RIP Steve Jobs

Reading Time: < 1 minute

Steve Jobs. Apa yang aku boleh katakan tentangnya, dia adalah seorang businessman yang hebat. Satu yang aku nampak pada Steve Jobs ni adalah ‘aura’ yang ada padanya, terutamanya apabila dia berada di atas pentas. Semua orang akan berikan sepenuh tumpuan padanya, tak kiralah samada ketika  dia sedang membuat presentation untuk pelancaran projek baru atau sedang membentangkan kertas kerja projek bangunan baru pejabat Apple di Cupertino.

Idea marketing Steve Jobs antara yang terbaik. Disebabkan cara marketing yang betul itulah barangan Apple terkenal di seluruh dunia dan digilai ramai.

Aku pandang Steve Jobs sebagai seorang ahli perniagaan yang sangat hebat. Dia suka apa yang dia lakukan, dia suka kerjayanya. Itulah faktor utama kejayaannya.

Sometimes life is going to hit you in the head with a brick. Don’t lose faith. I’m convinced that the only thing that kept me going was that I love what I did.  You’ve got to find what you love. And that is true for your work, as it is for your lovers. Your work is gonna fill a large part of your life and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work and the only way to do great work is to love what you do. If you haven’t found it yet, keep looking and don’t settle.


Posted

in

by

Comments

28 responses to “RIP Steve Jobs”

  1. scud Avatar

    hebatnya steve jobs
    betapa maha kuasa penciptanya…

  2. akubiomed Avatar

    Steve Jobs boleh dikatakan sebaris dengan Thoms Edison, Alexander Graham Bell dan Henry Ford

  3. ain roti Avatar

    terbaik lah quotes kat steven jobs tuh..;) memang nak kena buat apa yang kita suka, baru lah seronok dan semangat nak kerja..^_^

  4. juanita Avatar

    Yes..he is.
    Tiada penganti…

  5. Noriz Avatar

    Biografy dia kan keluar 24 okt ni…

  6. akubiomed Avatar

    Steve Jobs yang sentiasa mencipta idea baru dan radikal. Beliau tidak mencipta sesuatu kerana mengikut selera pengguna sebaliknya beliau mencipta acuan supaya pengguna dapat menerima ide beliau.

    Walaupun pada asalnya pengguna agak skeptikal ketika mula-mula iPhone generasi pertama menjengah pasaran. Skrin sentuh mengambil masa diterima kerana sebelum ini skrin sentuh pada PDA memerlukan stylus tapi iPhone langsung tidak memerlukannya. Begitu juga tablet PC yang pernah cuba diperkenalkan oleh Windows menjadi sampah tetapi iPad sebaliknya. Menyaksikan pesaingnya cuba meniru ide tetapi Apple tetap unik kerana mereka adalah pencetus idea dan segar.

    Harapan sekarang terletak dibahu Tim Cook yang mengambil alih jawatan CEO dari Steve Jobs berundur kerana keuzuran. Bagi saya iPhone 4 tidaklah seteruk mana walaupun sekadar penambah baikan kepada hardware tetapi perlu ingat aplikasi SIRI voice recognition gagal tetapi Apple sekali lagi memberi nafas baru menjadikan iPhone semakin mudah digunakan dengan pengetahuan kosong walaupun baru pertama kali mengunakannya. iCloud yang diperkenalkan tanpa sambungan wayar diperlukan pada ketika developer lain masih terkial-kial.

  7. Denaihati Avatar

    idola bagi berjuta2 org, mungkin bilion org. kalaulah die sempat masuk islam…
    check wikipedia x sangka lak die ni Buddhism.

    1. akubiomed Avatar

      Steve Jobs memang penganut Buddha.

      1. Decemberian Avatar

        bapak dia Syrian muslim

  8. Decemberian Avatar

    like seriously…baru 2 hari lepas kot bincang pasal dia dlm kuliah..

  9. Izwan Avatar

    baru baca tentang iPhone 4s release.. hari ni banyak berita pasal steve jobs rip.. idea yang memberi impak besar pada dunia teknologi..

  10. Omar Avatar

    Betul tu. dia ni perfectionist.

    Pernah dulu satu ketika, dia call CEO Google kalau tak silap, semata-mata huruf “G” dekat aplikasi google for iPhone tu, dia punya gradient tak sama… memang power la…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      yeah. pernah update pasal perfectionalism dia kat sini

  11. ekspresiruang Avatar

    speech Jobs ni aku pernah tgk dkt 10 kali. tp xpernah2 jemu. mmg sgt motivating. the best outside the box thinker aku pernah kenal.

    1. Shahrul Avatar

      sebab tu beliau buleh berjaya kan…hebat

  12. zuls Avatar

    Video yang sama juga yang aku selalu lihat bila aku rasa kurang bermotivasi.

  13. Juan Avatar
    Juan

    tokoh hebat dlm inovasi telah pergi

  14. ata Avatar

    deepest condolence….
    do our world have a man like him again?

  15. Norasikin Avatar

    Saya rasa steve job kecewa sbb bro ariff tak berminat dgn iphone terbaru dia dan beralih kpd samsung galaxy. Ini menyebabkan semangat untuk melawan barah luntur terus.

  16. FauziNor Avatar

    Your time is limited, don’t waste it…. Steve Job.

  17. zainal Avatar

    sumbangan beliau di dalam industri perkomputeran dunia akan terus di kenang….

  18. Pacifista Avatar

    meninggal jugak akhirnya selepas jatuh sakit aritu.susah nak cari pengganti ni…

  19. […] STEVE JOBS dah mati? […]

  20. arrizz Avatar
    arrizz

    Dia memang terbaik..tak ada siapa yang dapat tandingi dia..dia berada di kelasnya yang tersediri..an ultimate icon..thanks to him we are able to use sophisticated gadgets..he’s the best!

  21. syahrilhafiz Avatar

    miracle of life..lepas ni mesti ada orang sebijik macam dia pulak…watak~ :)

  22. Finalcross Avatar
    Finalcross

    big icon & mentor. Goodbye Steve Jobs

  23. KNizam Avatar

    aku suka dengan cara presentation dia. simple, rilex and very human. hehe :)

  24. azrijohan Avatar

    quote yang bermakna…