Sehingga Kita Bertemu Lagi

Reading Time: < 1 minute

Entri ni adalah dijadualkan dipublish pada jam 2.00 pagi 15 September, masa tu aku dah dalam kapal terbang ke Dubai. Transit kat sana 4 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Moscow.

Masa aku pulang untuk cuti musim panas hujung bulan Jun hari tu, aku tak pernah jangka kehidupan aku akan berubah. Aku pulang sebagai seorang blogger biasa, takdelah popular mana pun cuma mungkin blog aku ramai sikit yang membacanya. Terus terang aku cakap, macam-macam berlaku dalam hidup aku ni dan ianya berlaku atas identiti aku sebagai seorang blogger.

Aku berkenalan dengan ramai orang. Aku buat ramai kawan. Ya, sejak pindah USJ tahun lepas dari Melaka, kawan aku tak ramai kat kawasan KL/Selangor ni. Sekarang, kenalan dan rakan merata. Hampir kesemuanya blogger.

Dalam ramai-ramai kawan tu, ada yang jadi rapat. Jadi BFF. haha~ Oklah tu kan. Kamu tahu siapa kamu.

Dan ada yang menjadi teman istimewa.

Terima kasih kepada semua. Sesiapa sahaja kamu. Terlalu banyak untuk aku senaraikan di sini. Terima kasih kerana menjadikan percutian aku tahun ini sangat bermakna. Yang pasti, aku akan rindu korang semua.

Pantun ni untuk korang. Adapted from Puteri Gunung Ledang The Musical.

Belayar berbelok-belok
Sauh dibongkar ditempat tenang
Yang tinggal hati tak elok
Yang pergi hati tak senang

Bila sampai masanya, kita akan bertemu..

2010/2011 Premium Sponsor

P/s: Kepada kawan baik yang bertanya pukul berapa flight aku, sorilah aku tak bagitau. Ada yang sudi menghantar, tapi aku terpaksa tolak. Sorry sangat-sangat. Ramai-ramai nanti aku touching lebih-lebih la. Kalau ikutkan aku nak suruh family aku hantar sampai KL Sentral je.. Jangan ambil hati ok.


Posted

in

by

Comments

39 responses to “Sehingga Kita Bertemu Lagi”

  1. PoJiePooH Avatar

    Selamat meneruskan perjuanganmu Ariff
    Sehingga bertemu lagi..
    Ingat Pooh ingat PojiePooh tau :)
    Pojie akan sentiasa menjadi pembaca setiamu..
    Take care…

  2. rashid Avatar

    Blogger memang mudah mendapat kawan…mungkin suatu hari nanti kita pun bertemu…

  3. sha myheart Avatar
    sha myheart

    Selamat meneruskan usaha murnimu, Arif.

    Selamat berjuang di bumi ‘Neraka Beku’ tu.

    Nice to knw u. :-)

  4. nursarah puteri biru Avatar

    just nk ulang blk tajuk entry tuh..

    “sehingga kita bertemu lagi..”

  5. eyra Avatar

    i just want to smile. (^________________^) happy 4 u.

  6. cuit Avatar
    cuit

    seronok bace blog ni…
    selamat merantau kembali…
    cuba la cuit saya.. http://cuitsaya.blogspot.com/

  7. Nabiel Avatar

    see u again riff..heeee~
    ko ade perhitungan bowling ngan aku nie..
    amcam?nk aku pi moscow ke?lalala

  8. mijie Avatar

    semoga perjalanan bro selamat dan sampai ke moscow tanpa sebarang masalah

  9. Piratz Avatar

    baru plan nak anto ko sampai pintu kapal..

  10. syahril hafiz Avatar

    tunggu balik nanti..hihi

  11. madlut Avatar
    madlut

    saya pengikut baru blog ini…selamat jalan bro!!..semoga selamat sampai

  12. SyimaSyaz Avatar
    SyimaSyaz

    just now…my frens plan nak pegi moscow jumpa adik kat sana… kalau tidak kerana my big day around next year…. mungkin dpt jejak kat sana…to bad!

  13. saffrina|anirffas Avatar

    selamat sampai ea ! :)

  14. abangensem Avatar

    all d best bro..

  15. eyriqazz Avatar

    nice meeting n mengenalimu bro walaupun sempat sekali je jumpa n ckp face to face..bro memang cool…balik nanti mb boleh jumpa lagi dan InsyaAllah, akan eden joini gathering gengbloggers

  16. Noridah Avatar

    dah balik moscow rupanya….
    semoga berjaya di sana..

  17. ENCIK TIKUS Avatar

    jangan lupa update blog dekat sane yeaa ;)

  18. Irsalina Avatar

    Have a safe journey, enjoy your study and keep on blogging…

  19. Anip Avatar

    semoga selamat sampai..amin

  20. zikeryhassan Avatar

    jaga diri baik baik bro. selesaikan perjuangan yang belum selesai tu k. semoga kau terus kuat

  21. cidut ciput Avatar

    owh mcm sedih pulak even saya baru kenal kamu dan kamu tak kenal saya..
    huhuhu~~
    nway,selamat belajar kembali..semoga baik penghabisannya..
    *akan sentiasa menantikan cerita baru kamu ;))

  22. ciktponk Avatar
    ciktponk

    ouh! selamat lembali ke Moscow =)

  23. afiq aiman Avatar
    afiq aiman

    lol dah ke sana rupanya…thanks sebab dah bantu aku menjayakan blog berhostingkan dot com sendiri ye ariff…selamat kembali ke sana…belajar elok2

  24. klcitizen Avatar

    semoga selamat tiba dan selamat menghabiskan pelajaran

  25. Lord Zara Avatar

    ariff, tak dapat jumpa kamu~
    tapi takpe, dapat berbual dengan kamu pun dah cukup baik kan?

    =)

    jaga diri kamu baik2~
    :)

  26. atreyu strange Avatar

    Ariff, if nak contact your loved ones here in Malaysia on a cheaper rate, try using iTalkWhoa.com. Sign up, get the normal iTalk prepaid number and enter it in the portal, and call any fixed/mobile lines here in Malaysia (using the portal) at your usual LOCAL rate. Not the rate btwn Russia and Msia.

    The difference btwn Skype calls and iTalkWhoa calls? You make Skype calls to another desktop user. If you want to call mobile, you’re charge using international rates.

    iTalkWhoa.com – you don’t make calls to desktop users, but to their handphones/land lines directly. And cheaper because it uses LOCAL rates NO MATTER WHERE YOU ARE in this world.

  27. mrnamie Avatar

    sehingga berjumpa lagi… Belajar elok2 bro.. :)

  28. zool Avatar

    Selamat berjuang .. Teruskan mencapai cita-cita..

  29. joegrimjow Avatar

    3 kali jumpa. hehe, best2. nanti pulang berkhidmat untuk rakyat malaysia ya
    =)

  30. Ain Avatar

    semoga selamat semuanya.
    amen.

  31. JAI Avatar

    All the best bro..lom berkesempatan ketemu..

  32. ciput Avatar
    ciput

    take care ariff..wishing you a very good life there, dan selamat hari raya! =)

  33. jack Avatar
    jack

    wish u luck. u do well in ther orait

  34. fazidahaziz Avatar
    fazidahaziz

    kembali nya ariff shah ke gelanggang…smg impian jadi kenyataan…

  35. sha-na.szied Avatar

    alhamdulillah..moga slmt sampai abg arifshah!

  36. Faradiba Anuar Avatar

    Terima kasih untuk segala bentuk bantuan dan pertolongan.
    Tuhan saja mampu balas.
    Jaga diri. Jumpa lagi.

  37. syafiqah Avatar

    nak balik moscow da ek??
    pape pon hope selamat sampai ke destinasi yg di tuju okey..

  38. denaihati Avatar

    Jauh di mata tapi dekat di Facebook dan twitter…