Aku tau orang kat Malaysia tak pernah dengar pasal Hari Angkasawan ni, sepatutnya adalah sebab kita pun dah pernah hantar angkasawan kita berkampung di angkasa lepas. Mungkin bagi sesetengah orang isu ni agak kontroversi, tapi aku tak naklah entri ni berbau kontroversi atau apa cuma nak cerita sikit pasal Hari Angkasawan kat Russia ni. Jadi tolong ye, takde politik-politik angkasawan sini. Nak cakap pasal politik pergi main jauh-jauh.
Kat Russia ni, Hari Angkasawan disambut pada 12 April tiap-tiap tahun sebagai memperingati hari angkasawan pertama dunia Yuri Alekseyevich Gagarin (Ю. А. Гагарин) mengorbit atau mengelilingi planet bumi di atas kapal angkasa Vostok 1 pada 12 April 1961. Kiranya ada sebab la jugak kerajaan kita hantar pelajar kita belajar separuh mati kat sini, semuanya sebab nak belajar macam mana orang Russia ni yang dalam kepayahan hidup mereka dengan perang dunia yang tak habis-habis boleh maju dari segi kejuruteraan yang ekstrim macam ni.
Peristiwa ini dianggap penting sebab masa tu la Amerika dan sekutu-sekutu mereka yang bercakap bahasa Inggeris ni terkesima sekejap dek kemajuan teknologi orang Russia ni. Time tu mat saleh yang bertutur dalam bahasa Inggeris ni semua senyap sekejap, tak berani nak kacau Soviet Union dan diorang ni kelam kabut nak hantar angkasawan diorang pergi ke angkasa, sampaikan nak hantar orang pergi bulan.
8 tahun lepas tu (1969) orang Amerika ni ‘kononnya’ telah berjaya la hantar Neil Armstrong yang selamat mendarat di permukaan bulan. Kenapa aku cakap ‘kononnya’? Sebab banyak kumpulan meragui peristiwa ni dan ada yang sampai berusaha membuktikan yang pendaratan tu adalah lakonan semata-mata sebab banyak sangat keraguan yang timbul daripada gambar dan keseluruhan misi tersebut. Pendapat aku, aku sendiri atas pagar dalam hal ni sebab orang Amerika sendiri pun memang jenis bangs*t gak dan memang tak boleh dipercayai sangat. Agenda world domination diorang dan New World Order memang tak habis-habis dan diorang memang sanggup buat apa sahaja nak capai matlamat diorang. Sejarah 10 tahun yang lalu dah cukup membuktikan kebangs*tan Amerika dan sekutunya..
Ok. Cukup dengan itu. Sorilah aku duduk Russia ni dah belajar macam mana untuk membenci Amerika, tapi itu sentimen peribadi aku je. Takdelah sampai nak buat bom letupkan sana sini. Aku ada pendirian aku sendiri.
Berbalik kepada peristiwa 12 April 1961, 26 tahun lepas tu satu lagi peristiwa mengkagumkan berlaku.. Peristiwa tu memang hebat, memang satu anugerah Tuhan.
Pada tarikh 12 April 1987 tu, aku dilahirkan.

Comments
41 responses to “Selamat Hari Angkasawan!”
walaupun tak kenal tapi tak salah untuk doakan sesama saudara “selamat hari lahir semoga panjang umur dan dimurah rezeki to u…amin…”.. take care!
miss 2 hari..hepi belated besday..5 bulan tua dari aku..haha
.-= Cerita terbaru Azizuan.. Selamat Menyambut Hari Perperiksaan =-.
Thanks bro!
Takpe.. Kenali aku melalui blog ni pun boleh. Terima kasih atas doa yang baik itu.
Selamat hari lahir bro .. semoga terus berjaya :-)
.-= Cerita terbaru zik.. Negeri 9 menjulang piala FA Malaysia! =-.
Thanks a lot zikri!
agak terlambat beberapa minit..apapun,…happy belated birthday ariff…semofa success selalu…
.-= Cerita terbaru eyriqazz.. Ada Apa Dengan Seks? =-.
Takpe. Thanks a lot bro eyriqazz!
selamat hari lahir.. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. (ayat biasa..hehe)
.-= Cerita terbaru aboi.. The Greatest Love in the Whole World =-.
Thanks aboi!
ok lah
official wish kat sini kan
hehe
appy bestdayy bro
.-= Cerita terbaru joegrimjow.. fakta nuffnang : ICU UCI klik klik amalan tidak sihat =-.
Hepi Best Day Bro.
Tak sangka ko masih muda tapi otak bergeliga.
.-= Cerita terbaru RIS-IT.. “Anda Mungkin Juga Meminati” =-.
haha. Mana ada otak bergeliga. Biasa2 je.
Thanks a lot!
happy birthday bro… (^_^)
.-= Cerita terbaru Azrul.. Lencana Blog….weeee \(^_^)/ =-.
Thanks azrul!
Ko buat aku rasa tua bro..anyway Happy Besday!
Eh. umur ko berapa adam?
Anyway, thanks!
hehe, Rusia mmg hebat…dulu pun angkasawan m’sia berlepas ke angkasa dari dengan kerjasama rusia n amerika kan.
again, wish u, happy bestday! (tiru joe).
.-= Cerita terbaru nursarah.. lelaki-lelaki Hot di alam Blog. part I =-.
Thanks sarah!
biar betul hang ariff lahir pada tahun 1287 ? ahaha
pasal neil amstrong tu byk diperkatakan.
kami ada jugak bincang di forum. ada yg kata konspirasi
new world order? freemason
hang dah tgk the arrival?
.-= Cerita terbaru Wan Perlis.. Kritikan Untuk Industri Hiburan Tempatan =-.
Sekali typo da..
The arrival? jap.. macam pernah dengat. tak ingat sangat
ptot la pkai smart je tdi,hehehe
happy birthday!!=)
Thanks muna!
Nasib baik korang tak nampak awek tadi.. hehe~
epi besday..moga pjg umo n murah rezeki..kalau hari angkasawan kira buat program apa je?skodeng bulan ade?hehe
.-= Cerita terbaru aizuddin.. Contest : Hidup Untuk Memberi – Menangi Dua Acer Aspire One Secara Percuma =-.
Takdelah program apa sangat. Entah la. Diorang macam tak sambut sangat, tapi adalah hari ni. Sebagai peringatan je kot..
happy birthday~~~
may all your wishes come true~~ :)
Thanks e-liex!
Yeah hopefully they will come true
kenapa 12 April 1287 ?hehe
hepi besday!!!!
gambar pun versi rusia ye?
.-= Cerita terbaru chekgu naman.. No String Attached.. =-.
Sekali silap taip da.. haha!
Thanks chekgu naman!
muahahah baek stori je pasal beday sendiri.
btw, happy birthday yea.
:)
may Allah always with u.
.-= Cerita terbaru zida.. Perampok Zaman Millenium Lebih Pintar, Lebih Cerdik =-.
Story pasal birthday sendiri mane la orang nak baca.. siapalah diri ni..
Thanks zida!
hey.
slmt hari lahir.
:D
.-= Cerita terbaru hizami.. Dah Makan? Soalan Wajib Tanya. =-.
Thanks hizami!
apa sambutan hari angkasawan kt sana? rasanya malaysia pun ada sambut, 10 oktober. kalau tak silap lah. betulkan kalau salah ye.
selamat hari lahir… (^_^)
Sambutan.. biasa time ni muzium angkasawan dia bukak la. Muzium ni bukak time ni je.. Time2 lain tutup
12 april..teringat zaman2 celebrate birthday exbf dulu2..birthday korang sama la..
.-= Cerita terbaru iyllienaz.. DANIA permata hati.. =-.
Sekali sama la pulak.. huhu~
issue dr facebook-aku maseh rasa bende ko blaja best.dengki dengki dengki.cis abaikan. bile plak msia nak buat hari bloggers ek? :|
.-= Cerita terbaru bukan kisah cinderella.. Keahlian Geng Anti Perempuan PERASAN GEMUK POYO CANTIK di buka Sekarang. =-.
balik julai ni. Nanti boleh la jumpa geng2 GB
selamat hari lahir :)
semoga sentiasa berada dalam lindungan ALLAH
.-= Cerita terbaru farah.. tika hasrat tercapai , mengapa maut menghampiri ? =-.
Thanks farah!