
Sebagai bakal pemilik rumah/pembeli hartanah, sepatutnya saya mempunyai sebanyak pengetahuan yang mungkin tentang proses pembelian dan urus niaga hartanah, termasuklah proses yang berkaitan dengan guaman, loan bank dan sebagainya. Ini adalah penting supaya proses pembelian hartanah saya kelak tidak mendatangkan masalah atau mungkin kelewatan yang boleh merugikan saya.
Dengan pengetahuan yang mendalam tentang keseluruhan proses ketika membeli hartanah, saya dapat melindungi diri saya daripada ditipu oleh pihak lain. Untuk pengetahuan semua, kadang-kadang anda juga boleh ditipu oleh agensi guaman yang menguruskan pembelian hartanah anda terutamanya dari segi kos yang akan anda tangung nanti.
Sangat bertuah rasanya kerana dijemput oleh pakar hartanah sub-sale ni ke seminarnya Sabtu lepas. Seminar yang berharga RM88 itu rasanya sangatlah berpatutan dan sangat sesuai untuk dihadiri oleh golongan first time property buyers dan soon-to-be (bakal) property buyers. Ada peserta seminar yang telah mempunyai hartanah sendiri tetap memberikan feedback yang positif daripada seminar AE yang membuktikan banyak lagi ilmu serta rahsia yang boleh dipelajari.
Saya tak nak cakap panjang tentang seminar ni. Overall dari segi kos (RM88/person) adalah sangat berpatutan dan sebenarnya adalah sangat murah. Dengan harga yang murah ni harap dapatlah menarik minat anak muda (terutamanya lelaki) untuk menimba ilmu dalam bab urus niaga dan pelaburan hartanah. Ilmu macam ni penting beb. Ilmu untuk hidup.


Comments
15 responses to “Seminar Hartanah Untuk Semua”
ada masa, memang aku nak gi seminar ni.
Cam best jer seminar nih.hehe
Terbaik!! 1st time jumpa AriffShah..;)
bila lagi bro ada seminar hartanah? insya Allah nak join juga. teringin nak belajar isu property ni. :)
Kalau ada peluang ingin memiki rumah ke 2 pula.
dalam proses jual beli rumah atau tanah harus ekstra hati-hati
Memang terbaik. Penerangan dari Tuan Ensem mudah difahami. Secara jujur Seminar ni lain dari yang lain,kebiasaan ada yang kekadang buat kita rasa mengantuk. Memang sesuai untuk golongan muda. Harap generasi muda dapat menimba ilmu dalam bidang hartanah ni yang bagi gua sangat menguntungkan daripada membuang masa usia muda tanpa ilmu. RM88 cukup berbaloi.
nampak macam bagus… or memang bagus sangat
boleh buat side income … :)
La dah lepas rupanya… bagus seminar macam ni, salah satu cara kita cari pendapatan sampingan. Lecturer penah cerita kisah sepasang suami isteri yang mula membeli rumah yang orang Cina tak nak beli, cthnya di bahagian hujung, di tingkat 4 – yang katanya membawa malang, pasangan tu beli dengan harga yang agak murah, bagi sewa, jual dan sebagainya. Buat secara sampingan sahaja, kini dah kaya raya :)
sgt bgs siap dgn slideshow yg boleh memudahkan pemahaman.
yg penting ada perkongsian ilmu dan pengalaman dr peserta juga. feedback sebegini yg kita cr dlm mana2 seminar pon.
RM88 tu xde apa pon compare dgn pengalaman dan tips berguna yg boleh diambil
satu seminar yg berbaloi utk dihadiri..kepada yg berminat utk melabur dalam hartanah seminar ini adalah salah satu opsyen kearah mempertingkatkan agi ilmu pelaburan hartanah anda..
Dah lama saya aim untuk keseminar tersebut,nama AE pun selalu disebut-sebut oleh blogger lain.Saya kena peruntukan waktu yang sesuai untuk datang ke sesi AE kita ni.
Dah lama dok cari peluang untuk pergi ke seminar hartanah sebegini, tapi buat masa ni, masa dan lokasi tak mengizinkan, lebih banyak membuat rujukan dari artikel.
Dalam seminar ni, ada diberi nota untuk rujukan ke erk bro?
satu seminar yg bagus…bila held bos?
last saturday. utk next batch, kena tanya AE sendiri