Rindu Menembak

Reading Time: 2 minutes

Baru je habis menonton siri Every Singaporean Son kat Youtube. Siri ni pasal Basic Military Training yang wajib diambil oleh semua warganegara Singapura lelaki selepas mereka tamat sekolah. Dalam hal ni, aku memang respect kerajaan Singapura. Dalam banyak-banyak episode, aku paling minat episode time diorang nih belajar guna rifle SAR21 tu dan pergi berlatih menembak. fuhh. best giler kot tengok.

Kepada yang tak pernah menembak atau hati terlalu lemah nak angkat senjata dan menembak memang tak akan faham perasaan ni. Lelaki jiwa kental je boleh angkat senapang, aim betul-betul dan tembak tepat pada sasaran sebab setiap kali peluru dilepaskan daripada rifle, tendangan (recoil) ke belakang tu memang kuat, lagi-lagi kalau guna M16. Orang yang baru belajar menembak memang sakit bahu punya setiap kali selepas tamat sesi latihan menembak. Kalau badan kurus tulang macam aku nih, lagilah terasa.

Aku belajar menembak dulu masa dalam Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM). Yang bestnya PKBM sekolah aku adalah dibawah bidang kuasa Regimen Gerak Khas Kem Sungai Udang a.k.a Markas Komando. Kat markas komando ni, askar yang datang adalah secara sukarela, bermaksud kalau dah rasa cukup hebat maka pergi try masuk komando. Tengok boleh lepas ke tak dengan ujian diorang. Ayat trademark diorang “Datangmu Tidak Diundang, Jika Ragu Sila Pulang” besar-besar tertulis kat pintu pagar sebelum masuk kem tu. Ada banyak cerita pasal askar yang nak jadi komando jadi gila sebab tak tahan dengan training yang diorang buat.

Zaman muda-muda dulu..

Aku rasa batch aku antara yang terbaik lah time tu kalau nak banding dengan junior yang muda setahun dan senior yang tua setahun yang lembik habis. Junior siap kalah pertandingan kawad peringkat sekolah lagi. Malu betul. Masa batch aku pergi camping peringkat negeri (form 4 time tu), team kitorang dapat tempat kedua menembak. Beberapa orang terpilih untuk mewakili Melaka ke perkhemahan peringkat kebangsaan. Aku awal-awal dah tak sanggup nak pergi sebab kena potong rambut botak time tu. Time sekolah sayang giler kat jambul. haha~

Tapi oklah. Masuk pertandingan menembak, score aku masih top 5 dalam team. fuhh.. memang best la. Hajat aku nak pergi menembak lagi sampai sekarang tak tercapai. Ada sesiapa yang bapa dia pegawai askar boleh tolong tak bawa aku nak pergi menembak tahun depan masa aku balik cuti summer? Nak sangat.

Menembak guna M16 lama memang mencabar sikit sebab senapang tu berat bahagian depan dia. Sekarang ni aku rasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dah guna M16 yang baru kot. Arwah atuk belah mak aku pun ada rifle gak. Rifle untuk memburu. haha~ Dulu-dulu dia rajin masuk hutan pergi memburu. Itu mak aku cerita lah. Lepas dia meninggal, tak tau mana pergi rifle dia. Jadi minat menembak dah memang mengalir dalam darah ni. Oh, cousin aku dulu wakil Pahang menembak gak.

Cuba kalau Malaysia buat program yang sama macam Singapore ni. Bukan macam Khidmat Negara, itu level kanak-kanak jer. Wajibkan semua warganegara Malaysia lelaki pergi latihan ketenteraan. SEMUA termasuk anak Dato’, Tan Sri, Dato’ Sri dan segala bagai. Kalau program ni dibuat dengan betul dalam masa 5 tahun aku yakin perasaan perkauman dalam diri anak muda kita akan terkikis. Lagi satu, dengan program ini mungkin kita dapat kurangkan sikit gejala maknyah yang semakin menular di negara kita. hm..

2010/2011 Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

35 responses to “Rindu Menembak”

  1. […] dah pernah cakap dulu yang aku rindu menembak, sekarang impian dah menjadi kenyataan. Baru jumpa satu pusat latihan menembak di Kuala Lumpur yang […]

  2. razis Avatar

    menembak nie memang best. tapi yang tak bestnya adalah nak ketuk kelongsong peluru tu. Kalau bro nak menembak lagi, joinla wataniah pas blk M’sia nanti. Wataniah jer pakai M-16 lagi. tu pun siri 500. Army dan wataniah siri 300 @ kerahan dah pakai styer.

    1. ariff Avatar
      ariff

      I see. Wataniah ni.. kena duduk kem kan? tu malas sikit. haha~

  3. Anwar Osman Avatar

    “dengan program ini mungkin kita dapat kurangkan sikit gejala maknyah yang semakin menular di negara kita”

    this line is the best point ever.. ROFL.

  4. rashid Avatar

    NEgara kita ada je program untuk yang undergraduate atau simpanan ATM, cuma benda tu kena daftar sendiri dan tak di iklan kan kat mana-mana…aku Navy..

  5. cuit Avatar
    cuit

    dulu penah pegi latihan menembak jew…tp time hari nk pegi menembak 2 x pat pi coz malas…hahahaha

    meh cuit saya meh..
    http://cuitsaya.blogspot.com/

  6. mankuchai Avatar
    mankuchai

    Salam,

    Masih ingat lagi..masa saya masuk pemilihan untuk PKBM,setiap pelatih kena buka seluar,bogel depan pegawai kadet….sebab nak check telur berfungsi ketidak…ada seorang kawan,sebab terlalu takut sampai terkentut + tercirit depan pegawai….he3 satu pasukan termasuk pegawai lain..ketawakan dia..memang nostalgia masa tu…

  7. fatiehah Avatar

    opps…jenguk2 tibe2 tersekat di sini. Sekolah pe dulu? Saya pon PKBM gak dulu. hehe. MRSM Terendak. Kitorang under Renjer. PKBM tahun 2005-2006..

  8. mijie Avatar

    aku dulu ada peluang untuk menembak tapi tak pergi, huhuhu

    bro gambar masa kadet tu dah pakai 2 balak yer kat bahu :)

  9. Lord Zara Avatar

    Ariff, kalau kau rindu nak menembak, jom join aku pergi main paintball.
    At least dapat menembak juga kan?
    ;)

  10. cahaya Avatar
    cahaya

    sekarang ni PLKN ( program latihan khidmat negara) dah ada sesi untuk menembak. memang guna m16 tau. tp guna peluru kapur. mase time sy plkn dulu. memang tak ada lagi sesi tembak menembak ni.lepas setahun tu baru di masukkan. plkn tu pun lebih kurang yg mcm kat singapore ni jugak cuma masa singkat. hanya 3 bulan. kat singapore ni 3 tahun. ni kawan plkn yg cakap.dia cina. ayah dia warganegara singapore. entah macam mana, dia cerita. dia dapat panggilan military trainning kat singapore selama tiga tahun dan juga plkn. jadi dia pilih plkn sebab hanya 3 bulan. modul2 dlm plkn tu pun bagus jugak..ada modul fizikal, modul kenegaraan dan modul khidmat masyarakat. dan sampai sekarang.( lima tahun). kitorang masih lagi bercerita tentang pengalaman di sane sesame kitorang. memang satu pengalaman yang tak boleh lupa. mungkin nampak kebudak-budakan pada siapa yang tak pernah pergi tu..tp pengalaman satu batalion ( hampir 80 orang) masuk dalam hutan n terpaksa cari jalan keluar sendiri guna kompas dan peta sampai sesat2 kene kejar anjing n makan megi sebab lapar sangat…bukan satu perkara mudah nk uruskan ahli seramai lebih 80 orang dalam satu2 masa di tengah2 hutan rimba tu..flying fox, absailing n macam2 lagi tu sume ada..setakat tersangkut kat tali mase flying fox tu biasa dah..pastu kene push up kat atas jalan tar pukul 1 tengah hari tu benda biasa…boleh goreng telur atas jalan tar tu..lepas tu..kene rendam dalam sungai berjam2..duty guard malam2..kalau kengkawaan dulu..nampak ‘ benda ‘ berterbangan tu dah jadi rutin..apa-apa pon..PLKN KEK TERKUK SUNGAI SIPUT ( U) sesi 2 kumpulan pertama ( 2005/2006) memang sentiasa terpahat di dalam ingatan…

  11. vomitus Avatar
    vomitus

    mcm ni barula best..x derla kes ketagih remaja main counter strike..hahaaha

  12. rhapsody Lin Avatar
    rhapsody Lin

    im agree wif u bout mewajibkan semua lelaki join ala2 khidmat negara tu. korea, singapore smua buat. why not malaysia?

  13. cidut ciput Avatar

    PKBM tu macam KRS ke?? nampak macam uniform dye lebih kurang jek..

    *comel kot mase zaman muda-muda dulu ;))

  14. JMR Avatar

    silap2 maknyah pon terer pegang pistol gak bro!

  15. Farah Avatar

    Ya ALLAH , seronok ka menembak ini ? Serius , rasa macam takut sikit kalau bab menembak ini .

  16. bukan*datuk*peguam Avatar

    pernah menembak guna M16 dan guna pistol polis.

    yg aku “takut” masa menembak ni:

    1. momentum ke belakang seolah2 kita tertolak ke belakang lepas picu ditarik utk melepaskan peluru

    2. bunyi bising dia mcm rasa nak pecah gegendang telinga… huhu

    syukurlah pernah pegang kedua-duanya. at least ada benda nak cerita kat anak cucu nanti kan pengalaman guna M16 dan pistol…

    1. ariff Avatar
      ariff

      masa pertandingan dulu, ada m16 kawan aku entah macam mana bila tembak memang kuat habis bunyi dia. Lagi kuat daripada yang orang lain punya. Jadi time tu aku tunggu dia tembak dulu, baru aku tembak. Takut terkejut ke apa. haha~

  17. nurul Avatar

    dulu my dad pun ade try komando..tp sekerat jalan je…ujian komando memang susah dan sgt mencabar…

    menembak memang best….=)

  18. ciktponk Avatar
    ciktponk

    tak pernah try menembak.cam takut je =[

  19. blowie Avatar
    blowie

    i loveee maknyahhh~!
    ahahahahahhahahha

    1. ariff Avatar
      ariff

      ye.. aku tau blowie. terima kasih atas pengakuan jujur ini.

  20. rohaizad Avatar

    Kat Singapore ni, dipanggil National Service. Tiada tempoh percubaan … setiap kali lambang group tentera masing-masing muncul di kaca television, semua wajib melapor diri.

    p/s: Malaysia?
    jauh ketinggalan….

  21. Adha Avatar

    aq pernah dengar org yg pegi jadi komando ada yg kena makan monyet dlm hutan..tol ke hehe..

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahahahaha.. ni first time aku dengar. Monyet mana makan orang.

  22. engku alia Avatar
    engku alia

    betul2. aku dulu memanah. pon teringin jgak nak memanah balik.

    menembak pon best jgak, cousin aku wakil selangor sukma menang perak. hebat btol

  23. hanisaleeya Avatar

    tak sempat ikut modul menembak masa kat PLKN dulu sebab panggilan Matrik.

    Kalau nis tak terima tawaran matrik dulu mungkin sekarang ni nis bukan buka buku math, tapi buku Undang-undang.

    Rezeki nis lain daripada yang nis harapkan..

    P/s: Al-Fatihah buat arwah Nadia a.k.a Toh Tuan Tanah..

  24. Noridah Avatar

    Kalau arif minat dengan aktiviti ketenteraan ni akak cadangkan join Pasukan Simpanan TLDM, rasanya aktivitinya tak la teruk macam askar wataniah tu. Kitaorang panggil group ni pasukan suka-suka bila diaorang datang buat latihan tahunan. Cuba mohon as pegawai.

  25. afiq aiman Avatar
    afiq aiman

    aku dulu sarjan kadet polis…penah 3 kali join acara menembak guna M16..jumlah peluru yg telah digunakan sebanyak 30 biji peluru…tu kira hasil 3 kali join menembak la

    1. ariff Avatar
      ariff

      fuhh.. sarjan tu

  26. syahrilhafiz Avatar

    skuaadddd, skuad sedia…hihi
    zaman kacak dan bergaya tu…hihi

  27. Noridah Avatar

    rasanya aktiviti menembak tidak terbuka untuk orang-orang persendirian dalam ATM, tapi selalunya ianya dibuat dalam bentuk program seperti sehari bersama media atau pun pertandingan menembak antara media. So rajin-rajin la berkawan dengan orang media nih.

    Ada juga program belia yang mengikuti pelayaran KLD Tunas Samudera selama 2 minggu atau seminggu. rasanya ada modul menembak atas kapal tu..program ni boleh mohon melalui kementerian belia dan sukan. Harap ini boleh bantu…

    1. ariff Avatar
      ariff

      I see. Thanks for the info =)

  28. mrnamie Avatar

    aku pun rindu nak menembak m16 jugak… hehe

  29. zaryl Avatar
    zaryl

    huhu.. mmg best menembak. aku pn dh lama x menembak. last pun bulan 6 lepas..