Selamat Tinggal Duke

ariff-shah-duke

Dua tahun setengah motor ni jadi tunggangan saya untuk cari duit hari-hari.

Gaya ada, lots of fun factor dan senang nak maintain. Kalau boleh sebenarnya saya nak je tunggang motor hari-hari pergi kerja, tapi sekarang jadual dah berubah.

Lunch time saya tak makan sebaliknya pergi ofis Takaful untuk uruskan hal client yang semakin bertambah (alhamdulillah). Petang jumpa jumpa client kalau ada yang sudi jumpa sampai pekena teh tarik.

Jadi sangat kurang sesuai kalau saya naik motosikal sekarang sebab sekali hujan, terpaksa cancel jumpa dengan client. Takkan dah basah kuyup dan selekeh nak jumpa orang kan. Apa da.. Orang pun boleh jadi tak confident.

Alhamdulillah, income sana sini sikit dan ikut formula dua rumah satu kereta yang saya rasa sangat successful, dapatlah beli kereta. Bukan senang ok nak dapat macam ni untuk seorang yang tak kerja dalam bidang oil and gas dan dengan keadaan harga property yang meletup-letup.

ariff shah kereta

18-point inspection katanya..

Tapi benda ni memang saya dah plan dari sebelum grad lagi. Itu matlamat kewangan saya dulu. Dan saya seorang yang memang akan capai apa yang saya nak kalau dah plan something.

So motor ni akan diturunkan kepada adik yang belajar di UITM. Untunglah dia. Takpelahkan. Dapat tolong dia belajar dan berniaga sikit-sikit. Yang penting, tahun ni dia kena habiskan study.

So what’s next?

14 Comments