Sampai Bila Nak Kerja?

Reading Time: 2 minutes

kerja

Saya banyak bercerita tentang kerjaya. Memang banyak yang indah kalau bekerja di tempat yang betul, tapi sampai bila nak duduk bawah telunjuk orang?

Tapi pada saya, berkuli ni hanyalah sementara. Berkuli ni hanyalah sebagai peralatan untuk menyediakan keperluan asas seperti rumah, kenderaan, simpanan dan sebagainya. Sampai satu tahap, masa kita akan jadi sangat berharga di mana bayaran yang kita dapat daripada bekerja tak lagi setimpal dengan masa yang diluangkan.

Bila semuanya dah cukup, saya akan stop berkuli.

Langkah pertama ialah buat sesuatu yang saya suka. Disebabkan saya memang minat segala hal berkaitan financial, maka saya mulakan laluan sebagai Wealth Planner untuk PruBSN Takaful. Unit trust pun boleh tapi apa yang istimewa jadi Wealth Planner untuk Takaful ini ialah kita dapat tolong orang dengan memberi kesedaran tentang financial tool ini.

Semua orang nak buat pelaburan dan jadi kaya. Dalam mengejar kekayaan itu, ramai orang lupa nak lindungi diri mereka sendiri. Bayangkan betapa besar kesannya bila orang yang takde awareness ni, jadi aware pasal financial tool ni dan satu hari manfaat daripada Takaful inilah yang menyelamatkan dia daripada keluarkan ribuan ringgit untuk rawatan perubatan?

Kebanyakan Wealth Planner takaful datang daripada pelbagai background. Ada yang dari bidang oil and gas yang seperti kita sedia maklum, memang sentiasa cukup gajinya. Tapi mereka pun ada mentaliti yang sama macam saya, sampai bila nak kerja?

Secara peribadi, saya jadi Wealth Planner ni sebagai tiket pertama untuk keluar daripada dunia pekerjaan. Saya lebih suka bebas untuk buat apa sahaja. Bekerja hanya untuk membina asas yang kukuh dari segi kewangan.

Blog? Bila saya dengar Timothy Tiah cakap fairly successful blogger makes about RM100k – RM150k annually, saya rasa lega sebab saya tahu saya tak ketinggalan sangat. Berapa kerat sangatlah blogger yang ada income macam ni kan? Angkat tangan sikit. Personal blogger ya, bukan blogger tulis pasal artis. Pendapatan blogger tulis pasal artis ni saya tak minat.

Mana-mana income yang datang dari blog ni adalah bonus untuk saya. Shopping, investment, travel adalah sumbangan daripada blog. Market untuk blog kat Malaysia ni taklah sebesar mana sampai boleh dijadikan sumber pendapatan utama, yet alone jadi kaya.

Tapi income blogging masih lagi delicious. It’s good to have.

Dalam dunia sekarang, satu punca pendapatan tak cukup dah. Always go for multiple source of income. Bila kita ada 3-4 punca pendapatan dan pendapatan tu semakin lama semakin bertambah, duit dalam bank pun makin lama makin bertambah, dengan syarat jaga perbelanjaan la. Bila side income dah cukup untuk menampung perbelanjaan harian, dah boleh pertimbangkan untuk berhenti kerja.

Kepada yang nak join saya sebarkan awareness pasal Takaful boleh contact saya di 014-6278868.


Posted

in

by

Comments

10 responses to “Sampai Bila Nak Kerja?”

  1. Farid Laham Avatar

    insyallah akan sy usahakan hajat di hati :)

  2. nik hafiz Avatar

    Betul…betul…betul…Hamba baru berjinak² dengan Bisnes ni…Main saham pun baru sangat²…Entri terbaru ummihanaluqman >> MURTABAK RAJA…MURTABAK SEDAP DAN TERBAIK!!!!

  3. aishah ahmad Avatar

    Setuju.ramai yg perlukan.side income utk tampung kos hidup.syukur sy sndr ada.side income bulanan.

  4. Ezlaila Avatar

    Amat berminat juga dengan business takaful ni, tapi takut tak dapat fokus pada business yang sedia ada.

  5. yangbaik Avatar

    kerjalah selagi khidmat diperlukan dan kiranya rasa masih kuat untuk menyara keluarga…

  6. Zairi.MY Avatar

    Perniagaan tetap jadi jalan hidupku

  7. Ahmad Ijat Avatar

    Setuju dengan kenyataan di atas. Satu sumber pendapatan memang tak cukup tambah2 kalau duduk tengah bandar.

  8. blog amir Avatar

    betul tu. sekarang ini, makan gaji sahaja tidak mencukupi.

    kalau setakat makan gaji sahaja, sampai bila kita ada peluang nak pergi mengerjakan umrah atau haji.

    kalau duit ada, masa pula tiada.

    kalau masa ada, duit pula tiada.

    kan?

  9. Raihanah Ahmad Avatar

    memang betul, dan kerja 9-5 pun tak sepopular dedulu.

    1. Ariff Avatar

      Hebat-hebat sekarang. Budak muda pun boleh jadi businessman dah