Saya Bantah Akta 114A

Saya rasa banyak laman/blog lain dah ceritakan tentang akta 114A ini. Oleh itu, saya gunakan komik ini untuk menerangkan dengan lebih mudah implikasi penguatkuasaan akta tersebut.

Basically, apa yang berlaku di sini ialah sekiranya anda ditangkap mengeluarkan komen berbentuk hasutan (dan apa-apa yang sewaktu dengannya) di internet, anda boleh ditangkap dan disabitkan kesalahan tanpa pihak berkuasa perlu mengemukakan bukti yang kukuh bahawa anda melakukan kesalahan terbabit.

Akta ni bunyi seolah-olah macam ISA, kalau disyaki bersalah boleh kena tahan terus di kem tahanan. Rakyat tak diberikan suara untuk mempertahankan diri sendiri. Sesiapa sahaja boleh kena tahan, termasuklah makcik/pakcik yang baru nak guna Facebook.

Adil ke macam tu?

Untuk bacaan lanjut, teruskan ke laman web Stop 114A

By Ariff

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

21 comments

  1. datuk saifuddin kate benda ni akan dibincangkan lagi.. hope la akan berubah.. haihhh.. sape la usul kan bnda x berakal ni.. kita ni hidup, cuba la fikir nak mudah kan org.. bkn susah kan lg.. bese la kan .. kerajaan pun manusia kat dalam nya,, ada silap, kena la terima org tegur..

  2. kalau macam ni senang la nak kenakan orang lain. tweetjack twitter orang lain then tweet kata-kata hasutan, pas tu pemilik twitter kena dakwa. tak adil.

  3. Akta ni memang membebankan. Sudahlah hak kebebasan berInternet diketatkan, hak untuk mempertahankan diri pun macam disekat.

  4. Jika Akta 114A ini berkuasa, masing2 boleh tunding jari..
    Rakyat tidak diberi kesempatan utk bersuara.. Inikah Malaysia
    yang penuh keislaman.. Islam sentiasa mengajar kita adil dan saksama..

  5. bantah sekeras-kerasnya.
    demokrasi apa nya kalau akta camni dikuatkuasakan.
    tiada langsung hak utk bersuara dan membela diri.
    akta ini digubal dek paranoid yg terlampau

  6. haihh… macam2!.. SOPA la, ini la. kalau nak block kebebasan tu, baik tutup line terus. back to zaman batu.. kan senang.. pelik.. -_-“

  7. Emm bahaya la sekarnag ni..rasa nak berblog pun tak selamat..adoii…harap tak direalisasikan la seksyen ni…kalau tak naya…

Comments are closed.