Sejak Bila Malaysia Ada Musim Sejuk?

Reading Time: 2 minutes
Kat Moscow dulu budak-budak suka beli jaket yang ada bulu kat hood, supaya snow tak masuk bila pakai hood

Kadang-kadang rasa nak tergelak bila masuk shopping mall kat Malaysia ni – pakaian yang diorang jual saling tak tumpah macam koleksi yang dijual di Moscow dulu. Ada ke patut jual jaket & cardigan tebal-tebal kat sini? Memang tak masuk akal.

Regional manager diorang ni tak tahu ke yang kita ni terletak di garisan Khatulistiwa? Ini penerangan wikipedia tentang lokasi Malaysia ni:

Iklim Malaysia mempunyai suhu yang hampir seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Angin pada amnya lemah. Malaysia yang terletak berhampiran khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung, meskipun pada musim kemarau teruk. Malaysia juga jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari kecuali pada musim monsun timur laut.

Secara peribadi, saya dah macam bosan bila tengok kedai-kedai dari Eropah ni market koleksi “Fall-Winter collection” mereka. Sejak bila Malaysia ada fall winter ni woi? Oklah, mungkin sebab origin kamu dari Eropah, jadi tak boleh tidak nak masukkan jugak collection tersebut dalam inventori tapi tak payahlah sampai bawak jaket/hoodie/cardigan tebal-tebal tu kat sini. Tak pernah laku punya.

Pernah tengok sesiapa pakai jaket ni dalam komuter? Atau tengah tunggu bas RapidKL? Kat Moscow dulu normal la. Kalau ada, snap gambar and I take back what I’ve written here.

 


Posted

in

by

Comments

41 responses to “Sejak Bila Malaysia Ada Musim Sejuk?”

  1. ohcikgu Avatar

    betul juga. bilalah agaknya nak pakai baju tu kalau beli nanti..

  2. akubiomed Avatar

    Mungkin untuk mereka yang melancong ke luar negara kot.

    1. mooven Avatar
      mooven

      yup. mungkin mereka yg nak ke luar negara. namun dari pemerhatian, beli di luar negara adalah lebih murah, tidak?

  3. KNizam Avatar

    ada jugak yang beli sebab nak bawak pi winter season kat luar malaysia kot :)

  4. Juan Avatar

    baju sejuk tipis biasa la, kalau tebal mcm dlm gambar serius aku x beli, pelik jer, sebab bukan suasana malaysia pon

  5. beckhr00y Avatar

    aku rimas pakai jaket tebal2 macam ni, jaket biasa pun pakai kadangkala je

  6. arrizz Avatar

    jaket2 tebal macam kat atas tue sangat praktikal untuk aku sebab aku suka tido bawah kipas tiap2 malam..rasanya sangat comfy..haha

  7. titan Avatar

    biasalah tu. diorang nak gak merasa..haha..

  8. fadzly Avatar

    mmg pelik biler tgk byk kedai esp dr europe or us yg jual fesyen fall/winter ni…pastu tu kain jual lak jns nylon.. cuaca kt malaysia ni yang sesuai cotton je….lawak tol la…setakat sweater tu ckp la kalo nak jual pun..org yang pernah keje or study kat neg 4 musim pun tergelak tgk kedai2 jual koleksi fall/winter ni sbb tak sesuai langsung ngan cuaca malaysia…hahahaha

  9. boni kacak Avatar

    nak kata dorang tak buat kajian , rasanya tak mungkin.. hahah.. memang pelik

  10. cmratu Avatar

    Musim hujan + banjir ada la.. kalau nak tgk pakai macam tu kat bukit tinggi boleh jumpa kot.. :)

  11. Sara Avatar

    Tiada sempadan dalam fesyen. Fesyen eskimo pun kalau glemer org sanggup pakai di panas terik Malaysia ni. :)

  12. IQueen Avatar

    Nak pegi Korea next Feb 2013. MENCARI CARI LATEST LOOK & WINTER COAT…nasib baik Zara & Top Shop Jual Fall/Winter collection now IN KL.. THANK GOD! :)

    Dear, please read Tourism Malaysia Statistic rakyat Malaysia travel to Europe country & Beijing on Nov – Jan every year… you will be surprised..Kalau had kan product according to region.. so beras shouldn’t be exist di Alaska, at all?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Well that’s a bit exaggerating but the way I see how many shops selling those stuff, it’s a bit excessive. Don’t know about u though

  13. ika Avatar
    ika

    Eleh mentang2lah study in Moscow pfft. Balik sini complain je reti..kemain lagi. Suka hatilahhh nak pakai baju tebal…

  14. Fuza Marquis Avatar

    What a great thought! But i think itulah Malaysian. Berfesyen tanpa had sempadan negara. K-Pop, Korean thingy, ala-ala mat salleh.

    And the end bila kita tegur, melenting lah mereka.

  15. Fauzi Avatar

    Nie market utk org2 malaysia yg nak travel ke oversea kot… time ni la dia org shoping baju sejuk, bukan untuk pakai di Malaysia, untuk pakai time dia org kat sana…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Sebenarnya kan kalau ye pun nak shopping untuk ke sana, winter apparels kat sana lagi murah and more variety.

      1. hafez Avatar
        hafez

        maknanya, dah sampai sana baru beli ker? ahaks

  16. hazman aka species1980 Avatar

    Skang nie dah masuk musim tengkujuh bro… stailo gak pakai baju cenggini….instead of sweater biasa….

  17. miss meen Avatar
    miss meen

    Mungkin utk org luar…
    Mungkin juga utk persedian ke negara luar..
    Mungkin juga utk koleksi peribadi
    Mungkin juga sj utk tunjukkan Malaysia nia universel
    Hihi byk kemungkinan…hihi

  18. Feezaaaa Avatar

    LOL then kau patut datang sini arif, er one of the local university, yang student dia memanjang suka pakai ala-ala musim luruh punya collection, on a hot day kot. winter attire so far tak pernah lagi aku tengok. tapi yang pakai jaket ala ala fall tu bersepah. aku yang lencun sebab berpeluh pun takut tengok dorang pakai berlapis-lapis tebal.

  19. cahayanur Avatar

    baju sejuk tu jual sebab org nk gi overseas kan. knlah beli siap2..

  20. wanG Avatar

    senang utk beli pakaian for last minute overseas travelling…hehe..

  21. tarmizishukri Avatar

    senang kot kalau kot2 nak pegi kat luar negara yg time tu tengah bersalji, beli awal kat sini, xkan smpai sana baru nak beli, beku dah rasanya… :)

    1. hafez Avatar
      hafez

      aku juga terfikir mcm tu. sebab pernah berlaku pada diri aku juga.

  22. Puan Bardboo Avatar

    mungkin diorang target untuk orang beli yang nak bawak pakai masa pergi luar negara kot…

  23. hisham Avatar

    kalau di Kelantan memang ada rasanya…sbb kelantan akan hujan berhari-hari bila sampai hujung tahun.. mula-mula berhijarah ke sana agak pelik… sekarang dah biasa… memang sejuk..kalau masuk office tak perlu bukak aircond..

  24. Shahrul Avatar

    tapi ada jugak yang beli rasanya hahaha

  25. donnyien Avatar

    Malaysia sekarang musim hujan so elok pakai jaket tebal2

  26. NoktahHitam Avatar

    Ini utk orang yg kot2 nak pergi obesi.. kene la beli baju tebal skit. kt aussie panas gilos

  27. Avo Avatar
    Avo

    Kannnnn….. hari tu pergi Uniqlo dgn harapan nak beli baju baru sbb saya minat dgn baju2 musim autumn ni. Masuk2 semua jaket tebal lah, sweater tebal lah. Aduh..

  28. Ekspresi Ruang Avatar

    mungkin dgn iklim yg xmenentu skg ni, dunia pon makin tua, kiamat pon makin dekat, maka manager2 ni membuat predicition salji akan turun di KL. huhu

  29. Fakhrullah Roslan Avatar

    Nak travel kott..hurm

  30. Azah Avatar

    beauty is pain… haha

  31. Dawaihati Avatar

    Seperti di Indonesia, banyak yang membeli karena untuk fesyen semata

  32. Derok Avatar

    kalau orang malaysia pakai, mungkin sekadar mengikut fesyen atau dia seorang “mangsa fesyen”,atau dia seorang artis yang mahu buat persembahan…atau dia seorang penunggang motorsikal..

  33. aslam Avatar

    kat malaysia mat saleh datang kalau boleh nak berbogel sebab suka panas. hehehe. Org malaysia pun tidak kurang ada yg suka ‘berbogel’.

  34. hayat haniza malek Avatar

    hihihi , kelakar la , tapi ada je orang pakai sekarang ! :)

  35. azriMy Avatar

    hahaha, tau xpe… rasanya yang beli pun cuma orang2 yang nak get ready utk fly oversea je.. tu pun tak ramai

  36. beliamuda Avatar

    Musim sejuk apa sekarang ni. Selalu hujan je ni. Haha~

    ps: Ada jugak yang beli sekadar fesyen ni…