Hari ni ada ujian subjek pneumatic. Lecturer aku tu jenis yang relax sket, kadang-kadang suka main. Kat sini ujian dan exam takde soalan yang sama, semua orang dapat soalan lain-lain. Jadi pagi tadi lecturer aku tu jadi ‘kreatif’ sikit, daripada dia kasi budak-budak pilih mana satu slip soalan, dia suruh putar satu kipas (spare part kapal terbang) lepas tu dari situ dia tengoklah soalan nombor berapa budak dapat.
Biasanya kalau game Roda Impian ni mesti ada hadiah best dan juga benda malang kan, kalau macam dalam video atas ni hadiah utama dia Astro tu la. Pagi tadi pun ade gak benda yang best dan yang malang ni. Yang bestnya, kalau nasib baik boleh terus lepas test pagi tadi free-free aje. Adelah 3 orang bernasib baik. Yang tak best, test hari ni terus fail lepas tu kena datang untuk sesi kedua nanti. Bengong. Ada jugak yang malang tadi, termasuk kawan Vietnam aku sorang ni. Mula-mula dia macam terpinga-pinga sebab tak tau (tak faham) apa yang terjadi, tiba-tiba je dia kena suruh datang next time. Marah gak ah dia.. haha.. ntahapehape. Aku? Aku tak dapat wang besar tu, kalau dapat senang dah. Settle satu halangan untuk balik Malaysia.
Roda Impianlah sangat. haha~
Tadi ade gak bertembung ngan budak-budak Malaysia tahun pertama. Adik-adik lah ni.. Baru nak belajar cakap Russia. hehe.. Diorang tengah tunggu lecturer untuk sign buku rekod. Katanya, ada satu je exam yang kena amik, lepas tu10 Jun ni dah boleh balik. Aku macam terkesima kejap. Teringat time aku balik lepas tahun pertama aku kat sini, dah cukup tempoh setahun aku tinggal kat Moscow ni barulah boleh balik Malaysia (30 Jun 2005). Alahai adik-adik ni.. senang betul korang belajar kat sini eh.. Aku dulu separuh mati kat sini, tiap-tiap tahun. Yelah, aku kelas ngan orang Russia dan fakulti aku memang jaga kualiti so belajar dan nak lepas exam memang sakit sikitlah. Budak-budak first year ni belajar satu kelas semua foreigner atau lagi best semua orang Malaysia. Mana tak senang.. hm.. nasib badan..

Comments
14 responses to “Saya Putar Halim.. Wang Besar! Wang Besar!”
hehe. bakal di aplikasi dalam kelas nanti. InsyaAllah =)
salam..just nak kongsi pas bc entri nieh..:)
oh teringat mase kite form 2 dulu..cikgu geografi yg sgt kreatif..suka tnya soalan kalo masuk kelas..so dia akan pgl nama sesape jek yg die rasa nak pgl..pastu smpai depan dia bg pensel n then suruh pusing pensel tuh sb kat hujung pensel tuh ada nombor tuk soalan yg die nak tnya..so kalo dpt jwb soalan dia tnya masing2 tunjuk muke bangga giler kot kalo xdpt jawab balik tempat duduk sendiri then berdiri ler kat situ smpai die rase kesian nak bg kite duduk..hoho malu wooooo..sekian..
haha.. kadang2 benda kreatif macam ni lah yang membuatkan proses pembelajaran ni lebih menarik dan berkesan.
Thanks sebab kongsi cerita ;)
apa lg, suruh basuh stokin la..hahahaha
.-= Cerita terbaru azizuan.. Suratkhabar : Iklan Lebih Dari Berita =-.
haha. sini bukan macam sekolah da..
kesukaran sebenarnya rahmat yang tidak kita nampak sekarang…
.-= Cerita terbaru klcitizen.. Reply to Comment =-.
Owhh,kalau macam ni aku pun ada kaitan gak dengan ko,kalau tak nanti kapal terbang ko tak boleh berlepas pasal takde minyak..haha,Untuk uji kebocoran pada laluan pipe aku lebih suka kalau system tu diuji guna pneumatic,kalau guna hydro alamatnya mandi air je la..LOL
.-= Cerita terbaru neodmarco.. Ceriakan Status Facebook Anda Dengan Status Shuffle =-.
hoho.. memang zaman skang makin lama, makin senang..
kt Jpon, ak batch pertama untuk program 3+2..
junior2 yang datang lepas ak kebanyakan nyer x menghadapi masalah nk idop cam kitorang waktu awal2 dulu.. kalo dulu, xde masakan halal kt universiti, tp lepas junior datang, dah ade.. huhu= ;)
.-= Cerita terbaru kyo_9.. 韓国旅行計画 (Plan for trip to South Korea) =-.
Takpe Ariff.
Pengalaman tu. =)
Maksudnya nanti kau boleh berbangga yang kebolehan kau survive lagi bagus dari bebudak tu.
=)
Dan ya, boleh pinjam idea lecturer kau tu~
He he he~
Murid2, tunggu CIkgu Zara jadi kejam~
.-= Cerita terbaru Lord Zara.. Tahun Ini Aku Sudah Jadi Manusia Yang Lupa Pada Janji – Bila Nak Pergi Derma Darah Lagi Ni? =-.
haha.. kelakar gak buat kat budak sekolah rendah
ariff.. aku cemburu betul dengan ko sebab dapat belajar jauh-jauh sampai moscow.. aku di johor jer… huhuhhuh
btw.. pnumatic??ko amik kos apa??
sebab aku pun ada belajar benda tu… huhuhu
.-= Cerita terbaru A-Y-I-E.. 7 perompak dicekup =-.
Course aku banyak berkaitan pasal equipment dalam kapal terbang, contoh equipment yang control aileron. Kan ada hidrolik sistem untuk kawal benda tu semua kan. Lebih kurang camtu ah. Untuk final year projek boleh pilih nak amik electrical/electronics, hydraulics, pneumatic atau mechanical.
@ ayie : sy faham kalau kamu cemburu sbb kami dpt study dkat negara org, dpt tgk tmpat org..tp sebenarnya kami pn cemburu dgn org2 yg study kt msia..xpyh fikir makanan halal, xpyh fikir kena pkai berapa layer baju untuk keluar, xpyh terbeban sgt fikir nak byr rent rumah..agak adat di situ, manusia tak pernah rasa cukup dgn apa yg dia ada..tp ayie, belajar kat mana2 pun sama sebenarnya..kat mana2 pun boleh berjaya..see, apa yang ariff belajar, kamu pn belajar..kesimpulannya, enjoy la kat mana pun kamu belajar..kalo contemplate je selalu, kita tak nampak apa yang kita boleh menikmati..
@ gundam : sila jangan gelakkan bahasa aku..
.-= Cerita terbaru yuyu.. of reading.. =-.
Betul tu. Batch aku dekat sana pun, walau pun satu group budak Malaysia tapi tak adalah dimanjakan sangat macam budak 1st year sekarang. Dan bila diorang merungut dekat aku dulu, aku macam:
“Ek eleh, rilek la. Ko tak tahu kitorang dulu macam mana. Kalau ko tengok 2nd batch lagi la. Diorang 1 group dengan Russians kot.”
Tapi itu semua cerita dulu. Biarkan ianya berlalu. Yang penting aku suka lepak dengan diorang. Tambah2 bila aku bosan. Kadang2 bosan jugak asyik tengok muka yang sama bertahun. Hahaha.