Seminar Hartanah Power

Reading Time: 2 minutes

Sekarang ni banyak kisah seminar hartanah yang dah saya dengar. Antaranya student umur awal 20-an yang belum ada income boleh beli rumah dan buat untung tanpa mengeluarkan sesen modal pun.

Memang kalau kita dengar pun macam impressed sangat sebab bila cakap pasal nak beli rumah dan pelaburan hartanah ni mesti nak kena fikir pasal modal dulu. Betul, tapi kalau dah banyak cerita tentang beli rumah dengan zero money down, maksudnya adalah cara yang tertentu yang mereka gunakan ni.

Pada saya, ini adalah cabaran. Kalau orang lain boleh buat, of course I can do the same. Walaupun sekarang pelaburan hartanah semakin menjadi trend yang popular (maka dengan itu persaingan pun semakin hebat), pengetahuan tu masih merupakan added advantage pada kita sebab ia membolehkan kita melihat setiap tawaran/iklan jual beli rumah tu samada peluang untuk buat duit atau tidak. Knowledge is power.

seminar hartanah power
true story

Jadi bila ada kisah individu yang berjaya selepas mempraktikkan ilmu daripada seminar, maka bolehlah dianggap yang seminar tu power, betul tak? Tak jugak sebenarnya. Ada orang join segala jenis seminar untuk belajar, tapi gagal dari segi mengaplikasikan ilmu yang mereka pelajari. Dalam hal tu, pergilah mana-mana seminar yang wujud, tapi kalau ilmu tak diamalkan, memang tak berguna walau se-power mana pun seminar tu.

Untunglah rakan saya ni bila peserta seminarnya belanja makan setelah mendapat hasil keuntungan daripada pembelian rumah dengan zero money down. Bukan sorang tu, dengar cerita sampai 40+ orang dia belanja. Nampak sangat kos belanja tu hanyalah sebahagian kecil daripada keuntungan yang dia perolehi. Baca kisah rakan saya ni.


Posted

in

by

Comments

15 responses to “Seminar Hartanah Power”

  1. wan Avatar

    property is the best investment..sape yg x invest mmg rugi

  2. Rikitekafukari Avatar

    Ilmu, mentor, sistem. Then make sure kita amik action. InsyaAllah semua boleh dilakukan.

    ps: Terkejut bila tengok testimonial saya di atas walaupun tidak berapa mengenali tuan punya blog. Salam perkenalan.

  3. obat herbal alami Avatar

    semoga lancar ajah nii seminarnya slam sukses

  4. fauzi Avatar

    sebelum melabur dalam mana-mana instrumen pelaburan, pastikan timba ilmu secukupnya. Seminar adalah salah satu cara kita dapat tambah ilmu

  5. jelly gamat Avatar

    kegagalan adalah keberhasilan yang tertunda

  6. LilyNrman Avatar

    Pelaburan hartanah adalah suatu yang sangat mencabar. Sebelum membeli sesebuah hartanah, kita kena lihat dulu potensi hartanah itu, misalnya dari segi geografi, bakal prospek, dan faktor kemajuan sesebuah kawasan dan faktor industri. membeli hartanah seolah-olah membeli sebuah syarikat perniagaan. Lagi berpotensi, lagi lumayan pulangan yang kita perolehi! kadang-kadang, bangunan usung pun orang beli. pelik, tapi benar. Orang yang memiliki keistimewaan melihat potensi hartanah di masa depan sangat bertuah. Pada pandangan aku, sebelum kita nak menceburi bidang ini, perlulah kita merujuk kepada pakar hartanah-wan yang bertauliah dan profesional, supaya ilmu kita cukup. InsyaAllah, aku akan melibatkan diri dalam bidang ini.

  7. Azza Azman Avatar

    azza cita cita dulu nak jadi hartanah yang kaya raya.. tapi sekarang hmm macam xde tanda tanda je…

  8. Wizurai Avatar

    bagus jugak join seminar camni…

    setuju jugak dengan pendapat bahawa yang pergi seminar power pun belum tentu bekas peserta seminar tu akan berjaya…

    yang penting usaha gigih dari individu tu untuk berjaya w/pun pernah gagal sebelum ni… selain ketentuanNya….

  9. hazman aka species1980 Avatar

    Rasanya memang dah banyak juga kisah kejayaan bekas peserta seminar hartanah tue…. memang usahakan diri pergi jugak nie…

  10. Berbudi Pada Tanah Avatar

    rasa nak kena join gak seminar hartanah ….. seronok bila baca kejayaan org …

  11. levelsatu Avatar

    hemm..tak pernah lagi pergi mana-mana seminar hartanah lagi..

  12. Lagubestbest Avatar

    hurm.. abang saya last week baru beli rumah gak. KL, teres 2 tingkat 3 bilik tidur. promosi downpayment cuma rm1900.00. dalam tahun 2013 rumah siap. Dia belum pernah pergi mana-mana seminar.

  13. akubiomed Avatar

    Kagum dengan kejayaan hasil menghadiri seminar. Kalau kena dengan formula dan usaha boleh berjaya.

  14. titan Avatar

    kena berani dan cepat bertindak.
    baru leh dapat apa yang kita nak.

  15. rahman Avatar

    gagal di sebabkan kita mencuba adalah lebih baik daripada kita tak nak mencuba langsung