Dulu aku macam tak kisah sangat pasal kamera smartfon ni dan aku tau kamera iPhone 3G memang hampeh tapi setelah menggunakan Samsung Galaxy S, pendapat aku tentang penggunaan kamera smartfon terus berubah. Best gak rupanya kalau ada smartfon yang kameranya boleh buat macam-macam. Serius. Aku dah pusing hampir satu KL dari Pavillion ke One Utama, snap gambar sana sini. Kamera dia memang bagus.
Macam mana aku test kamera tu bagus ke tak? Senang. Aku ada cara aku tersendiri nak tentukan. Pertama sekali kita amik gambar langit biru. Tengok warna langit tu, sama ke tak antara gambar dan realiti. Lepas tu tengok sama ada gambar tu terlalu putih atau tak. Kamera yang tak bagus akan menghasilkan kecerahan gambar yang memang tak sama dengan yang sebenar, samada gelap sikit atau terlalu cerah.
Gambar
Kedua, gambar pada waktu malam. Kamera yang bagus boleh menghasilkan gambar yang cerah dan tone warna yang jelas. Kamera Samsung Galaxy S memang tak mempunyai sebarang masalah untuk digunakan pada waktu malam.
Pavillion Crystal Fountain – Tallest Luili Crystal Fountain Malaysia
@Jalan Tun Dr Ismail with Samsung Galaxy S
Samsung Galaxy S billboard @BB Plaza
Warna. Semalam aku pergi One Utama dan pameran lukisan kat situ. Jadi aku pun snap lah beberapa gambar lukisan, satu lukisan mempunyai warna yang lebih kurang aje, satu lagi colorful.
Samsung Galaxy S @OneUtama art exhibition
So far, so good.
Overall aku rasa kamera pada Samsung Galaxy S ni memang boleh perform. Jadi sesuai untuk buat live blogging. Oh ya, kalau sesiapa follow Twitter @ariffshah, aku ada tweet pasal penggunaan WordPress kat Samsung Galaxy S ni. Yup, takde masalah untuk guna WordPress. Kalau kat iPhone 3G, memang tak boleh – dapat error 500 ke hape entah.
Kalau tangkap gambar malam, memang tak bermasalah. Cuma kalau tengok dekat-dekat adalah nampak ‘kekaburan’ atau dalam bahasa Inggeris grainy pictures. Tak penting sebab aku rasa majoriti sekarang ni dah tak print gambar. Tapi dari segi warna dan pencahayaan, memang takde masalah.
So overall, aku kasi 4/5 la untuk kamera kat Samsung Galaxy S ni. Aku rekemen kepada blogger tegar macam aku yang suka buat live blogging, suka travel dan tangkap gambar banyak-banyak (ehem.. internal storage Samsung Galaxy S ni ada 16GB dan ada MicroSD slot lagi)
HD Video
HD Video. Yeah. Sekarang semua nak HD. Agak annoying pulak sebab kelajuan internet kat Malaysia ni dan kos tak berbaloi dengan kos yang terpaksa ditanggung pengguna tapi kita masih nak kejar HD ni semua. Apa-apa pun, aku ada buat satu video HD, pendek je sebab aku takde wired broadband kat rumah. Nak upload susah dei..
Kualiti video memang bagus, cuma perlu cahaya yang terang untuk record video. Kalau ada lampu kat belakang tu aku rasa boleh improve lagi video tu. Score – 4/5 Bagus, tapi masih boleh diperbaiki.
Disclaimer: Gambar-gambar atas ni tidak diedit, cuma di-resize sahaja. So you be the judge tentang kualiti gambar dan video Samsung Galaxy S. Harap dapat memperbetulkan kekeliruan sesetengah orang bahawa program #Maxis10 ni biased atau apa. Tidak sama sekali.
***
blog.ariff’s premium sponsor July 2010:

Comments
21 responses to “Review Samsung Galaxy S – Kamera #maxis10”
[…] you still hesitate and don’t want to join the challenge, then I suppose you need to read the Samsung Galaxy S Review by Ariff Shah. Maybe you might think again and again. Okay, here is the link to […]
ermm baik tggu bberape year lagi tgk klau2
ade yg lebih terer than galaxy save money maa..
hehe.. menunggu memang sampai bila pun akan ada keluar yang lagi hebat ;)
baper harga samsung ni..macam tingin nak tukar samsung jugak la
Beli ngan Maxis 1699 dengan plan apa-apa yang sesuai. Ikut kesesuaian u
moshi ni tak fotogenik la. (Ariff jangan baca kuat-kuat, nati moshi majuk)
sebijik design dia mcm 3Gs siot. hehe
Huhuhu~
Syoknya~
Aku guna Nokia 5800, ada problem skit kalau ambil gambar malam.
Stress aku.
gambar memang sangat mantap!!! i like!!! best2
Itulah. Memang cub kan =)
Great review Mr Ariff. gaya cerita tu buat bg org tertarik nak beli satu tp sebab arga dia aku dah tahu. Aku terpaksa berhenti berangan. hehehe…
kamera galaxy S tu berapa MP ekk? kalau 5MP ke atas mmg best…
Sarah guna LG KU990 hampir setahun, camera 5MP.
bila snap pic, memang puas hati.
pernah snap kipas yg tengah berpusing pd speed max (speed 5 kan?),
dia dpt captured bilah kipas tu seolah2 kipas tu dlm keadaan statik.
nak kata smartphone,
tak adalah nak guna semua yg ada,
bila dah dapat satu function yg berpuas hati,
mmg stick to it.
Gambar dia memang lawa. Smart. Dulu aku pun tak kisah sangat dengan kamera phone, tapi sejak rajin main twitter ni, aku nak kualiti gambar yg bagus untuk aku post gambar-gambar yg menarik. Orang tengok pun baru puas hati.
Betul. Dulu aku tak fikir sangat pasal blog, tapi sebab blog ni ada, kena pentingkan kualiti gambar kalau nak letak sini. Kualiti gambar kat iPhone 3G memang menyedihkan, jadi aku memang tak post gambar langsung dari iPhone 3G
and yeah, gambar atas ni semua UNEDITED. Aku resize je.
Video tu kalau nak bagi jelas lagi, pegi kat setting, tick outdoor visibility. Aku de record video waktu malam dalam keadaan pencahayaan yg x cukup, tp kualiti memuaskan la.
I see. Thanks for the tip. haha.. Kena banyak explore lagi ni.
average harga berapa ni? macam best jer…:P
RM2600. Only from maxis. Kat atas tu klik Maxis10. Ada entri lain
i was in maxis klcc last week to survey this samsung galaxy s..but they said they dont have the real model..i just given the fake model which i cannot taking picture..or browse..so i dont know how it perform..so i become dissatisfied and un-interested.
if i cant see and hold the real model in klcc..where should i get then..
whoa. really? Well if you’re coming to the gathering later on, you could try it on your own.
gathering celah mana