Sekiranya Sudah Berkahwin

Dah sampai pun surat cinta ni walaupun starting gaji takdelah sampai nak masuk ke dalam golongan yang dikenakan potongan (gaji fresh graduate, masih taraf miskin bandar).

Memang sekarang gaji rendah. Tak taulah macam mana orang lain yang lepas ni. Kos hidup kat bandar meningkat berkali ganda setiap tahun; harga rumah dan seterusnya kadar sewa meningkat, harga barang mahal, harga kereta pun mahal dengan cukai yang terlalu banyak. Nak survive dengan satu pekerjaan bukan lagi sesuatu yang realistik. Kena ada side income untuk hidup selesa sedikit.

Cuma kurang faham apa kaitan cukai dengan dah berkahwin. Kenapa ye? Kalau dah kahwin dan tak bagitau LHDN dah kahwin, salah ke? Mohon pencerahan.

P/s: Kahwin? Relax dulu. Baru nak start keje 1 Ogos ni..


Posted

in

by

Comments

50 responses to “Sekiranya Sudah Berkahwin”

  1. nurkilla Avatar
    nurkilla

    Itu cuma prosedur biasa yg menunjukkan kita perlu buka/ada rekod dgn LHDN bila dah start ada pendapatan sendiri. Tp tak semestinya gaji pertama dah perlu ditolak tax sbb ia bergantung dgn kelayakan gaji kita. Once gaji dah layak dikenakan tax baru LHDN buat penolakan. Boleh juga start buat rekod dgn Pusat Zakat kalau nak kurangkan bayaran tax tetapi lebihkan pada bayaran zakat pendapatan kita.
    Selamat mengira nilai tax dan zakat :-)

  2. iAwani Avatar

    erm? saya dah lama bekerja sejak tahun 2003, tapi belum pernah lagi isi borang cukai, dan masih bujang buat masa ni. Tapi kena daftarakn juga dengan LHDN selepas berkahwin nanti.

  3. Zarul Umbrella Avatar

    Declare jer bro ..

  4. ohcikgu Avatar

    isi aje. bukan luak pun.

  5. Shidinar Avatar

    Bila isi borang cukai ada bahagian perlepasan (tolakan yg menyebabkan income kita jd kurang). Perlepasan yg m m nafkah isteri, anak ada effect antara bujang@kahwin. So pcb(potongan cukai bulanan) akan efect gak

  6. boni kacak Avatar

    bro.. kawin je dulu.. kita naik sekali jom..haha

  7. Ikhtiar Shah Avatar

    kalau kahwin 4 macam mana pula?cukai berganda?huhu

    mohon pencerahan~

    1. iAwani Avatar

      kalau kawin empat, amaun dicukai dari gaji akan semakin kurang, sebab tanggungan bertambah.

  8. ebizon9 Avatar

    Disamping membayar cukai pendapatan semoga tidak dilupakan untuk membayar zakar pendapatan yang wajib atas umat islam yang layak untuk membayar zakat. Alangkah bagusnya jika zakat dan cukai digabungkan cara kiraan dan cara bayaran serentak.

    1. halif Avatar

      Sebenarnya seperti saya, saya suka bayar zakat lebih (hampir sama dengan jumlah cukai yang sepatutnya dibayar), sebab lebih yakin kemana duit itu pergi. Bila bahagian yang bukan untuk orang Islam dari zakat tu, hanyalah sedikit. Lebih elok macam itu

  9. akubiomed Avatar

    Saya diantara yang layak untuk membayar cukai. Tidak perlu dibimbangkan walaupun tidak laya untuk bayar cukai tetap perlu declare. Bagi yang berumah tangga boleh membuat tafsiran bersama atau berasingan.

  10. halif Avatar

    Bila dah kahwin, seorang anak dapat pelepasan sehingga RM3k jika xsalahla, kalau dua tiga lagi banyakla pelepasan. Sampai sekarang, memang isytihar pendapat berasingan. Isteri lain saya lain. Tapi pelepasan anak saya amik, insyaAllah jika no.2 lahir, isteri la pulak amik pelepasan tu

  11. hatiputera Avatar

    kalau declare dah kahwin dan isteri tak bekerja kalau tak silap makin sikit bayaran cukai pendapatan sebab ada pengecualian sebanyak RM8000..maaf kalau salah.

  12. salfee Avatar
    salfee

    Slalunya pasangan yg dh bkahwin mmg dclare pndptan berasingan. Tp ada untngnya jgk kalo dclare combine income.. Cba study kalo kes cuma sorg(suami@isteri) shj yg layak utk dknakn cukai n pasangan x lyk, ada kelbhan x? Cer bca buku @ mjlah yg cite psl income tax kt msia..

  13. khydir Avatar

    Salam,
    1. Bg yg dah berkahwin, bila kita maklumkan kpd LHDN maka secara automatik no. Cukai pendapatan suami dan isteri akan sama kecuali no hujungnya berbeza. Cth:
    SG 123456789234 0 <—- suami akan berakhir dgn angka 0 manakala isteri akan berakhir dgn angka 1 bg isteri pertama, 2 utk isteri kedua & seterusnya.
    2. Pemberitahuan ini utk rekod LHDN cuma aliran pendapatan kita sekeluarga diorang boleh monitor dgn lebih baik.
    3. Penggabungan no. Cukai ini memudahkan utk suami atau isteri utk membantu satu sama lain dalam membayar cukai. Jika suami terlebih bayar cukai dan isteri kena cukai, boleh minta LHDN transferkan je lebihan kita utk bayar cukai isteri. Tak ada double handling duit.
    4. Tak perlu takut utk gabungkan no. Cukai pendapatan suami isteri kerana masa nak isi E-Filing boleh pilih samada nak buat taksiran secara individu atau secara bersama. Masa tu baru klik secara individu.
    5. Wajib lapor kpd LHDN setiap tahun walaupun pendapatan x dalam kategori kena cukai kerana apabila akan dtg kena, pendapatan kita yang backdated akan dikira. Masa tu mau terduduk kena cukai dalam RM20-50k kena setel.

    Selamat bekerja :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Terima kasih atas penjelasan yang terperinci ni Kydir. Baru faham sikit apa nak buat.

    2. ujam Avatar
      ujam

      setuju. sebaiknya daftar awal untuk cukai ni adalah bagus utk kita. saya mula2 masuk keja dah didaftarkan utk PCB (potongan cukai berjadual?) oleh pihak sekolah. waktu tu rasa mcm x puas ati je sebab tanya kawan2 kt sek lain x kena. tapi bila lihat sempai2 kat sek baru, kena potong back dated memg sgt byk, lagi x bagus utk belanjawan kita. masa mula2 tu kena potong cukai, bila ditaksir balik boleh refund semula. sekarang pon masih layak refund semula walaupun tak dapat 100% dah. lagi2 guna E-Filing, lagi mudah. menyesal tak guna dari awal lg. heheh.

    3. Ekspresi Ruang Avatar

      penjelasan yg sgt terperinci. saya pon dh daftarkan mcmtu. cuma blom dpt kepastian menyeluruh ttg relevan kahwin dan LHDN ni. until ada jawapan yg bernas seperti di atas :)

  14. Jejai Avatar

    Nak tahu kena kawenn dulu…hehe..ehem..ehem..bila niehhhh..hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      apa ehem2? hahahaha.. kumpul duit dulu.

  15. Fadzmie Avatar

    Kalau tak silap, untuk yang dah berkahwin, cukai individu digabungkan dari dua menjadi satu. Then ada options untuk tukar pembayaran cukai tersebut dengan zakat atau lain-lain. Kiranya cukai individu yang belum kahwin dengan yang sudah berkahwin ni ada perbezaan. Detailsnya nak kena tanya pakar (LHDN). Haha.

    Anyways, selamat bekerja, bro!

  16. namee Avatar

    kahwin ? rilex dulu ? sedih la Za kena wait . haha. joking joking.

    1. ika Avatar
      ika

      har har har…itulah…mak za dh bising2 dah.. :P

    2. Ariff Avatar
      Ariff

      biar dia tunggu :p

      1. ika Avatar
        ika

        -___-” so mean…

  17. Megat Azfar Avatar

    tak silap aku, pernah belajar statistic. kira cukai. Memang tak digalakkan gabung akaun isteri dan suami sebab gross salary nanti jadi besar, so banyak yg susah nak exempted.

    Nak untung, buat anak lebih. banyak exemption. hahahaha

    1. penggali_kubur Avatar
      penggali_kubur

      Nak untung, buat anak lebih. banyak exemption – adoyai…haha

      1. Ariff Avatar
        Ariff

        adoyai.. lemah lutut kalau anak banyak sekarang ni.. yang tu jauh lagi in the future

  18. Shahrul Avatar

    Selamat melangkah ke alam pekerjaan…

  19. elyanayazmin Avatar

    kalau tak silap la.. kalau kita dah berkahwin pakai satu akaun cukai je laki bini.. takyah cukai dua2.. kalau takmo yang ni bayar zakat.. eh.. rase betul dah.. ni income tax kan? ahahaha.. kalau salah mohon betolkan

  20. Hanif Avatar

    Sama baya rupanya. Tahniah da dapat surat tu.
    Setakat ni tak pernah dapat lagi surat camni.

  21. Izwanyusof Avatar

    memang dah kerja kena bayar cukai ke? bukan pendapatan melebihi satu amaun baru kena cukai. kurang jelas..

    1. life4hire Avatar

      ramai salah paham nii sbnrnya….walaupon gaji tak cukup nilai utk dikenakan cukai….kita mesti ada no cukai & isi borang cukai setiap tahun….

      bermakna kita kena declare income kita & berdasarkan perkiraan, baru dikenakan cukai atau tidak….

      bukan sbb gaji kita tak cukup utk nilai dicukaikan tak payah isi borang cukai…tak declare income leh dikenakan tindakan undang undang

      1. Hanis Avatar
        Hanis

        Kiranya, kita sendiri kena daftar dengan LHDN atau kena tunggu surat daripada mereka?

        Saya pun memang tak tahu apa-apa pasal cukai ni. Bila tanya ayah, ayah kata kalau gaji di tahap sekian-sekian, nanti dapat la surat LHDN.

        Macam mana?

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          Rasanya saya ada register kat website LHDN, tapi tak ingat betul-betul register ke tak hari tu. Mungkin sebab ada account bisnes sendiri, diorang boleh nampak income?

          So memang tak pasti macam mana surat tu sampai

          1. ujam Avatar
            ujam

            rasanya betul la tu. pernah baca pasal red mummy di datangi org LHDN? jadi sebaiknya apa2 income tu simpan resit2 yg berkaitan.
            http://redmummy.com/2010/08/05/rm-is-audited-by-lhdnincome-tax/

  22. Myra Jay Avatar

    Bila dah kawen ada pelepasan, jadi rugi la kalau tak ‘declare’ kat LHDN ;)

    Takpe kalau dah ada yang berkenan kawen je, rezeki lagi murah lepas kawen ni tau :D

  23. wanabe Avatar

    rumit juga mula2 nak paham..tapi jgn risau la..cuma untung kalau da kawin dan ada anak ini banyakla pelepasannya..tapi tuela kalau boleh jgn combine la ngan isteri punye cukai pendapatan isteri..sebab rugi..ramai yang cakapla..hehehe..

  24. Bro Framestone Avatar

    Jangan tanya bro

  25. Lord Zara Avatar

    Aku dah dapat juga surat ni awal2 :)
    Tapi belum start potong lagi. Gaji aku belum sampai tahap perlu bayar cukai. Tapi, aku ganti dengan bayar zakat pendapatan (Mak aku ajar aku since tahun pertama aku kerja)

    :)

    Selamat memulakan alam pekerjaan Ariff :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kena belajar daripada orang berpengalaman macam ko pasal cukai ni. Knowledge aku zero

  26. topo Avatar

    puas aku dok senget-senget kepala nak tengok surat ape tu -.-

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      haha. saje nak kenakan orang

  27. Denaihati Avatar

    dalam borang LHDN tu ada perlepasan untuk isteri dan anak-anak jadi kalau tak inform tak dapatlah perlepasan … banyak juga tu

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Begitu rupanya..

    2. xxxTOP Avatar
      xxxTOP

      & kalau dah kahwin, kita boleh pilih utk terus guna self assessment or tukar ke combine assessment . tapi, combine ni rugi sikit sbb reliefs yang boleh ditolak tu limited compared to self assessment .

      1. life4hire Avatar

        ni lagi satu benda bengap….mmg org takkan combine income bila isi borang cukai pasal pelepasan individu lain2…kalau diorang tak nak gandakan pelepasan cukai kalau combine….baik tak yah buat combined tax assessment….buat single2 jer sudah…

    3. nurmisnan Avatar

      Betul tuh.. lagi satu bila dah daftar LHDN bil2 majalah + surat khabar
      boleh claim kot.. setahunlah kena tunggu baru claim..

  28. faizalPj Avatar

    loh ingat dah keja..keja katne..tak tau plak pasal cukai2 nieminta pencerahan juga

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kita tunggu komen daripada pembaca lain