Semalam aku pergi konsert МАЙскии Взлёт – Maiiskii Vezlyot (MAI blast off) sempena sambutan ulang tahun ke-80 Moscow Aviation Institute. Kat sini sambutan macam ni ada dua versi biasanya, satu sambutan rasmi yang dibuat di universiti, satu lagi sambutan yang dibuat di disko/house of culture (дворец культуры МАЙ – dvorets kulturi MAI ) universiti. Walaupun disko, tempat ni kadang kala menjadi tempat singgahan budak Malaysia untuk menunaikan solat sebab kat sini waktu siang tak busy. Hoho~ Solat dalam disko.. orang Malaysia mesti dah melatah.. Berbalik kepada sambutan tu, disebabkan dah 80 tahun, mungkin ada bajet lebih sikit dan banyak sponsor maka diorang buatlah konsert besar-besaran kat Airodrome Tushino <– sebuat airport kecil dalam bandar, a la airport Sg. Besi.
Menarik gak lah persembahan semalam. Walaupun tarikan utama untuk budak-budak datang adalah rockband Russian yang popular sekarang ni Splean, aku lagi suka tengok performance budak-budak universiti aku. Kalau setakat rockband, awesomeness konsert Metallica hari tu masih terasa lagi so macam takde heran sangat.
Berbekalkan kamera Nikon D40 aku + 18-200mm yang dipinjamkan oleh Dinie Irfan, rasa macam nak tangkap gambar semua yang aku nampak menarik. hoho~ Bukan selalu dapat guna lens yang sama harga dengan sebijik iPhone ni. Bila dah guna lens kamera besar-besar camni, lain sikit lagak dia. Nak gerak celah-celah orang ramai pun ada macam sedikit kemudahan sebab bila orang nampak lens besar ni, dalam mindset diorang mesti fikir, “wa.. mamat ni mesti pro photographer punya” .. agagaga.. guna body kecik (Nikon D40) takpe, lagipun ringan nak bawa sana-sini especially dalam event besar macam ni. Yang penting lens tu mesti make a statement.
Jadi aku yang masih newbie dalam bidang fotografi ni takde idea sangat nak tangkap gambar konsert macam mana. So, aku main bantai tangkap je lah.. gambar awek je banyak since aku dah pernah cakap dulu nak letak gambar awek lagi kat sini. Seksi2 takdelah, nanti ade orang marah.. aa.. tapi boleh la kan tengok orang Russia ni macam mana..
Gambar awek lonely pembuka bicara..
Unmanned Air Vehicle (UAV), prototype universiti aku. Selain tu ada helicopter dan kapal terbang single engine (ala.. yang bakal pilot buat training tiap2 hari tu..)
hoho~ Tengok berapa punya depan aku berdiri, tengah lak tu. Penat gak ah berdiri.. takpe2. Sekali seumur hidup je berkonsert ngan orang Russia ni.. Yang selubung dalam raincoat tu security. Hujan sket semalam.
Tarian tradisional Russia. Tak tau apa nama, tengok je..
Selain daripada konsert, ada pertunjukan payung terjun gak. Yang menariknya, bila dah nak cecah tanah tu diorang turun menjunam laju giler. Tak tau ah korang pernah tengok ke tak..
Awek shoe tap dance. Muka garang..
Sebelum band Splean tu main, ada satu kumpulan pakcik2 main instrumen nyanyi. Popular gak la kat sini.
Ni gambar masa nak jalan masuk. Polis beratur sepanjang entrance. Lengkap ada bawak air & baju hujan. Kalau tak silap, setiap 4 jam tukar shift. Talking about a really secured event.
Last but not least, awek posing lesbian. hahaha~
***
Gambar-gambar lain akan diupload ke page blog.ariff kat Facebook. Camtu takdelah terjejas loading time blog aku ni.

Comments
26 responses to “Sambutan Ulangtahun ke-80 Moscow Aviation Institute”
Best lah baca blog ni bro. Start dari aku bangun sahur td tak habis2 baca lagi. n Ariff ni kawan dgn Dinie Irfan rupanya. Kawan sekolah aku. hahaa. Amir pon ada komen sini. hahaa
oo… ramai betul kenal Dinie Irfan tu ye..
apa2 pun terima kasih kerana membaca =)
owh yeker? haha.. glamer jgak la eh.. hm okeyh, anytime… =D
wow Dinie Irfan dah ada DSLR? x boleh jadi ni….
.-= Cerita terbaru Amir.. Musim Luruh di Melbourne =-.
Dia tak cakap ke? D90 + 18-200mm Memang mantap!
ku suka awek posing lesbian tu
kekeke
apsal entry terbaru xleh baca
not found
.-= Cerita terbaru joegrimjow.. tutorial blog : cara berblog musim exam =-.
Telah ditarik. Pemanggil misteri bukan lagi misteri. Wakaka~
Banyak gambar awek2 ni.
.-= Cerita terbaru Adziim.. Kerjaku,dua gadis kecil peminat Lady Gaga dan video terlampau juru-x-ray. =-.
dekat disco pun ada buat sambutan tu. kenapa dipanggil house of culture ye? hehe.
sambutan buat konsert besar-besaran, mesti gempak kan.. :)
.-= Cerita terbaru Mr.Z.. Keseronokan Yang Mengundang Kepada Dosa Di Facebook! =-.
Sebab semua cultural event buat kat situ. Ada hall besar.
Salam…best tu…aku reti buat RC Plane tp xpandai terbangkan…haha…
Erm, brape lama lg ko kt Russia? mnla tau klu ada rezeki ke sn ke…tp mcm xde jer…hehe
.-= Cerita terbaru tokabaut.. United berminat dapatkan Rafael van der Vaart =-.
Aku blah April 2012. Sempat lagi ni..
not bad maa gmba2 2..tol ke bru bjinak2?huhu
.-= Cerita terbaru ravishingpeacock.. New Updates : Candy Canes =-.
Ada edit2 sikit. haha~ Tapi memang betul la baru berjinak-jinak
Huhuuhuhu.. pakcik tu goreng tak ingat ek…
mesti bekas rockers zaman 70-an tu..
ho yeah~ memang respek pak cik tu. Cool abis!
awek rusia cantik2 ya…
.-= Cerita terbaru klcitizen.. Tak nak makan nasi dah… =-.
Perghh awek posing tu.. meletup!!!!!
menarik bila ada kawalan tentera yang ketat camtu…cuba kalau tentera malaysia siap dengan senjata+air+baju hujan dan lengkap segalanya berkawal time perlawanan bola sepak, takde ar huru-hara dan pergaduhan..ini nak tengok bola pun menakutkan macam nak pergi berperang..adoii
.-= Cerita terbaru Fitrihadi.com.. Gadget Untuk Blogger Dan Student Universiti? Nokia E63 Semestinya! =-.
Betul2. Kat sini memang terkawal dah sekarang kalau ada event besar. Polis kita.. haih. Aku nak kutuk ni berlambak je kutukan yang aku boleh kasi.. Takde guna gak kutuk banyak2. Kalau bodoh tu, bodoh la jugak.
a’ah tu ar pasal.. macam manalah mercun dan segala macam benda berbahaya boleh terlepas.. patutnya kena scan ar dulu guna mesin canggih cam kat airport tu sbelum masuk stadium..
.-= Cerita terbaru Fitrihadi.com.. Nasihat Untuk Lelaki Dan Hakikat Perempuan [Versi Fitrihadi] Part 1 =-.
hahaha~
aku dah agak dah~
mesti ada gambar awek di mukadimah, tengah2 dan juga penutup~
berapa lama kau berdiri tu ariff?
cam lama gila je~
=____=”
.-= Cerita terbaru Lord Zara.. Suara Macam Jantan, Nama Macam Jantan, Perangai Pun Macam Jantan – Patutlah Tak Kahwin Lagi. =-.
Aku berdiri dari pukul 4 sampai 8+ Ade awek Russian sebelah, gagahkan diri gak la. hahaha~
Bagus la dapat pinjam lens Dinie, baru puas hati kan. Cover semua range, 1 lens dah cukup. Memang puas hati. Tak kan ko pergi dengan Ijat je? Nampak macam seronok kot event macam ni.
Malas lah tu. Jauh ke airport ni? Aku dulu pernah nak beli tiket balik Peter last minit. Sekali tu dah seronok dia cakap ada, tengok2 bukan Domo, tapi airport ni la. Frust jugak la masa tu. Last2 amek train je.
Ni airport kecil-kecilan je. Kalau macam helicopter/kapal terbang polis/emergency unit diorang nak berlepas sume dari sini la. Kat metro Tushinskaya je, on the way to Metro Planernaya.
Budak Malaysia lain tak minat kot, atau tak tau. Fakulti aku memang aktif dengan aktiviti student union ni..
Eh, silap. Airport yg aku nak maksudkan sebenarnya Vnukovo duh. Hahaha. Bila ko sebut metro Tushinskaya baru aku teringat. Tak jauh dah tu dengan hostel korang.
Tempat aku belajar sekarang,Malaysia Airlines Engineering Training Centre baru 4 tahun…
mungkin satu hari nanti boleh bikin gempak macam Moscow Aviation Ins..huhu
siapa tahu kan..;)
jenguk2lah blog saya k;)
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/