Selamat Hari Merdeka!

Reading Time: < 1 minute

Hidup Bersama – A. Samad Said

Kita sudah sampai di lereng amat indah di bawah pelangi
Dalam ufuk yang masih mencabar
Dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah
Tenang dalam segala uji cabar dan debar
Kita mencari hanya yang tulen dan jati
Sekata hidup mengerti dan berbudi
Kita wajar mendaki lagi kerana puncak yang jauh
Dalam gelora dan tofan tak tercalar tekad kita
Kerana kemerdekaan mengasuh kita bersuara dalam sopan
yakin menyanggah musuh tulus menambah kawan
Inti tonggak dan menara kebahagiaan

Kita datang bersama anak-anak yang sedia
menyanyi, sihat, teguh, bertekad dan berani
mengelilingi tasik mendaki gunung
Kita mengajar mereka berjiwa besar dan berbakti
Tanah air akan indah megah dan bermaruah
Jika kita sentiasa mensyukuri anugerah allah
dan bumi akan subur makmur dan mewah
Jika kita bekerja dan berikrar
Hidup bersama

Tanah air memberi banyak mesra mendakap kita
Kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti
dan kita sudah sampai di lereng indah
Pasti tetap mendaki juga
Menyanggah musuh menambah kawan
tanpa jenuh khuatir juga tanpa rawan
Dan dalam alaf baru
semangat kita wajar padu
berjalan kita atas nama tanah air dan bangsa
Bangga kerana merdeka megah kerana bahagia

Anak anak kita bakal datang tangkas dan berilmu
dan kita dalam sejarah bakal syahdu dan bangga
Kerana awan yang indah lapis pelangi lebih mesra
Wajah diri dan inti peribadi kita
tunjang bagi kehidupan dan kemerdekaan bangsa
yang sentiasa sedia belajar mengerti dan tekun
Hidup bersama


Posted

in

by

Comments

11 responses to “Selamat Hari Merdeka!”

  1. wanarep Avatar

    Merdeka! Merdeka, bagus lah usaha untuk memperingati hari kemerdekaan tu dah ada, tapi ada juga segolongan rakyat nie tak reti apa maksud merdeka sebaiknya…

  2. akubiomed Avatar

    Selamat menyambut Hari Merdeka. Generasi sekarang beruntung dapat menikmati ‘Merdeka’ hasil pengorbanan orang terdahulu.

  3. Fakarepain Avatar

    merdeka!!!!!!!!!!!!!!!
    Malaysia berdaulat,Tanah tumpah nya darahku..
    oh yeah!!

  4. anuar Avatar

    Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 56…

  5. Juan Avatar

    Saya sayang negara saya dan selamat hari merdeka

  6. Teena Tna Avatar

    Salam merdeka
    Saya sayang Malaysia!

  7. Zulhilmi Zainudin Avatar

    “…kerana kemerdekaan mengasuh kita bersuara dalam sopan.”
    Sungguh indah sekali. :)

  8. miss fireflies Avatar

    nak tanya.kenapa i tak boleh follow blog u dalam bloggers.com? dah letak link tapi takdek dalam list following blog.

  9. Hazmin Hamudin Avatar

    Selamat Hari Merdeka bro.

  10. fathiah Avatar
    fathiah

    Sorry, tp org mcm ni hanya tau bercakap dan berkarya je… tp hakikatnya, bendera negara pon xtau nk hormati….

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tak nak sentuh pasal isu tu.

      Cuma suka karya A. Samad Said. Takde siapa yang sampai level dia lagi.