Samsung Galaxy S – Saya Punya! #maxis10

Yeah!! Akhirnya email yang ditunggu-tunggu pun tiba. Tak sangka gak boleh menang Samsung Galaxy S tu sebab biasanya apa yang aku buat ni kadang-kadang ikut kepala aku, jadi ada orang tak boleh terima. Tapi nasib baik Maxis terima apa yang aku dah buat. Alhamdulillah. Lepas ni boleh jual iPhone 3G. Seriously, aku tak larat nak jaga dua smartfon yang mahal. Elok simpan satu je. Siapa nak beli?

Terima kasih kepada kawan-kawan dan pembaca blog ni atas sokongan, komen, retweet dan segala-galanya. Tanpa korang yang sentiasa support blog.ariff ni, memang aku tak dapat peluang macam ni. Terima kasih banyak-banyak.

Harap lepas ni nak tengok lebih ramai blogger yang menulis blog dalam bahasa Malaysia dapat peluang macam ni. Kalau ada just contact aku dan aku akan bagi sokongan padu (dari segi retweet dan share kat Facebook) kat korang. yang penting, korang pun buat sehabis baik la. Selamat berjaya kepada semua.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada Maxis atas peluang keemasan ini. Semoga program ini diteruskan dan mencapai matlamat yang diharapkan *ehem* nak iPhone 4 pulak boleh? :D

***

blog.ariff’s premium sponsor July 2010:

38 Comments