Itu asking price untuk kebanyakan rumah low cost di seksyen 7 Shah Alam sekarang.
Lebih kurang lapan bulan yang lepas, saya berjaya membeli rumah low cost di seksyen 7 Shah Alam. Tempat ni memang terkenal sebagai lubuk untuk pelabur hartanah membeli kerana ramai pelajar yang menyewa dan tak lama lagi hospital besar di situ akan siap.
Harga belian saya adalah RM85,000. Minggu lepas, jumpa dengan agen yang menguruskan rumah tersebut dan katanya, harga rumah low cost di situ tak kurang daripada RM120,000.
Sebab tak percaya dengan apa yang dia cakap, balik rumah saya buat buat carian di Mudah. Hasilnya, adalah satu listing untuk low cost tingkat 5 (unit saya tingkat 4), asking price RM135,000. Gila.

Terus terdetik dalam hati saya, bukan tentang keuntungan yang telah dicapai tapi tentang nasib anak muda bangsa Melayu sekarang yang masih takde rumah. Sedih. Rumah low cost macam tu pun dah nak dekat RM150,000. Kena faham bila cakap low cost, rumah ni hanya layak dibeli oleh mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.
Walaupun dari segi kemampuan boleh lagi nak dapatkan loan, tapi bila harga tinggi macam ni, downpayment pun tinggi. Saya tak rasa fresh grad kita ada ready cash belasan ribu dalam bank. Selalunya masa baru kerja inilah mereka sibuk nak beli kereta/moto baru, handphone baru dan macam-macam lagi yang baru. Tu belum cerita yang sibuk nak kahwin pulak.
Dalam keadaan harga hartanah yang sedang melambung tinggi sekarang, pendapat saya, cari dan beli sekarang, especially untuk pembeli hartanah pertama. The more you wait, the more you lose out.


Comments
27 responses to “RM120,000”
Nilai hartanah seksyen 7 memang tiap2 tahun meningkat..satu investment yang berbaloi bro..aku dulu ada jugak usha area sane..tapi tak ada rezeki..end up beli kat bandar baru bangi je.
Bandar baru bangi pun ok sangat. Kawasan hot jugak tu
bila diamati balik, rasanya akan ada satu tip point yang harga rumah akan jatuh one day. whatever it is, kumpul la duit cari la rezeki halal dulu. berjimat yg penting. beli waktu murah dan waktu ekonomi jatuh adalah satu peluang. dgr kata 2017 ekonomi akan jatuh, wallahualam.
Yup. Economic cycle is real.
Just one thing, economic cycle nak masuk longkang ke, low cost housing still akan ada penyewa
betulla arip…org melayu skang ni kene ubah pemikiran..dah dapat kerja carik rumah dulu.. biar kecik asal mampu..aku tgk ade ramai kawan2 aku tgh kumpul duit sbb nak beli rumah idaman besar2..x tau la sampai bile mampu..and harga rumah keep on naik..
n org perempuan pon jgn asik nak tgu laki je belikan rumah..kalau mampu baik beli satu..sbb we never know what happen in the future..so sekurang kurangnye anything happen aku ade rumah sendiri..
alhamdulillah i bought one mase 1st year keje dulu..rumah kecik je kat seremban..
Betul. Pasal orang perempuan beli rumah tu memang tepat. Sekarang tak kira dah, laki perempuan kena sama-sama ada inisiatif kumpul harta, especially hartanah.
Strategi kumpul duit banyak-banyak untuk beli yang paling besar ni ok kalau orang tu gaji banyak. Mungkin dia boleh cope dengan kenaikan harga rumah tapi dia kena lawan
nafsu nak belanja duit tu. Yelah, bila nampak duit banyak dalam bank, mulalah plan nak upgrade kereta, pergi berjalan etc.
wah bro anak muda melayu dah ada property..bagus!!org2 muda especially melayu memang x fikirkan sgt nak beli rumah, diorang nak kejarkan kereta non-nasional biar nampak bergaya.
Secara jujur ketika lepas kolej memang tak ada duit tunai kecuali kalau ada yang beringat untuk menambung.
betul tu bro fresh graduate mana ade cash nak bayar rumah walau low cost sekali pun, ramai yang tak sedar tentang perlu beli segera hartanah sebegini sebab ramai dup ingat keje nak beli hp, barang2 peribadi, kereta untuk kesenangan harian :)
Rata-rata kaum Melayu mana ada diajar kumpul harta sejak dari awal. Tu problem kita
Anak-anak melayu kena belajar utk uruskan wang mereka. Belajar menyimpan, hartanah skrg makin lama makin tinggi harganya. Tersangat rugi bila dah tua nanti tp masih menyewa dan tiada harta utk diwariskan.
yup… saya setuju,,contoh orang muda skrg dok pk nak tukar enset je…..x pk masa depan..
Wah mahalnya rumah skg esp kat Selangor, KL. kalau kat Terengganu rumah masih murah lagi.
Amir, kalau ada bajet, beli semi-D kat KT. Murah-murah pun tapi dengarnya sekarang memang harga tengah naik kat sana
Ye ke?? Ruginya gua cuma ada ‘beberapa’ unit je kat situ.. hehehe *gelak sombong*. Apa pun buat korang yang baru fresh grad/kerja, tangguhkan pembelian kenderaan korang (macam aku dulu) dan sambar je apa2 jenis rumah (yang mampu milik) untuk korang beli.
Untunglah…
Kalau ada lagi available, kasi la kat gua. Tengah sangap nak beli rumah ni
baik kasi gua lagi, gua baru nak berjinak-jinak..
Gua takleh percaya dengan statement ni
Belum setahun lagi, kasi refinance pun untongg ni… heheh
Kalau terus naik, hujung tahun aku refinance
Setuju dgn AE, kenderaaan susut nilai depreciatian bagai. Hartanah menguntungkan.
Rumah memang pelaburan jangka panjang yang menguntungkan tetapi menyakitkan bagi orang melayu jikalau tak beli sekarang.
beli hartanah memang takkan rugi ariff….tanah yg uncle baru beli kat kuang tu now dah jadi double valuenye…1.5m
wow. Cepatnya naik. Tanah lot dekat dengan bandar memang lagi cepat naik untie. Patutnya beli 2 lot hari tu..
bukan tanah lot….1.8 acre land…:)
mahalnya. zaman saya nanti, x tahu la berapa. T.T
cepatnya naik huhuhu..menakutkan tengok harga dia..huhu