5 Sebab Wajib Join Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014

Reading Time: 2 minutes

Dah daftar ke belum untuk SBBYEOS2014? Kalau belum gunakan alasan-alasan ini untuk korang mendaftarkan diri.

saloma-bistro

#1. Saloma Bistro dan kambing golek. Kalau tahun lepas SBB2013 buat kat Hotel Singgahsana PJ, tahun ni up lagi buat dekat Saloma Bistro. Secara peribadi, saya sendiri terkejut bila tahu Denaihati nak buat event kat sini. Sebelah KLCC tu woi! Bukan calang-calang event kalau buat kat sini.

Untuk RM20 seorang, belum tentu korang boleh kenyang makan kalau datang sini sendiri, tapi melalui event SBBYEOS2014 yang ditaja oleh penaja-penaja besar seperti Yeo’s, korang boleh makan sampai kenyang kat sana nanti.

#2.  Top blogger pun join. Nama besar seperti Ben Ashaari dan Red Mummy akan memeriahkan SBBYEOS2014. Jadikan event ni sebagai titik permulaan untuk korang mengenali nama-nama besar dalam industri blogging tempatan. Ramai nama baru yang dah naik sekarang hasil daripada networking dan tunjuk ajar daripada top blogger.

Sepetang-Bersama-Blogger-2013-7160

Cerita tahun lepas. Blogger Bicara Mak Dara menang iPad dalam cabutan bertuah.

#3.  Tujuh buah gajet dan wang tunai RM1,000 untuk dimenangi. iPhone 5S, iPhone 5C antara gajet rebutan ramai yang akan menjadi habuan peserta bertuah yang hadir ke SBBYEOS2014 ni. Tu belum cerita hadiah lain seperti pakej percutian dan macam-macam lagi hadiah cabutan bertuah yang akan diumumkan kelak.

#4. Sponsor yang hebat-hebat belaka. Tahun ni, syarikat minuman terkenal Yeo’s jadi penaja utama. Tak sabar nak tengok company mana lagi yang akan join jadi sponsor. Apa-apa pun, memang cukup hebat dah bila ada company besar macam Yeo’s yang sudi menaja event ni. Sudah pasti mereka nampak potensi besar dengan menjadi penaja utama SBB2014.

#5. Ariff Shah pun join. Walaupun sebab ni bukanlah alasan yang kuat untuk korang isi borang penyertaan dan bayar yuran pendaftaran RM20 tu, tapi percayalah, event yang Ariff Shah join semua best-best belaka.

promosi-sbb2014-300

Daftar sekarang untuk melayakkan korang masuk lucky draw wang tunai minggu ni!


Posted

in

by

Comments

22 responses to “5 Sebab Wajib Join Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014”

  1. shark Avatar

    dh join..
    memang rugi kalau x join nie.
    walaupun rasa segan tu masih menebal :)

  2. nurulhudalias Avatar

    teringin jugak nk join….:)

  3. Juan Avatar

    wow memang meriah lah kali ni

  4. Wan Gerrard Avatar

    ok jumpa kat sana

  5. hazman aka species1980 Avatar

    Yeahhh…. boleh amik gambar selfie ngan bro…. ekekekeke

  6. Hafiz Rahim Avatar

    Point last sekali tu memang tak boleh tahan. hehehe

  7. guliroket Avatar

    fuhh..kena wajib datang la ini macam ye..

  8. Hafizul Avatar

    Emm masih dilema lagi..nak pergi ke tak..adoiii…

  9. sbotjumpstart Avatar

    mesti ramai lagi sponsor tu… mantaap ! :D

  10. Anarm Avatar

    Jumpa di sana..

  11. akubiomed Avatar

    Sudah daftar tunggu hendak menghadiri #SBB2014.

    Rasanya kalau panggil Fatin Liyana dan Hanis Zalikha sebagai panel lagi ramai yang hadir. :-)

  12. Dawaihati Avatar

    Waktu SBB2013 kita berjumpa sewaktu bro masih bujang, apakah di SBB2014 kita bisa jumpa lagi? semoga…

  13. Mohd yazed Avatar

    Mcm best ja..pnh dgr..tp x pnh join..kn join skali jgk nie..

  14. nabila biela Avatar

    insyaAllah akan datang jugak =)

  15. aimie mokhtar Avatar

    haa…mcm nak kena join ni….

  16. ohcikgu Avatar

    fuhh..yeos sponsor tu..

  17. Blogger Babyface Avatar

    tipulah. mcm tak lojik lak bayar rm20 boleh makan mcm2. pastu menang mcm2. mcm scam aje…

    jumpa kita kat sana nanti. insyaAllah

  18. Mohd Rasul Abu Hanipah Avatar

    mesti ramai lagi sponsor tu

  19. Akuro San Avatar

    Insya’Allah… akan join… jumpa disana…

  20. boni kacak Avatar

    aku tiba2 dah isi borang tu.. sebab nak jumpa pengantin baru ni.hahaha

  21. kitepunye Avatar

    Jom…
    Jumpa di sana insyallah

  22. k suzi Avatar

    Da daftar, nk jumpa pegantin baru larr..hihi