Selamat Pagi

Reading Time: < 1 minute

Masuk awal ke ofis. Sampai je terus buka komputer untuk surf internet. Laman yang dituju takde kaitan langsung dengan kerja sebaliknya laman gossip artis yang dibuka. Takpun blog kegemaran.

Tetamu dari Jerman masuk ke ofis. Datang ke Malaysia kerana ingin memberikan latihan kepada pekerja lain tentang bagaimana mengendalikan mesin yang baru dibeli. Dia mengucapkan selamat pagi kepada semua sambil melangkah masuk. “Good morning.. Good morning” Dia nampak happy walaupun semalam flight 13 jam dari Jerman.

Yang sedia ada dalam ofis diam membisu. Tiada yang menyahut ucapan selamat pagi berulang kali. Kadang-kadang yang masuk ofis waktu pagi pun mood dah ke laut sebab atas sebab macam-macam stress. Ada yang baru mengharungi traffic jam di sana-sini sebelum sampai ke ofis.

Masa kat Jerman dulu, bangun pagi memang ada rasa positive energy. Pergi ke kafe untuk sarapan pun waitress di situ mengucapkan selamat pagi dengan nada yang gembira dan mesra. Budaya yang cukup positif di awal pagi ni memang diamalkan di sana.

Tapi kat Russia memang tak payah cakap la. Sama je. Dingin sejuk. Walaupun saya ni dah jadi regular customer kat kafe universiti tu, awek yang jaga kaunter masih buat tak reti bila saya datang dan order benda sama. Sedih tau..

Sekadar pemerhatian budaya yang berbeza-beza.. Apa-apa pun, ceria sikitlah pagi-pagi ni sebagai tanda bersyukur kerana diizinkan untuk meneruskan kehidupan di bumi-Nya. Betul tak?


Posted

in

by

Comments

38 responses to “Selamat Pagi”

  1. Mas Gie Avatar

    Selamat pagi bro Arif,
    Awali hari dengan senyum ceria di pagi hari agar hari2 yang akan dilewati menjadi semakin indah penuh warna :)

  2. Ekspresi Ruang Avatar

    Selamat pagi :)
    Memang terasa gak budaya dan semangat pagi di kaunter2 layanan bistro dan kafe di German dulu2.
    tp masuk dlm kelas, ttp bley layan nk tido lg. huhu

  3. syahrilhafiz Avatar

    semestinya bangun awal pagi, buka paper online…sampai kul 12, makan pi beli paper pulak.. baru habis diploma, tu la rutin aku, tunggu result masuk U atau pi kerja. tu je sekarang masih blurr

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      tak kerja part time ke?

  4. Anarm Avatar

    kena buat undang2 ucap selamat pagi kot.. baru semua buat.. agaknye la.. hehe.. sekarang jam hampir cecah pukul 1:00 pagi.. aku nak tido lah esok kerja.. selamat pagi.. :P

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Pagi sangat ni..

  5. Sara Avatar

    Senyuman dan teguran good morning tu la yang jadi positive energy utk kita sebenarnya. :)

  6. Queen Teratai Avatar

    setiap pagi sya mmg ceria jer.. masuk je opis satu kemestian untuk menegur ucap salam dan selamat pg pd kwn2 yg sedang bersarapan atau yg sdg duduk buat kerja… tp x smp 1/2 jam buat keja dah mula stress mmg lps tu mood kelaut smplah ke pukul 6 petang confirm ceria semula sbb dah boleh balik dan melupakan sgl stress yg ada kat opis.. :)

  7. eyriqazz Avatar

    Selamat pagi..

    Memang berbeza culture bekerja di Malaysia vs negara maju..

    Dulu, walaupun kerja cleaner (part time), mood sentiasa happy…Boss sentiasa tersenyum dan berikan pujian when we did a good job..

    Here…faham2laa…

  8. hatiputera Avatar

    senyuman di pagi hari adalah pencetus semangat pada hari itu,,,kalau pagi dah ketat,,memang satu hari ketat jer muka..

  9. azman Avatar

    Saya baca entri ni pukul 1.30 pagi – selamat pagi ariff – bagus kalau awal2 pagi dah ceria – mood pun akan cantik sampai ptg. :)

  10. Hafizul Avatar

    Ya..betul tu…pagi2 dah stress macam mn rezki nak masyukkk..hehe

  11. abangensem Avatar

    Apasal lu tak lepak dengan DH petang tadi? Kalau tak, boleh gua pow lu subway.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Lambat sangat. Kena pegi somewhere else masa tu. Takpe2. Next time.

  12. sepriyanto Avatar

    selamat pagi…hee
    kunjungan perdana saya salam kenal.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Salam kenal. Terima kasih kerana singgah

  13. ika Avatar
    ika

    -___-” as if you wish good morning, pagi2 dah jual mahal..pfft. :(

  14. Bro Framestone Avatar

    Bro hanya pergi ke tempat makan yang lebih mesra pelangan.

    Kalau idak, datang sekali je la.. lepas tue xdatang.

    Tak pun tapau makan dekat rumah je

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      masalah saya kat sana tempat tak mesra pelanggan paling murah. Kalau pergi tempat mahal, dapat layanan macam boss

  15. farhan Avatar

    btul tu..pagi2 kena ceria tapi susah kot kalau yg bekerja tambahan lagi stress pasal kerja..bila nak balik gembira je..tambahan lagi kalau esok cuti..

  16. farhan Avatar

    btul tu..selamat pagi..

  17. akubiomed Avatar

    Pagi-pagi sudah muka ketat macam mana rezeki hendak masuk.

  18. azriMy Avatar

    terlepas nak wish selamat pagi kat bro Ariff :p

  19. Hanif Avatar

    Mungkin awek tu tak kenal lagi siapa Alex Yoong. Sebab tu tak layan. Mungkin :p

  20. nurmisnan Avatar

    Agaknya pasal kau hencem sangat kot aweks kantin tuh
    segan nak tegur.. Dia tunggu signal agaknya.. har3

  21. Juan Avatar

    budaya malas bangun pagi pon budaya kita, hehehe

  22. Cikgu Hairul Avatar

    Budaya Monday Blues selalu menyerang kebanyakkan orang kita. Mungkin juga masa cuti yang terlalu sibuk. Pegi kenduri, berkelah, dan banyak aktiviti memenatkan. Rasa cuti 2 hari tu tak cukup. Bila masuk kerja hari Isnin mulalah mood kelaut.

    1. Fathiah Jasni Avatar

      kadang2, kalo x monday pon, ade blues jugak.. so, kt malaysia ni, dah jadi everyday blues.. kott..

  23. ReM Avatar

    Setuju sangat2 ..

    Budaya ni sesuatu yang makan masa yang lama, bukan sekelip mata. Cashier kat Tesco atau supermarket akan senyum masa beri baki duit dan ucap “see u soon”. Kat sini lain sekali.

    Mungkin ia patut mula dengan kita kasi senyuman manis kat cashier tu. then dia akan senyum balik. Ini boleh buat masa kita pergi shopping tanpa isteri jer. Ingat tu.

  24. aslam Avatar

    betul tu bro.. kena la ceria dan happy. baru la mudah rezeki datang. InsyaAllah

  25. Zarul Umbrella Avatar

    kekadang bila dah stress mcm tu la jadi nyer..tapi bila dah nak balik kerja semua dah settle maka akan nampak la keceriaan tu

  26. JAI Avatar

    Selamat Pagi..uihhhh..keje elok2 jangan ngulorrrrr..hehe..

  27. arrizz Avatar

    kesian kat orang jerman tue..dah macam syok sendiri pulak..haha..awal pagi patutnya cerialah..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Memang. Masa tengok pun kesian kat dia. Sorang2 je happy

  28. Eswahyudi Kurniawan Avatar

    Selamat pagi ariffshah.com ^_^

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Selamat pagi =)

  29. Mus Avatar

    selamat pagi bro..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Selamat pagi Mus =)