Sejak setahun yang lalu, saya pernah beberapa kali menulis tentang pelaburan sendiri unit trust melalui EPF MIS (Member Investment Scheme) di Twitter.
Mac 2020 tu sebenarnya memang no brainer nak beli unit trust Malaysia. Campaklah duit kat mana-mana equity fund, 99% untung sekarang.

Selain daripada Malaysia, beli jugak Asia fund yang fokus kepada pasaran Korea Selatan, Hong Kong, dan Taiwan. Masa beli Mac 2020 harga dalam RM0.32 seunit dan naik sehingga RM0.64 seunit awal 2021 haritu. Sempat switch sikit ke fund lain untuk realize kenaikan. Awal bulan ni, mula top up balik sikit-sikit Asian fund ni.
Tak susah pun unit trust manage sendiri ni bagi yang dah memang hadap saham tiap-tiap hari. Alhamdulillah berbekalkan pengalaman beli jual saham sikit2 sejak masa belajar dulu, bolehlah praktikkan dalam pelaburan unit trust jugak.
Kepada yang baru nak belajar, fahamkan major support/resistance index sesebuah pasaran (main index, large cap, small cap). Beli fund & top up pada strong support, switch/jual sikit kalau dah dekat strong resistance.
Kena tahu juga timing untuk melabur di pasaran mana kerana setiap pasaran ada kitarannya. Yang terbaik adalah kita masuk pasaran selepas sesi pembetulan (correction) dan ikuti trend menaik.
Kepada yang memang busy dengan tanggungjawab lain dan takde masa nak belajar, memang eloklah cari tukang jaga fund. Orang cakap lost opportunity kalau dah mampu masuk dalam unit trust tapi biar je dalam KWSP kutip 5% setahun bila ada orang boleh tolong kembangkan lagi.
Bukanlah target nak kaya raya dengan benda ni tapi nak optimize resources (duit) yang ada, biar dia pulak bekerja untuk kita. Begitulah ceritanya.
Saya pun ada buatkan untuk client. Kalau berminat boleh PM.
Penafian: Pelaburan unit amanah datang dengan risiko yang tersendiri dan tiada pulangan yang terjamin. Do your own research sebelum melakukan apa-apa pelaburan.
Baca lagi:

