
Hari ni join tournament laser tag anjuran Oh! Media di Laser Warzone IOI Mall Puchong. Dekat sangat IOI Mall ni dengan USJ. Memang noob sebab tadi hampir tersesat. Anyways, kalau dah dekat dengan rumah, bolehlah selalu nak datang.
Event ni adalah event tertutup, tapi in the future pihak Laser Warzone ada planning nak buat event besar-besaran bersama blogger. Jadi kalau sesiapa berminat nak join next event, bolehlah menyatakan minat anda.
Main tiga game tadi. First game sebagai warm up dengan format one shot kill. Simple je. Tembak semua orang. Dapat kumpul mata kedua tertinggi.


Berbeza dengan laser tag kat Moscow dulu, equipment kat sini semua baru lagi. Memang sedap. Kalau kat Moscow, senapang dia bukan automatik, maksudnya kena tarik-lepas picu untuk tembak orang. Kat Laser Warzone, tarik je. Tembakan keluar non stop. Macam main CS.
Untuk game kedua dan ketiga, kami dibahagikan kepada dua team dengan format permainan normal iaitu three shot kill. Strategi mudah untuk game macam ni, camping dan bergerak dalam team. Duduk sorang-sorang confirm kena makan.
Bersama Yana Nanako

Dengan bangganya nak bagitau, saya berjaya mengumpulkan mata tertinggi dalam team untuk kedua-dua game yang juga dimenangi oleh team saya. hoho..
Key untuk mengungguli game ni senang je, relax. Kalau kelam kabut, tembak pun entah ke mana, kena tembak pun banyak. Walaupun main dengan relax, tapi penat beb. Jangan ingat main laser tag ni tak memenatkan. Berpeluh jugaklah walaupun hanya 10 minit main setiap game.
Patutnya minta pihak Laser Warzone hadiahkan lifetime membership pada saya sebab dapat kumpulkan markah tertinggi tadi. haa.. boleh tak? Boleh la.. XD Senang nak pegi sana selalu, then jadi otai kat situ. Macam Barney Stinson dalam How I Met Your Mother. haha!
Apa-apa pun, had a great time. Thanks for the invite. Yang join tadi Khai & friends, Deen HotFm, Acul, Een, Bro, Iera, Yana, Shibli, Amirul dan Amanz. Kalau sesiapa nak team mate yang hebat, bolehlah sponsor saya untuk berada dalam team anda nanti.
More info: Laman rasmi Laser Warzone & Facebook Laser Warzone.

Comments
42 responses to “Sehari Menjadi Jaguh Laser Tag”
wahhh nampak best dan yg penting tak sakit macam main paintball !! hehehe..hubby akak suke game game gini…huhu
first time tau pasal laser tag ni mas tgk HIMYM..teringin nak main. rm20 ek utk 10 min?
Gambar dengan bro xde…
Majuk
sejak bila bro pandai merajuk ni..
Game nie memang sempoi bro… pernah sekali join tournament diorang kat I CITY tahun lepas… geram bila nak tunggu lampu activate lepas kena tembak kan
still mantap lagi score aku walaupun tak leh lari sangat sebab kuku kaki tercabut dan hamstring pulled. lepas ni kita kena anjur laser tag secara besar-besaran ni.
itulah. kalau dapat besar-besaran baru seronok
first time aku main lasertag ni. penat gile kot walau 10 minit
Boleh buat blogger team nih..acara tahunan ok gak.
laser tag?first time dengar tau..info baru juga ni bagi saya..kalau paint ball tu tau la..hehe
Teringin sangat nak main :(((
Haha memang best… thanks guys! Ariff ko mmg bahaya.. silent killer lol
haha. good game bro. kaki aku still lenguh lagi pagi ni
Shibli dah kantoi muka kat broframestone fb, uncensord sudah der haha
uish, tak pernah main permainan ni. macam best je.
Ariff kim salam dengan Nanako haha.comel.
Saya tidak hairan kalau bro boleh score sebab pengalaman menembak di Moscow banyak membantu.
Nasib baik tidak ada acara tembak ala-ala koboi untuk siapa paling pantas membidik pistol :-)
macam layan je bende alah ni.. lain kali buat hari minggu.. senang nak pegi.. buat hari keje memang susah sikit sebab nk fokus pada keje.. hari minggu bleh bersenang lenang sikit..
aku layan airsoft jer..hehe
airsoft? apakah
Bro… gua lihat gamba deme ada iras2 irfan khairi masa gambar pegang rifle tu. Irfan khairi jutawan siber.
ada ke? baru first time orang cakap camtu
SWo ni kira kau ler paling kacak dalam game tuh.. dasat gak ekk
Asal Amanz kacak semacam jer.. itu jambang kasi bikinlah…
wah mcm best je tempat ni…nak try sekali ni insyaallah
nanti kalau ada untuk blogger saya bagitau. main ramai2 baru best
ah bagus tu…nak sgt jumpa shibli ngan khai tu hehehe..nnt inform awal2 kalau ada..tq bro
main dekat icity pon best :) by the way barney stinson memang awesome :p
next time kamu boleh try main dekat icity ;)
yang kat icity tu dah tutup. Ni la diorang pindah ke IOI mall
oke, memang nampak best.. wajib try ni :D
apa beza ketara dengan paint ball??
beza ngan paintball? lagi murah. paintball kena beli pellet beb. laser tag guna laser je. bersih.
eh kenapa u nampak makin gemuk?eh silap.makin berisi?hehe
aaaaaaa….
Mana tak berisi, masa kat Penang hari tu keje si Ariff ni makan tido, makan tido, makan tido usha aweks..
Perghh!! Pemenang la nih yer.. Tahniah..
hehe.. boleh la sikit2..
10 minit yang terasa macam 30 minit lamanya.. Serang!! haha
good game bro
wahh,bestnya nampak bro..next month bolehla join camni bila wifey dah berpantang di Kelantan….
itulah. dapat ramai2 dari pelbagai lapisan umur best gak. mesti happening
Eh, tak tau pulak ada game laser tag kat IOI Mall. Kat belah New Wing ke?
yup. new wing. diorang pindah from icity