Aku cukup marah kalau ejaan perkataan yang dah sememangnya betul dalam bahasa Malaysia ni memandai diubah oleh segelintir blogger yang malas nak rujuk kamus. Aku tinggal berpuluh ribu kilometer dari Malaysia, kamus pun takde, tapi aku guna Khidmat Nasihat DBP sebagai rujukan. Benda ni aku dah nampak dari awal aku berkecimpung dalam arena blog bahasa Malaysia ni. Ada blogger yang memang tak pernah #fail merosakkan perkataan “sekejap” menjadi “sekejab”
Macam mana boleh jadi begini? Semuanya sebab sikap tak professional segelintir editor dalam media massa sekarang. Nama je editor di syarikat akhbar harian bahasa Malaysia, tapi mereka gagal menggunakan bahasa yang betul. Kesannya, orang lain pun terikut sekali.
Perihal bahasa jangan dibuat main. Nak jadi bangsa Malaysia, buktikan dengan keupayaan bertutur dalam bahasa Malaysia. Di Indonesia, semua orang bertutur dalam bahasa Indonesia, sesuatu yang patut kita pelajari daripada mereka.
“Jab” adalah perkataan dalam bahasa Inggeris. Jadi bilamana aku ternampak orang guna ejaan “sekejab” perkataan tu dah jadi lain bunyinya kalau disebut. “Jab” membawa maksud tumbukan lurus ke hadapan. Rosakkan bahasa Malaysia, kau nak kena tumbuk ke?
Dan hujah orang bodoh adalah, mereka akan mempertikaikan bahasa pasar yang aku gunakan dalam blog aku. Bahasa pasar adalah bahasa perantaraan harian untuk memberikan lebih keselesaan kepada pembaca kerana bahasa baku seringkali dikaitkan dengan formaliti walaupun pada asalnya, tidak. Apa yang lagi keji adalah menggunakan perkataan yang salah ejaannya untuk bacaan orang lain.
Selangkah demi selangkah. Semoga martabat bahasa Malaysia dikekalkan.

Comments
43 responses to “Sekejab.. Sekejab.. Nak Kena Tumbuk Ke?”
seharusnya, DBP kena bertegas. kita tak boleh biarkan maruah bahasa kebangsaan tercalar dengan sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bahasa kebangsaan… kalau bukan kita yang nak jaga, siapa lagi?
Dahulu,5 hingga 6 tahun lepas,aku pernah bersuara kepada guru Bahasa Melayu ku.
Apakah ejaan ahli sukan (atlet) yang sebenar.
Utusan:Atlet
Berita harian: Atlit.
Sakit hati okay.Akhbar pun salah eja.Aishh
kalau ikut aku belajar, atlet. Entahlah. Patutnya DBP kena lagi tegas dalam hal ni. Ni senyap je.
Yeah,atlet sebenarnya.Tension gila.Sudah lah peperiksaan akhir.Sekali jadi macam itu.Akhirnya,aku jadi best student bahasa melayu,keh keh keh
kena jab sebijik..kena bawah dagu..leh pengsan seminggu. haha..
tadi aku tulis panjangggg.
aku delete.
lepas tu aku tulis panjang.
aku delete.
kali ketiga aku tulis. pendek.
kenapa?
letih.
hehehe.. banyak yang nak diperkatakan ni..
Bagus kalau kita memertabatkan bahasa kita sendiri..
Setelah 54 tahun kita merdeka, bahasa sendiri masih tak ke mana. Itu sebabnya kita masih tercari-cari identiti bangsa 1Malaysia.
emm.. bagus untuk memberi kesedaran ni..
ada yang lagi teruk guna bahasa sms.. susah btul nak paham. macam tulis surat rahsia lak..
.
ni budak2 sekolah la ni yang guna bahasa sms…
Budak baru nak up memang eja macam tu lah.. sengal je bunyinya.. huhuhu
tumbuk je..haha
kuno betul
word of the ancients :D
lagi pening kepada baca karangan pelajar sekolah..haha..
tu tak kira yang ew, yg separuh2 ckp..pening…
eewww tu lagi menyakitkan hati, kalau setakat silap ejaan berdasarkan sebutan aku boleh terima lagi, ni yg pesen saja eja agar bunyinya agak mengada2 minta penampar jer aku rasa…
hahaha…bawak bersabar..hehe
sebab tu lah jarang baca akhbar…hahaha
patutnya bila menjadi saluran media, benda kecil macam ni kena jaga.
Patutlah sewaktu tengok tajuk entri ini semacam je, rupanya ada yang salah. Banyak yang keliru dengan perkataan sekejap dan terima kasih moga ramai yang peka terhadap kesalahan penggunaan perkataan ini.
Kalau nak lagi parah boleh sahaja di berimaksud sekejab tu iaitu “aku tumbuk kau sampai berdarah”… hehehehe
aku teringat si tomok ler. dia selalu tweet sekejab sekejab T________T
bahasa jiwa bangsa. kita blh baca tahap pemikiran seseorang melalui tulisan masing2
kadang2 mungkin ade yg kompius dan tak sengaja.. aku pun kadang2 silap gak.. hehe..
contoh..
tanggungjawab atau tanggungjawab
lembap atau lembab
tumbuk je sebijik dua!
alamak. betul ke penggunaan bahasa aku tu. heheh
Amin.
banyak lagi sebenarnya penggunaan bahasa yang salah seperti mertua (sepatutnya mentua), tauladan (sebetulnya teladan) dan merbahaya (berbahaya). Yang peliknya agensi kerajaan sendiri yang buat salah.
EN. Tarmizi – saya setuju dangan pengguanaan mentua atau mertua kerana perbezaan sebutan yang nyata, diharap pihak DBP memberi perhatian terhadap masalah tersebut. “Tauladan” adalah perkataan yang biasanya digunakan dalam puisi atau cerpen manakala “Teladan” digunakan secara meluas. Merbahaya atau Berbahaya adalah tidak salah.
apa yang aku perasan, bahasa melayu yang di gunakan si singapura lebih baik dari Malaysia, contohnya saluran Suria untuk tv singapura, bahasa melayu dia lebih bagus dari sesetengah pengacara TV3.
;p
Biasalah. Apabila semakin kehilangan, barulah nak dihargai.
memartabatkan bangsa dengan memelihara bahasa..
blog kalau semi-personal tu kira bercerita,gaya penyampaian yang santai lagi senang nak baca dan faham..
hahaha… baca entri ni dapat pelajaran baru tentang perbendaharaan kata english..
aku ingat typo tadik..rupanya ada cerita..hehehe
Kredibiliti media massa skg dah takde apa nak dibanggakan.
– kesahihan sumber? boleh dipertikaikan.
– berita tabloid? tiru blogserius je banyak berita2 pelik dalam tu.
– putar belit? sudah tentu!
– berat sebelah? semua dah tahu.
– sekarang, penggunaan bahasa lak.
apabila bangsa sendiri tak hargai bahasanya,inilah jadinya..seboleh mungkin nak eja mengikut kehendak hati sampaikan merosakkan bahasa..
hehe bahasa blog dan bahasa media lain tak boleh sama…blog harus santai…
blog nak kena SEO.hehe…gurau je…
“Dan hujah orang bodoh adalah, mereka akan mempertikaikan bahasa pasar yang aku gunakan dalam blog aku”
biasa ni bro.diorang bukan nak mengaku salah pun.kalau salah pun diorang kata diorang betul.jangan layan sangat mamat2 macam ni…
ini la namanya bodoh sombong. x reti tapi x nak belajar. kalau perkataan2 shortform boleh diterima pakai lagi, tapi kalau dah ubah terus memang rasa annoying. tapi, bahasa perantaraan seharian tu kira kategori lain la. :D
ya bahasa menunjukkan identiti bangsa..
bahasa melambangkan bangsa…