Sebelum ni cerita pasal untung 80% setahun buat sendiri pelaburan daripada pengeluaran KWSP, sekarang saya nak cerita risiko uruskan pelaburan unit trust sendiri pulak.
1. Dana Yang Dipilih Rugi
Pengetahuan tentang pasaran amat penting dalam pemilihan dana.
Mungkin boleh tiru orang lain beli dana apa, tapi kalau kita sendiri tak tahu apa yang dilakukan, risiko untuk melakukan kesilapan sangatlah tinggi.
Ada masanya boleh top up/DCA, ada masanya mungkin terpaksa exit terus sebab ada perubahan yang besar pada pasaran.
Pergerakan pasaran bukan straight forward, ada naik turun.
Selain daripada pemilihan dana, strategi yang betul juga perlu ada untuk mengurangkan risiko. Jenis dana dan strategi pula berubah-ubah mengikut keadaan ekonomi semasa.
2. Tak Dapat Dividen KWSP Untuk Amaun Yang Dikeluarkan
Dana yang dikeluarkan melalui skim pelaburan ahli tidak akan menerima dividen tahunan KWSP.
Kalau dah rugi dan tak dapat dividen, macam dah jatuh ditimpa tangga.
Bila dah keluarkan untuk tujuan pelaburan, sebenarnya kita dah ucapkan selamat tinggal kepada dividen tahunan dengan harapan dapat pulangan yang lebih tinggi pada tahun-tahun akan datang.
3. Tidur Tak Lena

Ini sindrom mereka yang baru nak menceburi apa-apa pelaburan. Dah deposit duit, mesti nak check tiap-tiap hari.
Pergerakan naik turun nilai pelaburan menambahkan kegusaran. Pergerakan nilai ni dipanggil market risk. Ada hari indeks ditutup positif, ada hari negatif. Ada musim, ditutup negatif berhari-hari berturut-turut.
Lepas tu tanya kawan/family yang tak tahu menahu tentang pelaburan, lagilah menambahkan kerisauan.
Yelah, duit dalam KWSP ni hasil simpanan puluhan tahun. Memang risau & takut tiba-tiba esok market jatuh, habis duit yang dilaburkan.
Hati tak tenang, tidur tak lena.
Last-last jual dalam keadaan rugi sebab kecut perut tengok nilai pelaburan jatuh berterusan.
Bila buat sesuatu berisiko tanpa pengetahuan penuh, memang kita akan rasa risau yang melampau sebab takut tersilap.
Bukan nak takutkan tapi ni realiti apa yang dirasai oleh mereka yang baru melakukan pelaburan.
Kalau sanggup hadapi risiko di atas dan sanggup luangkan masa untuk belajar dan faham tentang pasaran, maka tak jadi masalah untuk anda lakukan pengeluaran pelaburan KWSP dan uruskan sendiri pelaburan tersebut.
Kalau tak, biar je dan ambil 5-7% setahun KWSP. Tak salah. Pelaburan masih lagi berkembang dengan compounding dan pulangan melebihi kadar inflasi. Paling penting, dana persaraan selamat dan terlindung daripada risiko.
Alternatif lain, oursource je. Cari orang yang boleh uruskan. Biasanya agen unit trust walaupun bukan semua ada pengetahuan tentang pasaran ekuiti, masih lagi mempunyai back up training daripada agensi dan syarikat pengendali unit amanah.

