Sekitar Pelancaran HTC One @ Pavilion

Reading Time: 2 minutes
DSC_7660
Wakil dari pihak telco juga hadir untuk pelancaran HTC One ni. Boleh check website mereka untuk promosi

Saya telah dijemput untuk memeriahkan pelancaran rasmi smartphone HTC One di Malaysia yang juga diadakan serentak seluruh dunia hari ini. Majlis pelancaran telah diadakan di Pavilion.

HTC One X

HTC One X adalah merupakan smartphone pertama dengan cip pemprosesan quad core (empat teras). Jadi basically, phone ni adalah yang terlaju dalam pasaran sekarang. Saya dah try sendiri HTC One X tadi dan memang certified laju. Ni yang buat nak tukar phone baru nih..

DSC_7652
Not too big. Just nice
DSC_7651
Nipis. Body dibuat daripada polycarbonate. Bukan plastik biasa. Jadi takdelah nampak macam smartphone murah. Paling best, body phone ni kalis kekotoran.

Lain-lain feature yang perlu anda tahu:

  • 32GB memory
  • 1GB RAM
  • 8 mp camera
  • f2.0, 28mm lens
  • 1800 mAh battery (sepatutnya lebih tinggi)

HTC One V

HTC One V adalah alternatif yang lebih murah berbanding HTC One X. Mungkin sesuai sebagai second/back up phone atau untuk mereka yang tak memerlukan phone yang terlampau canggih. Feature dan teknologi masih lagi sama berbanding HTC One X, cuma spesifikasi teknikal sahaja yang berbeza.

DSC_7654
Smaller yet still very nice screen picture quality
DSC_7655
Tebal sedikit berbanding HTC One X

Tech specs:

  • 4GB memori (+ optional up to 32GB microSD storage)
  • 512MB RAM
  • 5 mp camera
  • 1500 mAh battery

 ***

Nak sangat dapatkan satu. Smartphone terakhir saya dah berumur lebih setahun setengah. Agak ketinggalan dari segi teknologi. Memang puas hati kalau dapat HTC One X ni.. Btw. Thanks HTC Malaysia for the invite.

What do you think? Buy or not? Kalau anda ada bajet sekarang dan mahu menukar telefon baru, nak beli atau tidak?


Posted

in

by

Comments

28 responses to “Sekitar Pelancaran HTC One @ Pavilion”

  1. arrizz Avatar

    dah tengok semua review dan test one x..king of android orang kata..tunggu dapat bajet nie, beli terus tanpa fikir panjang lagi, haha..

  2. fadzil Avatar
    fadzil

    Saya nak pi tengok. Sampai bila yer launching ni??

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      sampai esok bro. sempat lagi nak try sendiri

  3. aizatshafiq Avatar

    best2…for sure samsung galaxy s3 bakal menjadi saingan hebat…
    Price range untuk HTC One x tu berapa pulak ye?

  4. sha Avatar

    try lah HTC..mmg cun. both kak sha dan hubby guna HTC. senang…apa2 psl phone kak sha tanya dia jek…huhu

  5. pharmalif Avatar

    Itula. Nak beli ke tidak? satu persoalan yang aku tak dapat nak jawab untuk teknologi. Kalau aku beli, sekejap karang ada yg lagi masyuk keluar. Sebab tu aku tak tukar hp. hehe

  6. Ekspresi Ruang Avatar

    HTC skg sama hebat ngan Apple dan Samsung.
    kagum dgn kepintaran org Taiwan yg negaranya cuma sbsr Pahang.
    Acer dalam dunia laptop, HTC dlm dunia smartphone.

  7. Hasbul Aqill Avatar

    Saya diantara penggemar HTC Smartphones, sebab utamanya tak ramai yang guna di Malaysia. Jadi ada kelainan dan keunikannya dari situ. :D

  8. MK Kimi Avatar

    Mmg dah lama ngidam nak pakai htc ni. Bilalah nak merasa..tp syg pulak nk kat samsung galaxy nih ;) nak beli samsung aku? haha!

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      ada je buyer. try la letak kat forum mana2

  9. muazfaris Avatar

    lepas ni mesti smartphone akan start kuarkan quad core utk lawan HTC one ni.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      That’s for sure. Tak sabar nak tengok saingan pengeluar lain

  10. noorsyamsul Avatar

    Membeli mengikut keperluan bukan mengikut perasaan…

  11. KiD Avatar

    kalo ada bajet dan berkenan dengan function nya… sapu je… :)

  12. akubiomed Avatar

    Rasanya HTC ada buat contest dengan memberi Smartphone mereka yang baru di Facebook. Cuba masuk dengan membina slogan tapi tewas kepada pemain yang mempunyai ayat power. :-)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      ayat kena power eh? ingatkan ikut luck. tapi tak tau sangat macam mana nak join contest tu. tak jumpa detail

  13. azmanisma Avatar

    Beruntung lah..silap2 dapat free tu hehehhe..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      takdelah. tak dapat pun tadi

  14. AK Avatar

    Menarik handphone keluaran HTC, tapi aku tak pernah beli. Setakat hari ni dah pernah guna Samsung dan Sony Ericsson android phone, niat di hati nak sambar iPhone 4S pulak..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      sebelum ni memang kurang berminat dengan htc. tapi lepas tengok dan try sendiri htc one x ni, rasa macam nak je beli

  15. azriMy Avatar

    HTC invite je ke? tak bagi sebijik dua? Hehehe..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      invite je la buat masa ni. kalau dapat best gak

  16. Ibu Mifzal Arsyad Avatar

    wah..mmg canggih tul hp HTC..

  17. ProfHariz Avatar

    Perghh terbaik. Kalau saya tunggu sahaja Samsung Galaxy S3 :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      design htc one x ni cantik dah. aku tak rasa dari samsung boleh menang dari segi design

  18. KNizam Avatar

    mcm menarik. hehe :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      spec and performance wise, memang dah lebih daripada iphone4s

      1. Lawrence Vision Avatar

        Dah try guna iPhone 4S ke ariff? tengok spec je belum cukup. belum lagi bab apps. Kena tanya mereka yang dah guna sehingga 30 GB memory ada laging ke tak. Kalau iPhone setakat ini aku dah install sampai 30GB apps dalam memang langsung takda laging. Apapun aku bukan nak bangga dengan iPhone cuma nak semua tahu beza before & after install program. Ada smartphone bila test kat kedai pehh memang laju, bila dah start install apps mula la laging. Ada plak lepas install apps takleh run specially game bersaiz besar. Macam rugi kan kalau beli beribu tapi takleh install apps hebat2.Apapun aku peminat HTC juga cuma masih berpuas hati dengan iPhone yang digunakan sekarang. Itu sekadar pendapat k, bukan bangga diri.Ambil yang jernih buang yang keruh hehe.