatlah dialu-alukan.

Maaf kepada pembaca sebab slow sikit update. Busy sikit awal-awal ni. Sekarang nak update blog dah ada teman kat sebelah. Tu yang kadang-kadang tak jadi update. Kalau jarang update tu, maaflah ye.

Published
Categorized as Bla Bla Bla

By Ariff

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

27 comments

  1. tahniah ariff n wifey

    ni first time sy wish, direct di sini ;)

    biasalah, baru2 kawen ni byk benda kena adjust. sy dulu pun kawen, bukan terus2 senang lenang.. ada fasa susah sikit2… baru la manis bila dikenang kan ;)

  2. Tanniah, sudah tentu perjalanan kehidupan akan datang berlainan rentaknya. Keputusan tidak disebelah pihak sahaja. Selamat melayari bahtera perkahwinan.

  3. Tahniah dari Aunty Lily sekeluarga. Semoga berkekalan hingga kesyurga bersama. God bless. Ameen..

  4. Kalau tak silap ko punya wedding masuk tv kan haritu? tak sampai seminit aku tgk dah masuk wedding org lain…melepas!

    tahniah sekali lagi.

  5. Minimum sebulan pertama untuk dapatkan tune yang betul..paling lama 3 bulan..stended la bila masuk alam perkahwinan. Blog akan sedikit terabai. Hahaha

  6. Tahniah dan Selamat pengantin baru buat ariff dan isteri. Semoga kebahagiaan milik kamu berdua.

Comments are closed.