Suka sangat dengan entri Mantot kali ni, sesuai dengan musim kahwin untuk orang yang sebaya macam saya:

Rasanya tak terkira berapa kali saya menghadiri majlis akad nikah di masjid di mana pengantinnya memakai serba putih. Putih bersih, memang cantik.
Cuma satu problem dia – pakaian dalam tu striking atau contrast dengan baju nikah yang berwarna putih tu atau tudung tak cukup labuh, maka terjadilah ‘persembahan umum’ dalam masjid.
Nak pakai apa tu, terpulanglah. Semua pun dah besar, dah tau dosa pahala. Cuma kalau dah tau venue dia kat masjid, pandai-pandailah kan.. Susah-susah sangat, buat kat rumah je majlis nikah tu.

Comments
48 responses to “Seksi Di Dalam Masjid”
alamak..apa adah jadi ni..haha..serius baru jumpa insan macam dalam gambar ni…
kesian kat laki dia..abes je nikah terus kene tanggung dosa bini buka aurat
Apa pun memang tak sesuailah..
Adoi, dalam masjid lah. Kenapalah takde orang yang tegur masa tu. =.=”
tok laki tu nasihat la bakal isteri
itulah.. mak bapak yang kena mainkan peranan juga untuk menasihati anak perempuan mereka
Penting jadi ibu bapa mendidik anak kenal ALLAH ..kenal rumah ALLAH kalau tak ini lah jadinya.
perghhh, memang obvious gila nampak bahagian dalam pakaian dia…
Jadikan ini pengajaran. Tiada apa yang mustahil dah di dunia skrg. Ape perlu kita lakukan ialah sentiasa peka dengan persekitaran walaupun tidak menutup aurat (tapi lebih baik sentiasa menutup aurat).
Gambar ni gambar lama rasanya.dah penah tgk beberapa tahun lalu dlm email yg di fwd(x ingat bila). Sesetgh tmpt mmg tok kadi yg wajibkan nikah di masjid. Menutup aurat tu wajib,dan bkn sekadar pakai tudung,kaki pun kena bersarung,bukan pakai baju berlengan pendek. Pandang diri kita,dan kita nilai diri kita. Out of topic-baca nama ‘mantot’ je,terus jadi blur sbb isu perempuan NIP yg elok bertutup pun dia x suka?kesian…
Part yang wajib bernikah di masjid tu first time saya dengar
hahaha….1st time ye..yess..kat kampung akak mmg tok kadi a.k.a pak imam kampung mmg tak mau nikahkan kat rumah. apa sebabnya?tok kadi kata tak mau tgk perkara2 mungkar kat rumah i.e pelamin , kugiran etc… tapi kalau kat kampung kami pakai mcm ni, mmg pengantin nangis masa nikah, bukan nangis sebab sedih dah jadi isteri org , nangis sebab kena tazkirah dengan tok kadi.
Kampung akak kat mana ye? Strict betul tok kadi. Harap masa saya nanti, takdelah kena ceramah camtu. heheh..
sebuah perkampungan felda di segamat..hehehhe..lebiy2 tak leh ckp..marah anak pak imam..mana tau dia follower blog awak ni..heheheh..kebanyakkan tempat di johor mmg depa suh nikah di masjid. lupa nak ckp, sapa nak iring pengantin wajib pakai tudung(perempuan la), lepas nikah tok kadi suh solat sunat, kalau pengantin uzur, dia suh duk luar, mmg ada pangkin khas kat luar..hehehhe..nampak strict kan..byk kebaikan. tapi mmg boleh mengelakkan pengantin jadi mcm gmbr kat atas…hihihihi
memang tak sepatutnya benda ni terjadi…
x patut macam ni..awal2 lagi si suami dah tanggung dosa si isteri.
malangnya mmg byk suami zaman skg sanggup nk tnggung dosa sebegini drpd sorang isteri…
BUat malu kaum perempuan jer.. Kalau pakai macam tu, baik tak payah masuk masjid.. x hormat langsung.. :(
Upsss sgt memalukan, saya yg perempuan memandang pun rasa malu yg amat. Peringatan utk sume kaum hawa.. Tutupla aurat.. Wajib.
butik2 yg sediakan service pn main peranan juga nak tetapkan pakaian pasangan pengantin..
igtlah dosa yg berantai…
erm, ariff dah nak kahwin ke?
Hahaha.. Tak pasal2 kena tanya soalan cepumas ni
Memang tidak kena dengan pemakaian pengantin perempuan. Rumah Allah ada adab yang perlu dipatuhi.
buat di rumah atau masjid kewajipan menutup aurat tetap sama. pemahaman agama sangat penting. sekarang nampak cuma agama semacam jadi budaya je.
Ia menakutkan agama disamakan dengan budaya. Ikut-ikutan tanpa memahami.
thanks for sharing bro..sekarang ni macam-macam fesyen pelik-pelik..harap-harap tak terjadi kat sy nanti..hehehe
ish dahsyat..memalukan perasaan org yg nmpk ni…
semoga lebih berhati hati
Perkara sebegini haris berhati hati agar tidak menjadi budaya… Selain itu kebanyakan artis yang mula bertudung tetapi bagaikan masih meneruskan cara lama dalam perhubungan juga harus di beri perhatian.
tok imam pun terkejut nih…
tiba-tiba meleleh darah dari hidung macam dalam manga jepun…
ahaks!
huh ? ? ?
ade ke camnie ?
tak pernah nampak lagi . hehe .
mintak mintak lah tak de . mungkin orang tuu terlupa satu kain lagi kot . hehe
wat kat rumah ajelah kalau aurat dedah sana-sini..patut tok kadi tu..ada lesen besar untuk tak nak kahwinkan diorang sebab tak tutup aurat. hoho..kalau aku tok kadi..aku wat gitu.
erk..tak penah terjumpa lagi gini..adoi…
huhu.. memalukan.. harap benda2 macam ni kena ambil sirius.. pelik, tak kan tak ada saudara mara yang tegur dari awal..
nampak sangat orang itu kurang peka atau kurang ‘ilmu’…memalukan kaum Hawa jer
tgk pd situasi, kedua2 aspek tu sbnrnya kurang teramat sgt
Alahai.
Sebab itulah kalau boleh nanti, majlis nikah tak nak buat di masjid. Mahu buat sahaja di rumah. Sebab kadangkala ada antara tetamu yang dalam keadaan hadas besar – masuk masjid tanpa bersuci terlebih dahulu. Tak termasuk dengan budak2 kecil yang kadangkala tak terkawal.
Lebih baik sahaja di rumah.
Sekurang-kurangnya apa2 berlaku, tak terbuka hijab pada khalayak umum.
Good thinking. Lupa nak highlight pasal budak-budak and part tetamu perempuan period tu.
Bila fikir balik pasal ni, betullah.. Elok buat kat rumah je majlis nikah ni.
Ini sangat lawak dan pada masa yang sama menghina rumah Allah.. tudung pakai tapi seolah tak pakai baju..
erk..serius ke dia pakai camtu?
hmm… saya pulak yg malu tengok pic tu. :(
Di rumah Allah pun dia sanggup berpakaian sebegitu, apatah lagi di rumah sendiri.
Harap semua dapat jadikan perkara sebegini sebagai pengajaran bila sudah tiba masa kita nanti..
pengantin lelaki dapat pakej dosa tunjuk aurat sekali untuk hantaran
Masjid adalah Wilayah Allah, oleh itu jangan sekali kali dipersendakan, betul kata ariff, kalau tak sanggup nak menghormati baik nikah di rumah jer
bukan stkt masjid je wilayah Allah, tapi sbnrnya bumi ni dan segala isi dalamnya adalah milik Allah. jd kita ni pon milik Allah. mmg ptt kita ikut syariat Allah selagi masih bernyawa, bukan stkt hormat waktu nk masuk dlm masjid je :)
pedas tapi benar.
ade kejadian, seorg kenalan saya nak masuk masjid putrajaya utk bantu menguruskan wedding di dewan putra, msjid putrajaya. tapi ditegahkan penjaga pintu kerana mengenakan blaus ketat separas pinggang, seluar jeans ketat dan mengenakan shawl nampak jambul.
disuruh memakai jubah pink kalau nak masuk masjid tetapi kenalan itu puas bertegang urat dgn penjaga pintu. nak ditegur pun serba salah sebab ada bau2 bacang.. tapi jauh di sudut hati saya, itu je cara yg terbaik untuk kenalan itu.
salah sendiri. sedangkan pelancong luar tahu menghormati tempat ibadah tpi org islam sendiri merosak kesucian tempat ibadah.
satu penghinaan yg sgt besar kepada rumah Allah.
inilah hasil didikan sekular di negara kita selama ini.
sedih…
Siapa la pengantin malang yang gambarnya ditangkap tu…hish..kena cegah kalau tak masjid kita akan jadi macam tokong..orang masuk pakai shirt kang..na’uzubillah